Aku seronok tidak terhingga. Aku melangkah perlahan namun penuh dengan semangat yang membuak-buak di dalam hati tatkala melangkah masuk ke bangunan gergasi yang tersergam megah dan mewah. Mengadap jalan raya yang penuh sesak dengan kenderaan bermotor canggih kreativiti manusia berpendidikan tinggi. Dikelilingi lampu-lampu jalan yang unik disepanjang jalan raya diselang seli dengan lampu trafik untuk mengawal lalulintas secara automatik. Kemodenan prasarana kini memberi peluang kepada aku melangkah lebih jauh mencipta cinta, mengejar kejayaan, mencapai cita-cita dan merealisasikan impian. Aku bagaikan terpegun dengan semua ini. Keindahan yang terbina membuatkan aku mulai lupa kebesaran YANG MAHA KUASA. CiptaanNYA masih aku kagumi. KeranaNya lah aku disini. Kupanjatkan kesyukuran kepada DIA dengan lafaz Alhamdulillah.
Bangunan gergasi ini bagaikan satu keajaipan buat diriku yang kerdil ini. Semua punya impian. Begitu jua aku. Namun impian melayari kehidupan di dalam bangunan gergasi yang mewah, merungkai kehidupan baru untuk mencari rezeki halal, membina sikap kreatif menggunakan peralatan yang cerba canggih dan moden tidak pernah pernah terkecuali menghiasi angan-angan kosong waktu kecilku. Kini, ianya menjadi realiti. Seperti filem drama yang aku tonton di kaca televisyen. Kemewahan, kecanggihan dan kemodenan dunia begitu sempurna dilakonkan dengan pimpinan pengarah filemnya. Kesempurnaan lakonan tidak sesempurna realiti kehidupan. Kuakui kadang kala aku tewas mengharungi watak sebagai pelakon di pentas dunia yang diketuai oleh pengarah filem iaitu yang MAHA KUASA. Bagaimanakah pengumuman aktor dan aktres paling popular diumumkan nanti? Di manakah kedudukanku sebagai salah seorang pelakonNya?
No comments:
Post a Comment