Tuesday, January 29, 2013

2 bulan

genap 2 bulan mendaftar-masuk emak ke hospital kuala pilah, ayah pula mengadu ingin ke hospital minta doktor bedah perutnya.


aku : ayah tak sihat yer? emak cakap ayah tak sihat. sakit perut. salah makan ke?

ayah : sihat. tapi sakit perut. bukan salah makan. dah lama dah sakit ni. kau belum lahir lagi?

aku : what? omg..ayah tak bagi tahu adik pon. kenapa adik tak tahu semua ni? tak boleh terima kenyataan macam ni..

ayah : minggu depan ayah nak ke klinik kesihtan sini. minta doktor bedah. bedah pagi, petang boleh keluar dah kot.

aku : amboi2 ayah. ingat doktor tu anak ayah? atau doktor tu adik ni ha. boleh lah request nak bedah bila, dan balik rumah bila.. kelasss ayah (hanya berkata-kata dalam ati jerlah). takpe2. nanti adik maklum kat abang2 yang lain. ayah rehat jer. jangan fikir sangat yer.

ayah : tak payah bagitahu siapa-siapa.. jangan menyusahkan abang2 kau. dia ada anak bini.

                                                          ********

wifey : wife nak balik kampung. tak kira tak kira tak kira nak balik kampung malam ni juga.

husband : siap2 lah.

                                                      ***************

1.30 pagi sampai kampung. senyap2 masuk dalam rumah. tak nak ganggu emakayah tidur. kebetulan aku ada duplicate key. so. masuk tidur terus. esok pagi baru jupa makayah, bersalam.

2 comments:

Cak Kra WaLa said...

lepas bersalam, buat ape?
..;)..cerciter..

Qiesh said...

salam...

sabarlah mnghadapi dugaan...cekal menghadapi pelbagai rintangan...
;)