Tuesday, May 18, 2010

ada aku kesah?!

kalau aku berjawatan tinggi, maka aku harus ada sombong (apa standard aku untuk bergaul campur dengan makcik cleaner dan orang kerja kampung. bikin kotor pejabatku eeiiyyy yack.. geli lah.)

kalau aku berpelajaran hingga PhD maka wajib aku berlagak (for sure aku berlagak, ingat senang nak sampai ke tahap ni? aku yang bersusah-payah berjaga malam study untuk exam, bila dah berjaya ramai pulak mengaku kawan)

kalau aku cantik, maka aku patut punya ramai lelaki kaya (namapun perempuan cantik. tengok lah mata aku, bibir aku yang seksi, pipi aku yang mulus, bentuk tubuh aku yang gebu dan langsing, setakat lelaki tak cukup inci, muka macam tongkang pecah mana layak aku nak layan. dah lah kaler macam buntut kuali, gigi pulak maju ke hadapan. sesuai cuci kandang lembu jiran aku jer, tak pun aku upah cuci kasut aku.)

kalau aku kaya, maka aku perlu berhati-hati memilih kawan (faham-faham jerlah zaman sekarang ni. orang kawan dengan kita sebab duit.nanti mereka ambil kesempatan mengikis hartaku yang menggunung. aku bersusah payah bekerja siang malam mengumpul harta. masa aku susah tak ada sesiapa yang tolong. aku tak pernah minta tolong dengan sesiapa apatah lagi menyusahkan orang lain. so? apa alasan korang untuk aku membantu?)

dan kesimpulannya bilamana aku perempuan cantik yang kaya-raya, memiliki jawatan tinggi kerana pelajaran aku yang cemerlang, aku merupakan manusia paling sempurna dan layak menjadi contoh oleh kalian. - ini adalah FAKTA.

2 comments:

honey said...

woowoo...ayat dia...

klu kita berharta blh r cri orng berhrta,klu kita bijak pandai blh r kwn dgn cendikiawan, klu rupa cantik xsemestinya kwn dgn sicantik....habis y xcantik nak kwn dgn sape???

makissa said...

plizz k.. yang tak cantik kawan dengan yang hodoh jg r. malu ar jlan dgn orang xcntik..