seawal jam 5 pagi mak bangun. dengan rambut kembang tak sempat disanggul, kain batik macam nak terlucut, mak berlari anak menuju ke dapur. lepas menjerang air terus berlalu ke bilik adik mengejutkan adik bangkit bersiap ke sekolah.kain tudung, baju dan kain sekolah telah siap digosok kemas. baju dalam seluar dalam dan kain dalam (baca perlahan) telah tersedia di hujung katil. kasut dan stoking tersedia di muka pintu bilik (siap-siap pakai kasut dalam rumah ). beg sekolah, bekal dan duit belanja siap menanti di anak tangga rumah. seronok hidup. kalu boleh makan pon minta mak dan ayah tolong kunyahkan. (melampau tahap belon udara panas)
sekembali dari sekolah tengaharinya tak sempat makan. lepas mandi bergegas ke sekolah semula. (sekolah rendah-petang sekolah agama rakyat. sekolah menengah pula-petang ada kelas tambahan). mak berat hati nak menghantar adik kesekolah semula kerana adik belum menjamah apa-apa masakannya. tapi demi masa depan adik yang perlu lebih perhatian, emak kuatkan semangat.
sebelum maghrib bru adik teringat pada mak dan ayah di rumah. baru terasa perut lapar dan tekak dahaga. adik balik rumah samada dijemput ayah atau dihantar pulang oleh rakan-rakan seusia. siap-siap mandi, adik menjenguk dan menjengah ke dapur. mencari ayam masak lemak cili api dan ikan keli goreng cili api. sememang adik tidak pernah kecewa dengan misi pencariannya di dapur. kekenyangan disempurnakan lagi dengan tidur malam tanpa gangguan nyamuk (emak dah on kan kipas khas untuk adik seorang. terjaga lewat malam adalah sesuatu yang dinanti-nantikan untuk adik bangun menelaah pelajaran hingga ke subuh. adik menambah rasa cinta emak semakin utuh.
No comments:
Post a Comment