perut, waktu tempatan.. sebuah daerah yang dikenalpasti sebagai Perut sedang mengalami masalah kelaparan yang kritikal hingga menggangu aktiviti tidur di wilayah tersebut.. menurut kajian, pertambahan pendatang asing yang menggelarkan diri sebagai Lemak adalah punca utama masalah kelaparan yang kritikal.
selain daripada itu, punca lain yang dapat dikesan adalah kerana musim hujan yang kerap berlaku menyebabkan daerah Perut tidak dapat membendung masalah yang dihadapi. apa yang menjadi kemusykilan ialah, kemudahan makanan yang ada di daerah tersebut sangat mencukupi dan tiada sebarang sekatan.
masalah seperti ini amat merunsingkan perdana menterinya - Tubuh, yang khuatir masalah ini mampu mengubah saiz dan rupa daerah jajahan beliau. ia akan mengakibatkan banyak pakaian terpaksa di kuiri kerana tidak boleh diproses dengan jayanya.
masalah ini perlu diselesaikan dengan kadar segera kerana khuatir dengan tarikh sambutan hari bersejarah Tubuh yang makin hampir. - sekian. sumber dari makissa
No comments:
Post a Comment