Thursday, June 25, 2009

PERENGGAN 1

Kesedihan, keperitan dan keseorangan membawa aku ke sini. Kesedihan, keperitan dan keseorangan itu jugalah yang memberi semangat aku untuk berusaha membina kejayaan dan kebahagiaan. Ahh!! Mana mungkin ia mampu berubah. Kesedihan tetap sedih. Keperitan tetap perit. Keseorangan tetap seorang. Hanya keajaiban yang mampu mengubahnya. Tapi apakan daya aku? Aku terdesak untuk mengubahnya. Aku perlu untuk mengubahnya. Ia adalah untuk aku. Walaupun bukan untuk masa terdekat ini. Aku perlu bersabar. Aku mesti meningkatkan tahap kesabaran ku. Kesedihan pasti menggembirakan. Keperitan pasti menyenangkan. Keseorangan pasti ditemani. Soalnya.. Bila? Siapa? Dimana? Bagaimana? Bila semua itu akan berubah? Siapa yang akan bersamaku merubahnya? Dimana ia akan berubah? Bagaimana ia berubah? Aku letih. Aku berputus asa. ‘sabar itu separuh daripada iman’ mulut memang lancar berbicara. Tapi yang menanggungnya adalah aku. Hurmmmm.............. Iya. Aku yang mamikulnya.

5 comments:

ddkasiuntukmu said...

Gaya tulisan makin baik. :)

Semoga dirahmati

Di laman blog, aku gembira dan terasa sangat dihargai dik. Dunia nyata, pahit dan kejam sekali.

Antara Maryani dan Water Lily,seolah dua entiti berbeza. Mungkin mereka kata aku gila dik.

makissa said...

terima kaseh komen mu..

sebagai kelahiran baru. aku mohon tunjuk ajar.

waterlilysicksadcity said...

Shidah,
Akak ada satu lagi blog untuk published puisi dan satu blog untuk cerpen. Blog di atas tu,blog puisi.

Cuba tengok blog wwter lily sebelah side bar : sisi lain water lily dan nota hati rusuh.

Tulisan semakin baik, cuma shida kena adjust paragraf elok-elok,letak widget betul.lagu pun boleh letak juga. gambar jangan besar sangat. boleh pilih template/latar blog yang lebih menarik.

Kak Yanie.

Water Lily said...

Nanti ada masa kita jumpa,kak ajarkan okey.
Take care

makissa said...

itu r... shida tak pandai cm ne nak ltak gmbr ni.. xth cmne nak kecikkan. shidah minat mende2 nie.tp kne ade tunjuk ajar lg. akak blh tlg kn..