setelah 3 tahun meninggalkan dunia asrama. semalam teringin makan megi. time makan megi, rasa sedihlah pulak. teringat zaman duduk asrama dulu. share-share makan megi. tak risau pun jangkitan kuman. tak fikir pun permusuhan. selera jer makan. kongsi sudu, garfu and mangkuk.. hirup kuah megi sampai licin.
asrama erk.. masa tu aku selalu pinjamkan tangan aku untuk kawan-kawan aku ikat rambut, lipat lengan baju, pin kan tudung, kopek kan kulit udang, kupaskan kulit limau @ pisang. hahahhaa macam-macam yang dorang guna dengan tangan aku. kadang-kadang tolong potong kan kuku.
aku plak pinjam kaki dorang. jalan pimpin tangan. panjat sana sini. kadang-kadang kirim belikan makanan kat kedai. duduk asrama, lapar je memanjang. dorang tolong bawa barang yang berat-berat. aku melenggang jer terkedek-kedek kat belakang. hehehehe....
pernah aku jadi tukang gunting rambut. sebut jer fesyen rambut macam mana korang nak. meh adeq potongkan.biasanya fesyen rekrut lah yang korang pilih. senang nak jaga kata kau. tak payah susah payah beli syampu selalu. yang mana masih mengekalkan simpan rambut panjang, aku tolong ikat kan. dah macam jin toncet aku buat. selagi yang boleh diikat aku ikat. walaupun secoit jer rambutnya.
time makan yang best. kalau setakat makan kat dewan makan atau dalam asrama korang pandai plak adjust sendiri. tapi kalau pergi dinner, aku kena makan sikit jer. sebab aku nak melayan karenah abang, kakak2 and adik-adik aku. mana yang nak kopek kan udang, mana yang nak kupaskan buah. lawak lah bile ingat kan balik. rindu pun iyer juga... sebab tu kot kita tak boleh makan dengan orang lain. kita akan makan satu table dengan group-group kita jer.
kalau pagi ada kelas kat ukm , sebuk kita call PKM yang bertugas, suruh simpan makanan. nasiblah ade sorang awek tu adik angkat PKM. boleh lah nak tumpang mengada-ngada sikit. uncle arjunan, dan ancle muniandy. baik adik...bungkussss. hahahahaha. gelak besar bila layan uncle arjunan. ada cakap-cakap.
time bulan pose kita makan sikit jer kat dewan makan. takut tak larat pergi terawih katanya. padahal memilih lauk. lepas balik terawih kita balun makan dalam asrama. roti john, mee bandung, kaki ayam goreng, roti pita, air tebu, air tembikai, kuih itu, kuih ini... lepas tu gelak-gelak, sembang. kutuk budak cacat itu, ngata couple ini. pastu gelak dekah-dekah. mana antara kita yang dah ade ehem-ehem, duduk atas katil senyum-senyum pegang handset. bila dah bergaduh kuar ke balkoni nangis sambil gayut telefon.ingat lagi tak? kelakar kan?
disebabkan kita ni senior, kita pon popular ngalahkan retis-retis. pantang masuk intake baru mula masing-masing nak meng'adjust'. kakak OUM, kakak OUM. menggilalah budak-budak baru nak berkenalan. cacat-cacat pon laku juga ghupenye yer. hahahaha... intake perempuan baru yang lain kompem tak puas hati. nak sedapkan cerita, berbaik-baiklah dengan kakak OUM, buat kakak angkat. dah berangkat-angkat barulah senang nak femes sama.
pagi-pagi kena turun depan asrama baca doa. 'ro-call'... pe mende ntah. aku pon tak tahu. kakak-kakak OUM biasalah buat otai. turun lambat lah. kadang-kadang turun kadang-kadang tak nampak muka. kalau turun plak, kecoh satu padang. macam 6 jahanam dah. baju sedondon jer. muka serius macam gengster tak padan dengan cacat. hehehehehe... lepas baca doa, naik bilik tidur. kroh kreh kroh kreh sampai tengahari. maklumlah kalau musim assignment atau exam, kita pakat overnite sampai pagi. itu tak kira yang ambil upah menjahit lagi. belum cerita yang ramai skandal lagi. nak layan mesej-mesej skandal itu dan ini. bengong jer rase kalau ingat-ingat kan balik.
satu masa tu kan ingat lagi tak. satu kawasan kita blackout. yang kita ni tengah layan radio dan ada yang dah tidur gemparrrr satu bilik. konon-konon trik pegawai-pegawai nak buat fire drill kot. pas tu kita pakat pakat tidur pakai sweater. kang kalau loceng kecemasan bunyi tak adalah kalut cari baju. sanggup berpeluh-peluh. tak fikir dah blackout suma. janji turun nanti tak seksi atau seksa. ada yang siap pakai kaki, kasut dah. senang nak lari. kita jer kan yang duduk floor atas. tapi kalau fire drill betul-betul pun macamlah kita boleh lari. turun tangga pon ambik masa lima jam. hikhikhik..
pernah sekali aku terkurung dalam lif... aku soh yang lain releaks bertenang. jangan kalut-kalut. tak ada apa-apa kot. lif stop kejap je ni. kata aku kat dorang. 10 minit, 15 minit dan setengah jam. kawan-kawan lain datang tolong. keluar jer dari lif tu aku menggigil sambil nangis peluk kakak oum sorang tu. haaa baru kau tahu tenang tak tenang. trauma lah kejap. petang tu tak turun makan dah aku. takut guna lif.. nak guna lift pastikan bateri dan kredit phone ade. yang penting hphone nye dibawa bersama. senang kalau emergency.
sekarang semua dah tinggal kenangan. kita dah bawa haluan sendiri. sob..sob..sob... sedih bila teringat balik. rindu kat korang semua. mana yang dah kawen, mana yang dah balik kampung mana yang dah graduate. tahniah...
12 comments:
aduh kelakar giler bila tengok apa yang ditulis ini.....suatu masa yang amat seronok dikenang...
hanya kita2 jer yang tahu kan... itu baru ckit pnye cerita.. ade lagi yang tak tertulis dek kata2...
tapi masa tu, kakak OUM kerek la..:p , betul tak...
ape woii2...
bukan kerek... kami profesional....
kakak oum ? dulu ada budak IT tanya kakak oum kelas apa ek? hihihihihi
masa tu, ramai yg gerun dengan kelibat kakak2 OUM...maklum la seniorkan, tetapi dengan kedatangan seorang mamat ni dari kumpulan "serangkai D'angin",dalam hidup dia, mamt ni memegang take line " kasi redah je", kakak OUM hilang taring...;)....
kisah dongeng saje...
kelas oum utk budak2 otai jer... hehehehe
tp, mamat ni tgk, x lah otai manakan...dalam pada masa yg sama tu, sorang mamat ni jatuh hati pulak kat kakak OUM ni...dari jauh jer memandangnyer...tetapi group kakak OUM ni, mmg kerek kan...KEREK semacam jer...
tapi part yang aku paling suka, bila mamat ni bertanya pada kakak OUM "akak ni student OUM eh, knp tak duduk kat luar"...melenting jugak la kakak OUM tu....huhuhu...
woi... woi...woi... ape ni cite yang sencored2 kt cni..
hihihihi.....skandal? perkataan favourite kakak oum...agaknya ada geng baru leh ganti kakak oum?
xde pengganti kot...limited edition..
teringat time potong rambut tu, alhamdulillah masih ade g telinga aku.......
thanks ya di atas segala jasa2 yang telah diberikan.........best friend forever.........
Post a Comment