seronok tak terkira andai kita mendapat anugerah, penghargaan atau ucapan rindu kasih sayang daripada orang ramai. setidak-tidaknya daripada orang yang kita sayang. sedar atau tak sedar, anugerah dan penghargaan sebenarnya lebih tertumpu kepada orang yang sudah meninggal dunia. kalau tak percaya cuba renung-renungkan persekitaran kita.
allahyarham seniman dan allahyarhammah seniwati biasanya mendapat gelaran-gelaran terpuji, anugerah-anugerah besar atau penghargaan bagi perkhidmatan semasa hayat adalah selepas meninggal dunia. betul tak? masa hidup mereka pernah mereka menang apa-apa anugerah?
begitu juga dengan mak ayah. mak yang melahirkan, dan ayah yang membesarkan. hanya akan mendapat ucapan rindu kasih dan sayang daripada seorang anak selepas mereka diusung dengan keranda. ketika hanyatnya tiada sebarang kata rindu, tiada ungkapan kasih, tiada ucapan maaf bahkan tiada siapa mahu meluahkan keinginan untuk mencium pipi, memeluk erat, mahupun membelai rambut putih si tua itu.
setelah ketiadaan. bermacam anugerah diberikan. pelbagai gelaran pangkat dan darjat dianugerahkan. dengan alasan untuk mengenang jasa si mati semasa hayat.
setelah ketiadaan. dalam blog, dalam status laman sesawang ( tak kiralah fb, twitter, tagged, myspace dll) mengungkap perasan rindu yang tidak tertahan. kata kesal tidak sempat dan tidak pernah merasa mencium pipi si tua. teringin memeluk batang tubuh yang melahirkan dan membesarkan, rindu mahu mendengar suara dan gelak tawa, kesal tidak pernah memberikan wang, hadiah atau sekurang-kurangnya mengambil gambar bersama.
semasa hayat.. pernahkah dihargai segala titik peluh yang mengalir? adakah diambil pusing setiap khidmat dan pengorbanannya bersengkang mata? pernah difikirkan segala jasa, budi baik yang dikorbankan?
pernah terfikir untuk menerkam tubuh gempal si tua itu saat turun dari kereta? mencium pipinya dan meluahkan rasa rindu setelah sekian lama tak bertemu? pernahkah punya waktu mendail, menghubungi si tua itu untuk bertanya khabar, meluah rasa rindu, berkongsi cerita suka duka atau paling tidak bertanyakan menu santapannya?
tak ada masa untuk semua itu. ahh! malu lah.. gila? buang tebiat ke apa?, kalau aku buat macam tu gempa bumi dunia. orang tua aku bukan kisah pon kalau aku tak buat macam tu...
siapa kata tak kisah? malu? segan? persetankan sume tu. pernah terfikirkah anda apa yang dibuat @ dibualkan oleh mak dan ayah sebelum mereka tidur.? walau untuk lima saat sekalipun, mereka pasti terkenang anak-anak yang dilahirhan tak kira masih hidup atau tidak. sihat kah mereka, dah makan ke belum, macam mana mereka dah kahwin nanti, bagaimana rupa menantu mereka, anak cucu cicit.
tapi si anak? hanya selesa dan berkeinginan untuk memikirkan kekasih dan rakan-rakan seperjuangan. ruang untuk emak dan ayah hanya ada tika mahu berkahwin, jika sedang dalam kesusahan @ pabila mereka sudah 'pergi' dijemput illahi.
dan mualai sekarang... ciptalah puisi indah, anugerah besar dan pangkat istimewa untuk arwah dan arwahyarham insan disekililing anda. mereka pasti tersenyum manis saat menerimanya ketika di alam kubur nanti. manakala anda, hanya menangis seketika tanda kesal yang teramat. konon!
1 comment:
hargailah segalanya...
Post a Comment