Thursday, January 21, 2010

nob**i f**k you (nobody but you)

lagi 2 bulan genap umo aku 24 tawon.. meaning nye dah dua-ploh-empat-tawon aku hidup bergelar oku. tapi dulu orang gelarkan cacat. cuma mak dan ayah aku jer gelarkan aku anak istimewa. of couse aku istimewa. huhuhhuu...

tak pernah sesaat pon aku rasa hidup cam orang normal, walau dalam mimpi sekalipon. sampaikan jiwa raga hati dan sanubari aku pun dah sebati dengan sifat2 keOKUan. baru sekarang (bukan duakarang, tigakarang mahupon empatkarang) aku mula memprotes persekitaran yang yang tersangat diskriminasi dengan golongan cacat.

pelik kan? org cacat digalakkan berdikari supaya tak nyusahkan orang lain. tapi kemudahan yang disediakan sangat-sangatlah terhad dan lagi menyusahkan. kadang-kadang (bukan kadang-kadang, memang selalunya pon) kemudahan untuk orang cacat nie macam perhiasan jer. bila aku yang cacat ni nak gunekan kemudahan yang tersedia, tersergam dan tercipta untuk aku tue punyalah susah. bersyarat itu ini. baik tak payah buat kemudahan. macam haram+jadah jer.

satu pusat kemahiran org cacat ni sediakan kemudahan untuk orang cacat belajar memandu dan amik lesen. tapi yang mengharam jadahkan keadaan, budak cacat bekas student kat situ tak dibenarkan menggunakan kemudahan tersebut. ape kes? kalu tak nak bagi budak cacat gune, nak bagi sape lg? ke, korang (para pegawai, khususnya pengarah) bersiap sedia untuk menjadi cacat suatu hari nanti, so, korang sendiri yang boleh gunakan kemudakan kami tue.

*seriusly aku memang emosi dengan mamat sabahan tue. agaknya dia nak peristiwa surat layang yang tak berapa nak melayang tu berulang kembali kot.

3 comments:

Water Lily said...

adik tulis le dalam bahasa melayu yang indah dengan ejaan yang betul. insyallah mesej kita akan jadi lebih jelas :)

makissa said...

aduii kak. lazer sangat ker dah? huhuhu

Water Lily said...

Kadang memang patut lezer sikit hahaha!

Cakap baik2 tak faham bahasa