susunan bait-bait kata yang dialunkan seiring muzik bersesuaian dengan pemilihan rentak genre si penyampai. mungkin ianya sekadar satu kebetulan atau memang telah tersurat.
untuk menjadi seorang yang berada dihadapan, tiada istilah benar dan berani. hanya hati kering, kepentingan, dan suapan yang mampu memihak kepada diri. tidak hairan jika diperhatikan orang ramai memimilih kesalahan asalkan tidak dipersalahkan. tak kisah buat salah pun.. asalkan dapat duduk selesa.
berani kerana benar, taku kerana salah. herrmm dah macam mengejek-ngejek pada kebenaran. siapa aja yang berani tampil untuk menegakkan kebenaran? melainkan sanggup tunduk membusukkan luka dihati agar tiada sengketa berpanjangan.
bukan sahaja dalam isu politik, industri muzik, penjawat awam mahupun dalam pertalian darah daging. tiada istilah berani kerana benar, takut kerana salah. yang tinggal hanya berani kerana kuasa, takut kerana sengketa.
lima tahun akan datang...........
bagaimanakah anak-anak melayan ibu bapa?
bagaimana orang dalaman mengadili tanggungjawab tugasnya?
bagaimana dengan nasib orang-orang yang kurang bernasib baik?
*ditindas, tertindas, kena tindas. terus-terusan tidasan berlaku.
No comments:
Post a Comment