Friday, November 25, 2011

jangan jolok sarang tebuan

melangkah dengan tangan kosong.
kepunyaan dunia ditinggalkan sedari awal.
hanya segenggam kasih dibawa bersama.
hati dibuka seluas angkasa
memberanikan diri menguatkan semangat menerima sebarang kekurangan,
walau lali kemewahan,
namun aku tolak ke tepi
walau tak betah dengan desakan
namun ku cuba hadapi,

datang sekadar menghulur salam.

salam tak bersambut si pilih bulu,
sarang tebuan sudah berkecai di jolok
kini tebuan dipersalahkan kerana menyengat

bak meludah ke langit,
ludah jatuh ke muka sendiri.
fikir kembali kenapa jadi begini,
salah minyak curah ke api...

No comments: