Monday, June 28, 2010

sumpahan ibu

adik : mak, tadi adik pegi kedai, nampak buku M*****A, adik cadang nak beli sebab ada cerita pasal "susu meleleh keluar akibat disumpah ibu".

mak : abeh tu nape tak beli?

adik : kat muka depan kulit buku tu ada plak gambar hantu raya. maleh lah beli. seram tengok. ( hakikatnya adik masih diselubungi HANTU RAYA PUTIH yang menghantui dirinya semenjak dua menjak ni)

mak : kau tahu satu cerita dik? cerita ni masa mak kecik-kecik dulu.

ARAKIAN PADA ZAMAN DAHULU KALA SESEORANG GADIS YANG BERKAHWIN DENGAN ANGGOTA POLIS ATAU TENTERA SANGATLAH TINGGI MARTABATNYA. IBU BAPA DIKAMPUNG JUGA BERASA BANGGA BERMENANTUKAN LELAKI BERJAWATAN PEGAWAI PERTAHAN TERSEBUT. BEGITULAH JUGA DENGAN MAK LEBAR YANG BERMENANTUKAN ANGGOTA POLIS, SUAMI KEPADA ANAK GADIS SULUNGNYA, DARA. SETELAH BEBERAPA PURNAMA MENINGGALKAN KAMPUNG KERANA MENGIKUT SUAMI, DARA DIHANTAR PULANG SEMULA KE PANGKUAN IBUDAN BAPA TIRINYA DI KAMPUNG KERANA MENGANDUNG ANAK SULUNG. SUDAH MENJADI TRADISI, PEREMPUAN MENGANDUNG ANAK SULUNG AKAN DIHANTAR PULANG OLEH SUAMI KE KAMPUNG DEMI KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN ISTERI SERTA ANAK DALAM KANDUNGAN.

SIKAP MANJA DAN MENGADA-NGADA DARA SEMAKIN MENJADI-JADI APABILA DIA DISAHKAN MENGANDUNG. SEMENJAK DIA PULANG KE KAMPUNG, TIADA SATU KERJA PUN YANG DILAKUKAN, APATAH LAGI MEMBANTU IBU MEMASAK ATAU MENGEMAS RUMAH. SEPERTI BIASA, MAK LEBAR AKAN KELUAR RUMAH AWAL PAGI UNTUK MENOREH GETAH. PULANG KE RUMAH TENGAHARINYA, MAK LEBAR AKAN MASAK DAN MENGEMAS RUMAH. PETANGNYA PULA MAK LEBAR TURUN KE SAWAH MENUAI PADI. BEGITULAH HARI-HARI MAK LEBAR WALAUPUN DARA ADA DI RUMAH. NAMUN DARA TIDAK PERNAH MEMBANTU MAK LEBAR ATAS ALASAN TAK LARAT KERANA SEDANG MENGANDUNG.

SUATU PETANG, MAK LEBAR BERPESAN KEPADA DARA UNTUK MENJAGA PADI YANG DIJEMURNYA AGAR TIDAK DIMAKAN AYAM KERANA MAK LEBAR MAHU KE HUTAN MENCARI KAYU API. HENDAK DIJADIKAN CERITA, KEPULANGAN MAK LEBAR DISAMBUT KEKECEWAAN PABILA PADI-PADINYA HABIS DIMAKAN AYAM. AKIBAT KEPENATAN DAN KEKECEWAAN YANG TERLAMPAU MENGUNDANG KEMARAHAN DALAM DIRI MAK LEBAR. LALU DIROTANNYA DARA. MAKA PERTELINGKAHAN PUN TERCETUS. DARA TIDAK MENGALAH, DIA MENJAWAB KATA-KATA IBUNYA SEHINGGA MAK DARA BERKECIL HATI.

AKIBAT KERUNSINGAN PERASAAN, DARA DISERANG DEMAM PANAS. NAMUN MAK LEBAR SEPERTI BIASA, PAGI, KE KEBUN GETAH, DAN PETANG TURUN KE SAWAH. MAK LEBAR LANGSUNG TIDAK MEMPEDULIKAN NAKNYA DARA. HATINYA BENAR-BENAR TERSENTUH DENGAN SIKAP DARA YANG TIDAK MENGHORMATINYA SEBAGAI IBU. KEKRASAN HATI DARA JUGA MEMBURUKKAN LAGI KEADAAN.

SUATU HARI, MAK LEBAR DAN DARA BERGADUH LAGI. DARA TETAP DENGAN KEDEGILANNYA, TIDAK MAHU MENGALAH DAN MENJAWAB SEGALA KATA-KATA IBU YANG MELAHIRKANNYA ITU. KESABARAN MAK LEBAR SAMPAI KE KEMUNCAKNYA. " KAU NI DARA, MEMANG DASAR ANAK TAK GUNA, ANAK DERHAKA! LANGSUNG KAU TAK HARGAI PENGORBANAN AKU, MAK KAU SENDIRI. AKU TATANG BAGAI MINYAK YANG PENUH, KAU BUAT AKU SEMACAM HAMBA. AKU HARAMKAN AIR SUSU YANG MENGALIR DALAM BADAN KAU! SELAGI KAU TAK PULANGKAN AIR SUSU AKU TU, AKU TAK AKAN AMPUNKAN KAU DARA!" DEMIKIAN KATA-KATA MAK LEBAR KEPADA DARA KERANA TERALU MARAHKAN DARA. TERSENTUH BENAR HATI MAK DARA, MUNGKIN.

SAMPAILAH SATU KETIKA, AKIBAT DEMAM PANAS YANG MELANDA, DARA NAZAK DIPEMBARINGANNYA. NAMUN SI IBU LANGSUNG TIDAK MEMPEDULIKANNYA APATAH LAGI MENGGHAMPIRI DARA. JIRAN TETANGGA MERANGKAP SAUDARA-MARA MULA MEMBANJIRI KAWASAN RUMAH MAK LEBAR. BERLAKULAH SESUATU YANG BENAR-BENAR MENJADI KEINSAFAN DAN PENGAJARAN. AIR SUSU BADAN DARA MELIMPAH-LIMPAH KELUAR. KEADAAN BERTAMBAH CEMAS BILA LIDAH DARA KELUAR DAN CUBA MENJILAT SUSU YANG KELUAR DARU BUAH DADANYA. LEBIH SEHASTA LIDAH DARA TERJELIR SAMBIL MENJILAT SUSUNYA SENDIRI. SLLLRRUUPPP...SLLLUUURRPP.. BAGI ANAK KECIL SEDANG MENYUSU SUSU IBUNYA, DEMIKIANLAH YANG BERLAKU PADA DARA.

"MAK ANDAK, MAPUNKANLAH KAKLONG DARA TU. AZAB DIA. KESIAN MIDAH TENGOK DIA MAK ANDAK" PUJUK MIDAH, ANAK SAUDARA KEPADA MAK LEBAR. "TIDAK MIDAH. BIAR LANTAK DIA. AKU PUAS BERSABAR DENGAN PERANGAI DIA. DARI KECIL AKU LAYAN KARENAH DIA, TAPI DIA TAK PERNAH MENGHORMATI AKU SEBAGAI IBU YANG MENGANDUNG DAN MELAHIRKANNYA. DASAR ANAK DERHAKA. TERIMALAH." KATA MAK LEBAR SAMBIL MERENUNG JAUH KE ARAH PERIGI DI HUJUNG PAGAR RUMAHNYA. SEDIKIT PUN DIA TIDAK MENOLEH. KERAS BENAR HATI MAK LEBAR. MUNGKIN DIA BENAR-BENAR TERSENTUH HATI DENGAN SIKAP ANAKNYA, MIDAH.

UNTUK BEBERAPA KETIKA, ORANG-ORANG KAMPUNG TERUS MEMUJUK DAN MENASIHATKAN MAK LEBAR. HATI SEORANG IBU, AKHIRNYA MIDAH MENGHEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR DAN PERGI BERSAMA BAYI DALAM KANDUNGANNYA SELEPAS DIBERI KEAMPUNAN OLEH SI IBU.

mak : tapi, orang dulu-dulu kalu meninggal pelik-pelik macam tue, orang kampung akan bergilir-gilir baca al-quran di sisi kubur si mati. kubur si mati takkan di biarkan sunyi. kalu tak takut si mati bangkit mengganggu dan merayap.

adik : takut nya mak... kalu tak ada orang baca al-quran, mesti dia jadi hantu kan mak? kacau orang sana-sini.

mak : tak tahulah mak pulak jadi hantu ke tidak. tapi mungkin roh dia tak aman. lepas peristiwa tu, orang-orang kampung jadi takut. masa tu mak kecik agi. bila dengar cerita tue, betul-betul jadi pengajaran dan keinsafan.

adik : kalau mak nak sumpah adik, mak cakap lah adik anak bertuah. jadi orang kaya, banyak duit. jangan lah sumpah bukan-bukan. tak pun mak sumpah adik jadi rantai emas, boleh mak pakai. hikhikhik.

mak ; ke situ plak budak ni. orang cerita betul-betul. dia main-main. dah lah, tolong mak masak cepat!

No comments: