makissa jatuh. tergolek menyembah bumi. air mata bercucuran membanjiri makissa. makissa bakal lemas. lemas tenggelam dek air matanya sendiri. kekadang guruh sabung menyabung bagai memanah hatinya yang kian runtuh.
makissa senyum, terus ketawa dan hiburkan orang lain. buat si gadis dan si pencintanya bahagia dan terhibur. makissa tak tunjuk panahan di hatinya. makissa kembali bangun, pura-pura berdiri di hadapan si gadis. si gadis tak perlu tengok apa yang berlaku. makissa tak mahu si gadis jatuh bersamanya. makissa sedar si gadis faham apa yang berlaku. si pencinta menguji makissa sesekali. buat makissa makin menipu diri.
dendam lama yang makissa pendam buat makissa meluat.
No comments:
Post a Comment