Wednesday, June 10, 2009

kau MAJORITY & aku MINORITY

16Mei2009. Aku akan ingat tarikh ni. Selain seluruh dunia menyambut hari guru, aku perlu mengingati tarikh ini di mana aku sedar betapa aku kerdil di dunia ini... Kami empat sekawan pulang ke rumah iaitu kuarters kerajaan di Bandar XXXXXXX selepas bersiar-siar menikmati suasana malam. Namun kepulangan kami ke rumah menimbulkan kemarahan di hati masing2 sambil diselangi caci maki dan sumpah seranah. Tak terluah dengan kata-kata. Namun apa lagi yang mampu kami lakukan? Kami hanya daripada golongan minority yang lemah. Mustahil untuk kami mengemukakan ketidakpuasan ini.

Seperti biasa, kereta yg kami naiki menuju perlahan ke tempat parkir berlabel yang disediakan khas untuk kami. Namun kami kecewa. Semua ruang parkir yang tersedia penuh dgn kenderaan mewah golongan majority. Aku sedih, marah, geram dan rasa tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku. Perasaan marah yang membuak-buak menimbulkan dendam antara kami yg berada dalam kereta. Bercadang untuk menghalang kenderaan mewah tersebut dan terus sahaja meletakkan kereta hampir dengan kenderaan tersebut sebagai luahan perasaan marah dan ketidakpuasan hati kami. Namun sikap rendah diri dan tidak sampai hati yang lahir dalam tubuh golongan minority seperti kami mematahkan niat jahat yg dimurkai DIA.

Kami golongan minority terus sahaja mengalah. Mencari tempat parkir lain yang lebih dekat dan mudah untuk kami. Namun hampa. Kami bergerak ke ruang parkir di tingkat bawah. Alhamdulillah, kami menenemui ruang parkir yang dekat untuk kami ke ruang lif. Diantara kami terdapat seseorang yang memerlukan kemudahan oku yang lebih dari kami bertiga. Dia yang berkerusi roda membuakkan kemarahan kami yang telah mulai reda tadi. Tingkat bawah yang tiada kemudahan ram, menyukar kan beliau untuk ke lif. Sedih dengan nasib kami golongan minoriti. Begitu kental jiwa dan perasaan kamu golongan majoriti melihat kami terkial-kial untuk menjalani aktiviti harian. Namun senyum tawa masih terukir di bibir kami saat kami bertiga bersama-sama terkial-kial dengan kudrat yang kurang keupayaan, mengumpul segala tenaga yang ada untuk membantu rakan melepasi tembok yang tinggi. Hurmmm... kami tersenyum walaupun di dalam hati, kami mempelajarinya sebagai dugaan dan asam garam kehidupan kami. Namun kami tegar, kami mungkin lali dengan semua ini.

Hanya senyuman yang mampu kami lontarkan untuk semua golongan majoriti. Terima kasih kepada semua kaum majoriti kerana memberi seribu pembelajaran secara tidak langsung kepada kami. Namun, sebagai golongan yang lebih memerlukan kemudahan yang disediakan. Aku sebagai salah sorang kaum minoriti memohon kerjasama kamu dari golongan majoriti untuk memberi ruang kepada kami menggunakan kemudahan yang sedia ada. Tidak cukup kah apa yang kamu semua miliki? Kenapa masih sanggup merampas hak dan ruang kami. Kami hanya menumpang di satu sudut sempit bagi memudahkan aktiviti dan pergerakan kami. Kami hanya meminta sedikit kerjasama daripada kamu wahai golongan majoriti. Bukan wang, simpati atau belas kasihan yang kami harap kan. Kami hanya perlu kan kerjasama agar kami tidak menyusah kan kamu dan mampu berdikari untuk masa dpen kami jua.

No comments: