Tuesday, June 29, 2010

OKU 6 BULAN

LOKASI - HOSPITAL SERDANG
WATAK - 1). DOKTOR WAN (D)
2). LELAKI TUA (L.T)
3). PENULIS (P)
***********

L.T : tolonglah dokter, bukan lama pon. untuk 6 bulan jer. puas saya berulang alik ke JKM, tapi masing-masing tak layan. apa punya servis ntah. kerajaan memang zalim. langsung tak ada perikemanusiaan.

D : maaflah pakcik. bukan saya tak mahu tolong. tapi semua ni mesti ikut prosedur dan kelayakan. kesian kat orang lain. mereka yang lebih memerlukan semua ni.

L.T : bukan lama pon doktor. 6 bulan jer. saya tak sanggup nak parking jauh-jauh bila nak membeli belah dengan family saya. tak kan doktor tak boleh tolong.

D : macam ni lah pakcik, saya bagi pakcik pelekat OKU ni. tapi lepas 6 bulan pakcik kena tanggalkan pelekat ni iyer. pakcik tak boleh rampas hak mereka.

L.T : terima kasih.

D : hmmm. teruk betul.

P : kenapa dengan orang tua tu doktor wan?

D : dia suruh buat laporan kesihatan untuk kelayakan status OKU selama 6 bulan. logik tak? mana ada limit untuk OKU.Oku yang layak mendapat keistimewaan kalau dia mengalami kecacatan kekal.

P : pakcik tu sakit apa dok?

D : kalau saya bagi tahu awak, mesti awak sakit hati. dia sakit lutut. sebab tu minta kelayakan oku. tahu kenapa?

P : tadi dengar dia cakap sebab nak pergi shopping.

D : ha! awak saksi. so ini bukan fitnah atau saja nak memburuk-burukkan dia. mahukan kelayakan status OKU sebab nak hidup senang. awak pun OKU, mesti awak tahu apa keistimewaan untuk awak bila ada kad OKU, betul? sebab tu pak cik tu minta kami keluarkan laporan kesihatan, nak hantar ke JKM.

P : kesian kat kami dok. patutlah susah sangat kami nak dapt bantuan. rupa-rupanya ada 'ulat'. semua orang nak dilahirkan normal, tapi tak sangka ada pula yang sanggup turun naik pejabat dan hospital sebab nak GELARAN OKU. dah tu minta kad OKU hanya untuk 6 BULAN atas alasan susah nak BERSHOPPING.

D : ntahlah. manusia sekarang pentingkan diri sendiri. agak-agak awaklah. lepas 6 bulan dia tanggalkan tak sticker oku yang saya bagi tu?

8 comments:

pelangi said...

ni terbayang macam maner pakcik tu melakonkan aksi cacatnya. ada jugak orang macam tu. memang bila dapat cacat ni dapat bagaii keistimewaan. tp dia tak tahu macam manar orang cacat ni jalan terhengeh hengeh, makan tangan kiri, bawak barang pun susah, sebab tu ada parking orang cacat.

makissa said...

alasan tak kena langsung. sebab nak shopping.

makissa said...

mcam lah tak boleh gne wheel chair. shopping complex bkn kecik, kt dlm tue kompem kne berjalan jg. bkn sakit lutut kot, sakit O**K

pelangi said...

dia x tahu susahnya jd orang cacat ni...
Ya Allah.......pakcik dikurniakan sepasang kaki normal untuk berjalan..
apa kejadahnya dia nak berebut parking oku tu...
aku ni terhengeh hengeh berjalan
kadang 2 dah tunggang terbalik jalannya ..
pakcik saya nak pinjam kaki pakcik boleh
beb.... aku memang emo lebih kalau dah situasi macam ini..
orang yang tak tahu bersyukur
cuba fikir sudut positif jugak knaper pakcik mintak stiker sb nak shopping....
shopping ya pakcik?
renung renungkan n selamat beramal....

girl FRIEND said...

benda-benda mcm ni lah buat aku nak mencarut lebih-lebih. jom kawan, kita buat kad oku utk mak kita yang sakit lutut juga tue. rase2 nye layak r juga kan?

pelangi said...

hihihihi....boleh ajer....
pakcik tu gunakan kepentingan sendiri untuk menidakkkan hak orang lain....
susah sangat pakcik g jer alamanda ker... the mines ker... kat sana ada wheelchair blh sewa...
ambik... jadilah oku....
silakan....

girl FRIEND said...

troli kan ade..mnta lah fmly tlong tolak. hahahaha, lawak btul.

aeinzaharuddin said...

teruknya org2 mcm ni. sanggup ketepikn org yg memerlukn untuk kepentingan diri. pttnya diorg yg tlg org2 OKu. xptt betul. ggrrrr~~