Laju saja tangan makissa melipat kain baju yang baru diambil dari ampaian. Dihadapannya, duduk si gadis comel asyik merenung pergerakan makissa. Sejak kehadiran mereka ke sini buat kali kedua, hubungan mereka semakin akrab walau ada sedikit jurang dan was-was antara satu sama lain.
‘Makissa, aku cemburu dengan kau. Aku mahu seperti kau. Cantik, ramai kawan dan disenangi. Ajarlah aku, macam mana nak jadi sepertimu’ . jujur si gadis comel. Makissa lantas mengangkat muka. Terkejut dengan kata-kata si gadis.
Si gadis memang comel. Pipi mulus, alis mata lentik, alis kening tersusun bagai dibentuk. Sikap keanak-anakannya menghiburkan makissa. Kini makissa rindu pada si gadis. Disebalik kerinduan, makissa kerisauan. Si gadis bisa menerima kejutan budaya. Impiannya menjadi seperti makissa bagai satu cita-cita dalam dirinya. Si gadis kini makin jauh. Jauh dari semua orang. Si gadis bebas mahu lakukan apa sahaja. Si gadis dapat apa yang diimpikan. Si gadis makin seronok dengan dunianya kini. Tiada siapa yang menghalang si gadis kini.
Si gadis pantang ditegur. Dianggapnya teguran bagai kebencian. Mungkin cemburu yang disangkakan. Makissa biarkan si gadis dengan dunia barunya. Kerana itulah yang si gadis cari-cari selama ini. Makissa bukan tak sayang si gadis. Tapi makissa takkan ganggu kebahagian si gadis. Makissa hanya akan membantu bila si gadis memerlukan. Mungkin kini si gadis tidak mahu diganggu. Si gadis sedang bahagia. Si gadis sedang leka. Biarlah. . baik buruk, dia tetap si gadis milik makissa.
No comments:
Post a Comment