Thursday, November 17, 2011

gaji digergaji

setelah budjet peribadi bulan november dibentangkan melalui perbincangan tergempar secara tertutup, tiada peruntukan dikeluarkan
 untuk sebarang perbelanjaan berkenaan alat solek, dress labuh, selendang yuna mahupun produk kesihatan dalaman... ini adalah berkait rapat dengan perbelanjaan pergi-balik ke sebarang lokasi yg telah termaktub dalam jadual aktiviti orang persorangan.

oleh yang demikian... kepada sesiapa yang berkenaan diharap dapat memastikan keperluan yang ada digunakan secara berhemah dan berjimat cermat agar ia mencukupi sehingga bulan seterusnya... diharap tindakan diambil tanpa gagal..

walaubagaimanapun, kepada yang terlibat masih perlu memastikan penampilan dijaga rapi agar persekitaran lebih selesa. ia membuktikan bahawa, 'kecantikan adalah hak milik setiap insan'. menyerlahkan daya penarik diri anda 'ukurlah sendiri' -;-

No comments: