Tuesday, March 23, 2010

HARI INI, ESOK DAN LUSA

paling awal adik bangun jam 6 pagi. dengan mata macam malu-malu nak terbuka, adik capai baju kurung, dan kain tudung lalu digosok sendiri. selesai menggosok pakaian, adik mencari towel yang telah diserbagunakan sebagai selimut dan untuk mandi juga. keluar sahaja dari bilik mandi, adik kelam kabut mencari sikat yang terselit bawah bantal, anak tudung tersangkut pada kipas syiling, brooch tudung tersorok dalam kotak tisu dan kain dalam yang bercampur dengan pakaian belum basuh atau kadang-kadang masih diampaian sejak 2 minggu lepas. asal bau wangi, muke tak nampak pucat adik capai payung, handbag dan tambang bas sejumlah rm0.50 terus keluar rumah sambil mulut kumat kamit baca ayat kursi. (mak pesan, iringi langkah keluar rumah dengan ayat-ayat cinta, uik bukan, pembetulan-ayat-ayat suci.). kalau boleh adik mahu menyaingi kelajuan bas, adik mahu sampai dulu di bus stop sebelum bas terlepas. sarapan dan bekal sudah lama dibuat-buat lupa. amat syahdu untuk dikenangkan.

jam 5 petang adik sampai ke rumah. misi, visi, matlamat, moto, impian dan cita-cita hanyalah tilam lusuh dan bantal bucuk. setelah agak selesa meluruskan pinggang, meregangkan urat-urat dan otot-otot, adik melincahkan jemari runcing halusnya menghubungi emak di kampung. tugas harian adik adalah melapor diri tentang aktiviti seharian dan tahap kesihatan untuk tempoh terdekat sambil merisk-risik menu ringkas untuk tahap kemalasan yang maksimum. seterusnya lena menghias cerita petang untuk adik.

terjaga semula tatkala nyamuk menyanyi nyaring di cuping telinga mengiringi laungan azan yang mendayu-dayu. bangun, meraba-raba suis lampu, adik mencapai towel dan terus ke kamar mandi. selesai mandi, dijengah-jengah perasaan hati. andai Puan Sri Rajin yang memberi salam, maka lenalah adik dalam kekenyangan. tapi kebiasaannya Tan Sri Malas yang bertamu memaksa dan mendesak adik tidur diiringi okestra lembut gemalai mahupun kugiran rancak dengan artis jemputan cacing kerawit n the geng dalam perut

dulu, kelmarin dan semalam

seawal jam 5 pagi mak bangun. dengan rambut kembang tak sempat disanggul, kain batik macam nak terlucut, mak berlari anak menuju ke dapur. lepas menjerang air terus berlalu ke bilik adik mengejutkan adik bangkit bersiap ke sekolah.kain tudung, baju dan kain sekolah telah siap digosok kemas. baju dalam seluar dalam dan kain dalam (baca perlahan) telah tersedia di hujung katil. kasut dan stoking tersedia di muka pintu bilik (siap-siap pakai kasut dalam rumah ). beg sekolah, bekal dan duit belanja siap menanti di anak tangga rumah. seronok hidup. kalu boleh makan pon minta mak dan ayah tolong kunyahkan. (melampau tahap belon udara panas)

sekembali dari sekolah tengaharinya tak sempat makan. lepas mandi bergegas ke sekolah semula. (sekolah rendah-petang sekolah agama rakyat. sekolah menengah pula-petang ada kelas tambahan). mak berat hati nak menghantar adik kesekolah semula kerana adik belum menjamah apa-apa masakannya. tapi demi masa depan adik yang perlu lebih perhatian, emak kuatkan semangat.

sebelum maghrib bru adik teringat pada mak dan ayah di rumah. baru terasa perut lapar dan tekak dahaga. adik balik rumah samada dijemput ayah atau dihantar pulang oleh rakan-rakan seusia. siap-siap mandi, adik menjenguk dan menjengah ke dapur. mencari ayam masak lemak cili api dan ikan keli goreng cili api. sememang adik tidak pernah kecewa dengan misi pencariannya di dapur. kekenyangan disempurnakan lagi dengan tidur malam tanpa gangguan nyamuk (emak dah on kan kipas khas untuk adik seorang. terjaga lewat malam adalah sesuatu yang dinanti-nantikan untuk adik bangun menelaah pelajaran hingga ke subuh. adik menambah rasa cinta emak semakin utuh.

kahwin

hampir sebulan adik tak menjenguk menjengah dan menziarah (bukan menzirafah) mak ayah dikampung. kewujudan teknologi canggih membina pepatah baru buat adik " jauh di mata, dekat ditelinga". namun gara-gara kelewatan gaji Mac, adik hilang punca. budget lari lintang pukang, poket menipis dan semakin sunyi sepi. hahahaha maksud tersembunyi- duit dah tak ramai.

dalam teknologi yang canggih-manggih, masih wujud manusia yang kuno dan mundur. teringat adik pada suatu ketika dulu. zaman sekolah-sekolah dulu. setiap kali bagi buku rekod pada ayah, adik bukan saja dapat tandatangan dari ayah, tanda kaki, tanda mulut dan macam-macam tanda ayah bagi sebagai tanda ingatan tulus ikhlas.

ayah selalu pesan pada adik supaya belajar rajin-rajin. pesan ayah lagi, kalu gagal, ayah akan berhentikan adik sekolah dan kahwinkan adik. kecut perut adik masa tu. kecut perut bukan sebab takut dikahwinkan. adik takut terus cemerlang, tak dapatlah adik kahwin, terpaksalah terus belajar. pernah juga adik gagal dalam peperiksaan. bukan sekali dua. berkali-kali adik gagal terutama matapelajaran kira mengira.

sekarang zaman sekolah dah berlalu. kerja pun dah ada. teringin juga adik nak hidup berdua, bertiga berempat dan seterusnya. tapi ayah buat-buat tak faham pulak. pelik. dulu ayah yang beriya-iya nak kahwinkan adik. belum baligh lagi ayah nak pesan itu ini. sekarang dah tak jadi ker? atau ayah dah lupa nak kahwinkan adik?

**tapi bila fikir-fikir balik bertuah adik dapat ayah macam ayah adik. sekurang-kurangnya adik tak dikahwinkan masa umur 11 tahun dengan lelaki tua 40 tahun semata-mata nak masuk syurga. gila punya statement kan?

Wednesday, March 10, 2010

ulang tahun vs hadiah

selamat hari lahir
selamat bertunang
selamat pengantin baru
selamat ulangtahun perkahwinan

aku sentiasa menanti ulang tahun kelahiran pada setiap bulan mac. memang tarikh itu sentiasa bermakna dalam hidupku. aku sanggup melakukan apa sahaja agar tiada yang mengguris hati ini. aku tidak mahu berubah mood pada ulang tahun kelahiranku. itu salah satu hadiahku untuk diriku sendiri.

tapi pentingkah sebuah hadiah? tak aku nafikan, kalau kau bagi, aku ambik jer. tapi aku sendiri tak pasti apa yang aku inginkan sebenarnya. hadiah bukanlah sesuatu yang berharga buatku. tapi aku sendiri tidak tahu apa yang lebih istimewa daripada sebungkus hadiah.

Tuesday, March 9, 2010

cantik

aku akui kebenarannya. dia sememangnya cantik. senyuman, lirikan mata malah tutur bahasanya yang lembut juga menyerlahkan kecantikannya. tiada siapa atau apa-apa yang boleh menyangkal kelebihannya itu. setiap kali dia tersenyum banyak hati yang runtuh bergoyang.

aku akui aku cemburu. apa sahaja pakaian yang membaluti tubuhnya nampak sesuai dan sentiasa cantik. walau dia sakit dan letih, dia masih cantik. walau tika dia menangis atau marah dia tetap manis. wajahnya menenangkan, melembutkan hati yang bertentangan, menyejukkan bara.

apakah rahsia dia? setahu aku dia tak menggunakan susuk, botox mahupun ilmu hitam. aku percaya dia tak melakukan pembedahan. ya, aku yakin dia sememangnya cantik semulajadi.

dia punya ramai kenalan. semua mereka selesa berdamping dengannya. adakah kerana kecantikannya? kalau begitu aku juga mahu secantik dia. aku juga mahu seperti dia, disenangi dan punya ramai kenalan. benar aku mencumburui dia.

tapi bagaimana jika suatu hari nanti kencantikan itu berubah menjadi hodoh? bagaimana nanti bila usia meningkat? pasti wajah cantik itu dihiasi bintik-bintik hitam dan garis-garis penuaan. pasti wajah muda itu diganti dengan kedut-kedut seribu. bagaimana jika semua itu berlaku nanti ya? hilangkah semua rakan-rakan seperjuangan? pergikah semua kenalan-kenalan yang mengimpikan senyuman dan wajah cantiknya dulu?

ahhh aku benar-benar keliru. apa sebenar yang mereka mahu?

terima kasih

tarikh ini kembali. tarikh yang membuat usia ku betambah.
terima kasih mak.
terima kasih ayah.
terima kasih kerana melahirkan, membesar, menjaga dan mendidik diri ini. tanpa kalian siapalah adik. tanpa kalian tiada adik di dunia ini. tanpa kalian adik tidak merasa mengecapi hidup hingga ke usia ini. tiada kata lain yang mampu diucap. perasaan adik tidak dapat diluah dengan kata-kata, tidak tergambar dek lukisan patah lagi ditunjukkan dengan perbuatan. hanya DIA yang maha mengetahui. jika diberi pilihan ingin ku hadiah nyawa ini untukmu, inginku kongsikan kesihatan tubuhku dengan mu, inginku berikan tenaga muda ini untukmu. agar kalian sentiasa sihat, bertenaga dan bahagia. tapi apakan daya diri ini hanya insan lemah.

hanya satu mampuku hulurkan, lautan doa tanpa penghujung, rantaian kasih terikat kemas dan tulus ingatan buat kalian yng mengiringi setiap nafasku.

Thursday, March 4, 2010

keletihan

keletihan memaksa aku membina krisis dalam hubungan. keletihan membuat lena malamku terganggu. keletihan menjadi penyebabtulang temulangku hampir gugur satu persatu. aku semakin tidak betah berdiri. aku bisa jatuh bila-bila masa sahaja.

keletihan ini semakin menyiksakan. tubuh lemahku semakin longlai dan tak berdaya. sakit dan perit yang kurasakan. hari demi hari aku rasa semakin hampir dengan malaikat maut. keletihan itu membuat aku tidak mampu berhadapan dengan masalah. keletihan mengatur seribu masalah dalam setiap langkah ku.

keletihan telah mengumpul air mata. entah bila ia akan mengalir keluar bersama keletihan.

Wednesday, March 3, 2010

pendam

masuk kali ni dah lima kali aku type blog tp hilang.. tensyen nye rse

nak nanges

cinta suciku dipersenda kerana nafsu. nafsu menewaskan kesungguhan rasa hati ini. kejujuran dan kepercayaan yang kukirim mengiringi langkahmu kau persenda, lumat dikunyah nafsu syaitan. sungguh aku cinta. biar siapa pun dikau, apa sahaja sejarah langkahmu, kau tetap aku cinta.

namun aku tewas. nama dia mekar dihatimu. dia kau puja siang dan malam. maniti kemas dibibir dan jemari kasarmu. zahir kau bukti kau cintai aku. hakikatnya bukan aku.

sedar siapa diri ini. dia tak setanding aku. kakinya kemas menyusun langkah, tingkahnya sempurna, malah tiada batas gerak lakunya. berbeza dengan aku. aku cukup terbatas dalam segala apa jua.

teruskan dengan rasa cintamu. aku lali dengan semua ini. saat bahagiamu, aku sendiri akhirnya.