Tuesday, June 29, 2010

OKU 6 BULAN

LOKASI - HOSPITAL SERDANG
WATAK - 1). DOKTOR WAN (D)
2). LELAKI TUA (L.T)
3). PENULIS (P)
***********

L.T : tolonglah dokter, bukan lama pon. untuk 6 bulan jer. puas saya berulang alik ke JKM, tapi masing-masing tak layan. apa punya servis ntah. kerajaan memang zalim. langsung tak ada perikemanusiaan.

D : maaflah pakcik. bukan saya tak mahu tolong. tapi semua ni mesti ikut prosedur dan kelayakan. kesian kat orang lain. mereka yang lebih memerlukan semua ni.

L.T : bukan lama pon doktor. 6 bulan jer. saya tak sanggup nak parking jauh-jauh bila nak membeli belah dengan family saya. tak kan doktor tak boleh tolong.

D : macam ni lah pakcik, saya bagi pakcik pelekat OKU ni. tapi lepas 6 bulan pakcik kena tanggalkan pelekat ni iyer. pakcik tak boleh rampas hak mereka.

L.T : terima kasih.

D : hmmm. teruk betul.

P : kenapa dengan orang tua tu doktor wan?

D : dia suruh buat laporan kesihatan untuk kelayakan status OKU selama 6 bulan. logik tak? mana ada limit untuk OKU.Oku yang layak mendapat keistimewaan kalau dia mengalami kecacatan kekal.

P : pakcik tu sakit apa dok?

D : kalau saya bagi tahu awak, mesti awak sakit hati. dia sakit lutut. sebab tu minta kelayakan oku. tahu kenapa?

P : tadi dengar dia cakap sebab nak pergi shopping.

D : ha! awak saksi. so ini bukan fitnah atau saja nak memburuk-burukkan dia. mahukan kelayakan status OKU sebab nak hidup senang. awak pun OKU, mesti awak tahu apa keistimewaan untuk awak bila ada kad OKU, betul? sebab tu pak cik tu minta kami keluarkan laporan kesihatan, nak hantar ke JKM.

P : kesian kat kami dok. patutlah susah sangat kami nak dapt bantuan. rupa-rupanya ada 'ulat'. semua orang nak dilahirkan normal, tapi tak sangka ada pula yang sanggup turun naik pejabat dan hospital sebab nak GELARAN OKU. dah tu minta kad OKU hanya untuk 6 BULAN atas alasan susah nak BERSHOPPING.

D : ntahlah. manusia sekarang pentingkan diri sendiri. agak-agak awaklah. lepas 6 bulan dia tanggalkan tak sticker oku yang saya bagi tu?

Monday, June 28, 2010

surat layang untuk mone

kini ku akui rindu bertamu dihati. tiada lagi hilai tawa dan rengak rajuk si gadis. tiada lagi panggilan SHI untuk diri ini. tiada lagi televisyen terpasang jam5.00 - 7.00 petang dan bersambung 8.30-10.00 malam. kebiasaan tatkala pulang dari kerja dia di situ, terguling-guling menonton rancangan kegemarannya yang aku sendiri tak faham bahasanya. tatkala aku keluar bilik, si gadis masih berguling-guling malas smabil tersengih-sengih menjiwai lakonan yang ditontonnya.

tapi sudah seminggu, aku sunyi. tiada insan yang boleh aku kongsikan motivasi demi motivasi. tiada insan yang terjeri, terpekik terlolong bertikam lidah dengan ku. tiada insan yang berebut makanan dengan encik jejaka.

si gadis terbang. menggenggam cita-citanya. mendakap impian yang lama telah berkubu. aku biarkan dia melangkah, terbang dan kemudian kembali mendarat di sisiku. aku tahu bukan senang di negara orang. tapi biarkan dia menikmati impiannya sendiri. kerna aku pasti dia akan pulang kembali.

sumpahan ibu

adik : mak, tadi adik pegi kedai, nampak buku M*****A, adik cadang nak beli sebab ada cerita pasal "susu meleleh keluar akibat disumpah ibu".

mak : abeh tu nape tak beli?

adik : kat muka depan kulit buku tu ada plak gambar hantu raya. maleh lah beli. seram tengok. ( hakikatnya adik masih diselubungi HANTU RAYA PUTIH yang menghantui dirinya semenjak dua menjak ni)

mak : kau tahu satu cerita dik? cerita ni masa mak kecik-kecik dulu.

ARAKIAN PADA ZAMAN DAHULU KALA SESEORANG GADIS YANG BERKAHWIN DENGAN ANGGOTA POLIS ATAU TENTERA SANGATLAH TINGGI MARTABATNYA. IBU BAPA DIKAMPUNG JUGA BERASA BANGGA BERMENANTUKAN LELAKI BERJAWATAN PEGAWAI PERTAHAN TERSEBUT. BEGITULAH JUGA DENGAN MAK LEBAR YANG BERMENANTUKAN ANGGOTA POLIS, SUAMI KEPADA ANAK GADIS SULUNGNYA, DARA. SETELAH BEBERAPA PURNAMA MENINGGALKAN KAMPUNG KERANA MENGIKUT SUAMI, DARA DIHANTAR PULANG SEMULA KE PANGKUAN IBUDAN BAPA TIRINYA DI KAMPUNG KERANA MENGANDUNG ANAK SULUNG. SUDAH MENJADI TRADISI, PEREMPUAN MENGANDUNG ANAK SULUNG AKAN DIHANTAR PULANG OLEH SUAMI KE KAMPUNG DEMI KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN ISTERI SERTA ANAK DALAM KANDUNGAN.

SIKAP MANJA DAN MENGADA-NGADA DARA SEMAKIN MENJADI-JADI APABILA DIA DISAHKAN MENGANDUNG. SEMENJAK DIA PULANG KE KAMPUNG, TIADA SATU KERJA PUN YANG DILAKUKAN, APATAH LAGI MEMBANTU IBU MEMASAK ATAU MENGEMAS RUMAH. SEPERTI BIASA, MAK LEBAR AKAN KELUAR RUMAH AWAL PAGI UNTUK MENOREH GETAH. PULANG KE RUMAH TENGAHARINYA, MAK LEBAR AKAN MASAK DAN MENGEMAS RUMAH. PETANGNYA PULA MAK LEBAR TURUN KE SAWAH MENUAI PADI. BEGITULAH HARI-HARI MAK LEBAR WALAUPUN DARA ADA DI RUMAH. NAMUN DARA TIDAK PERNAH MEMBANTU MAK LEBAR ATAS ALASAN TAK LARAT KERANA SEDANG MENGANDUNG.

SUATU PETANG, MAK LEBAR BERPESAN KEPADA DARA UNTUK MENJAGA PADI YANG DIJEMURNYA AGAR TIDAK DIMAKAN AYAM KERANA MAK LEBAR MAHU KE HUTAN MENCARI KAYU API. HENDAK DIJADIKAN CERITA, KEPULANGAN MAK LEBAR DISAMBUT KEKECEWAAN PABILA PADI-PADINYA HABIS DIMAKAN AYAM. AKIBAT KEPENATAN DAN KEKECEWAAN YANG TERLAMPAU MENGUNDANG KEMARAHAN DALAM DIRI MAK LEBAR. LALU DIROTANNYA DARA. MAKA PERTELINGKAHAN PUN TERCETUS. DARA TIDAK MENGALAH, DIA MENJAWAB KATA-KATA IBUNYA SEHINGGA MAK DARA BERKECIL HATI.

AKIBAT KERUNSINGAN PERASAAN, DARA DISERANG DEMAM PANAS. NAMUN MAK LEBAR SEPERTI BIASA, PAGI, KE KEBUN GETAH, DAN PETANG TURUN KE SAWAH. MAK LEBAR LANGSUNG TIDAK MEMPEDULIKAN NAKNYA DARA. HATINYA BENAR-BENAR TERSENTUH DENGAN SIKAP DARA YANG TIDAK MENGHORMATINYA SEBAGAI IBU. KEKRASAN HATI DARA JUGA MEMBURUKKAN LAGI KEADAAN.

SUATU HARI, MAK LEBAR DAN DARA BERGADUH LAGI. DARA TETAP DENGAN KEDEGILANNYA, TIDAK MAHU MENGALAH DAN MENJAWAB SEGALA KATA-KATA IBU YANG MELAHIRKANNYA ITU. KESABARAN MAK LEBAR SAMPAI KE KEMUNCAKNYA. " KAU NI DARA, MEMANG DASAR ANAK TAK GUNA, ANAK DERHAKA! LANGSUNG KAU TAK HARGAI PENGORBANAN AKU, MAK KAU SENDIRI. AKU TATANG BAGAI MINYAK YANG PENUH, KAU BUAT AKU SEMACAM HAMBA. AKU HARAMKAN AIR SUSU YANG MENGALIR DALAM BADAN KAU! SELAGI KAU TAK PULANGKAN AIR SUSU AKU TU, AKU TAK AKAN AMPUNKAN KAU DARA!" DEMIKIAN KATA-KATA MAK LEBAR KEPADA DARA KERANA TERALU MARAHKAN DARA. TERSENTUH BENAR HATI MAK DARA, MUNGKIN.

SAMPAILAH SATU KETIKA, AKIBAT DEMAM PANAS YANG MELANDA, DARA NAZAK DIPEMBARINGANNYA. NAMUN SI IBU LANGSUNG TIDAK MEMPEDULIKANNYA APATAH LAGI MENGGHAMPIRI DARA. JIRAN TETANGGA MERANGKAP SAUDARA-MARA MULA MEMBANJIRI KAWASAN RUMAH MAK LEBAR. BERLAKULAH SESUATU YANG BENAR-BENAR MENJADI KEINSAFAN DAN PENGAJARAN. AIR SUSU BADAN DARA MELIMPAH-LIMPAH KELUAR. KEADAAN BERTAMBAH CEMAS BILA LIDAH DARA KELUAR DAN CUBA MENJILAT SUSU YANG KELUAR DARU BUAH DADANYA. LEBIH SEHASTA LIDAH DARA TERJELIR SAMBIL MENJILAT SUSUNYA SENDIRI. SLLLRRUUPPP...SLLLUUURRPP.. BAGI ANAK KECIL SEDANG MENYUSU SUSU IBUNYA, DEMIKIANLAH YANG BERLAKU PADA DARA.

"MAK ANDAK, MAPUNKANLAH KAKLONG DARA TU. AZAB DIA. KESIAN MIDAH TENGOK DIA MAK ANDAK" PUJUK MIDAH, ANAK SAUDARA KEPADA MAK LEBAR. "TIDAK MIDAH. BIAR LANTAK DIA. AKU PUAS BERSABAR DENGAN PERANGAI DIA. DARI KECIL AKU LAYAN KARENAH DIA, TAPI DIA TAK PERNAH MENGHORMATI AKU SEBAGAI IBU YANG MENGANDUNG DAN MELAHIRKANNYA. DASAR ANAK DERHAKA. TERIMALAH." KATA MAK LEBAR SAMBIL MERENUNG JAUH KE ARAH PERIGI DI HUJUNG PAGAR RUMAHNYA. SEDIKIT PUN DIA TIDAK MENOLEH. KERAS BENAR HATI MAK LEBAR. MUNGKIN DIA BENAR-BENAR TERSENTUH HATI DENGAN SIKAP ANAKNYA, MIDAH.

UNTUK BEBERAPA KETIKA, ORANG-ORANG KAMPUNG TERUS MEMUJUK DAN MENASIHATKAN MAK LEBAR. HATI SEORANG IBU, AKHIRNYA MIDAH MENGHEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR DAN PERGI BERSAMA BAYI DALAM KANDUNGANNYA SELEPAS DIBERI KEAMPUNAN OLEH SI IBU.

mak : tapi, orang dulu-dulu kalu meninggal pelik-pelik macam tue, orang kampung akan bergilir-gilir baca al-quran di sisi kubur si mati. kubur si mati takkan di biarkan sunyi. kalu tak takut si mati bangkit mengganggu dan merayap.

adik : takut nya mak... kalu tak ada orang baca al-quran, mesti dia jadi hantu kan mak? kacau orang sana-sini.

mak : tak tahulah mak pulak jadi hantu ke tidak. tapi mungkin roh dia tak aman. lepas peristiwa tu, orang-orang kampung jadi takut. masa tu mak kecik agi. bila dengar cerita tue, betul-betul jadi pengajaran dan keinsafan.

adik : kalau mak nak sumpah adik, mak cakap lah adik anak bertuah. jadi orang kaya, banyak duit. jangan lah sumpah bukan-bukan. tak pun mak sumpah adik jadi rantai emas, boleh mak pakai. hikhikhik.

mak ; ke situ plak budak ni. orang cerita betul-betul. dia main-main. dah lah, tolong mak masak cepat!

Wednesday, June 16, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN




Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


* ku doakan semoga cepat sembuh dan sihat selalu. moda lebih tabah mengharungi hidup.

Monday, June 14, 2010

minta sorry

aku tak pasti berapa ramai insan yang baca entry aku ni. ntah-ntah tak ada langsung, tapi aku yang syok sendiri menulis entry penuh perasaan tanpa feddback daripada sesiapa.

buat sementara waktu ini, aku terpaksa menyepi dam membisu daripada memunculkan diri dalam blog ni. sememangnya aku tiada sebarang idea untuk menulis walaupun pelbagai perkara yang berlaku sepanjang bulan jun.


*semoga kau cepat sembuh sayang... aku rindu kan gurau senda mu.

Friday, June 4, 2010

si manja anakku

sayang
lahirmu sempuna cantik cukup sifat,
comel bak penghuni syurga,
tangis nyaringmu buat aku rindu,
redup matamu mampu meruntun jiwa,

tapi sayang seribu kali sayang,
lahirmu tiada sah taraf,
tiada kaum adam yang sudi menghulur tangan bertanggungjawab,
tiada laungan azan mengiringi kelahiranmu,
tiada nama indah buat panggilan manja untukmu,

longkang, tong sampah, lubang tandas tempat mu,
menggigil kesejukan, tak siapa yang tahu,
meraung digigit serangga tanpa dipedulikan,
mati kelaparan akibat kealpaan,

pergilah sayang,
bersemadilah bersama pencipta maha kaya,
lenalah disisiNYA,
berbahagialah kau disamping TUHAN MAHA KUASA,

akan tiba suatu ketika,
pijak lumatlah insan hina itu,
kau ludahilah wajah bangsat tak guna,
persetankan keturunanmu,
kau sesuci embun pagi,
kau berhak menuntut balas.


*apa dosa dan salah dia. bayi comel cukup sifat. penyeri rumahtangga. tak terdetikkah kesedaran saat kau mengandungkannya sembilan bulan? tiada belaskah saat kau mendengar tangis nyaringnya..
kau memang manusia hina. binatang lagi sayangkan anak.