perubahan demi sebuah kebaikan.. kata orang, melakukan sebarang perubahan perlu untuk mendapatkan sebuah kebaikan. tapi di sini, aku tetap manusia biasa. mungkin hati yang dulu kering, berubah sensitif selepas tragedi 5 tahun lepas. bak kata kumpulan jambu - muka legend, hati comel ( pengaruh ML).
walau perubahan yang yang aku inginkan, tapi berat rasanya tangan untuk mengayuh meninggalkan yang lama. bukan tak bersyukur. tapi kadang aku terfikir, aku umpama bola. saling bertukar kaki - disepak ke sana dan ke sini untuk kepentingan yang mementingkan diri. mungkin keadaanku begini, tidak begitu lincah dan lebih terbatas tindakan, makanya aku tidak layak dikekalkan. yang dikekalkan hanyalah siapa-siapa yang benar-benar menurut perintah tanpa batas dan halangan. hanya kepada orang-orang yang hebat, ligat dan cekap. yang pasti aku terkecuali.
tapi kadang, kufikirkan perubahan ini demi sebuah kebaikan. apa kebaikannya, aku tidak lagi perlu terbang atau memandu jauh untuk memenuhi tuntutan kerja. aku tidak perlu lagi mengorbankan waktu rehat hujung minggu semata-mata untuk tugasan yang ingin diselesaikan segera. aku jua tidak lagi perlu menggantar si dia pulang kerja awal, semata-mata perlu bertugas lebih masa secara tiba-tiba. mungkin itu kebaikan yang kufikirkan.
tapi hati ini. hati ini tidak mampu menipu. ia berkata-kata sesuatu. bagai sayu untuk ke tempat baru. umpama sepasang kekasih yang terpisah dek cinta dua darjat. dan aku kalah. aku terpaksa meninggalkan kekasih itu kerna ada pengganti lebih elok dan molek dari aku. siapalah aku. hanya - Yang Menurut Perintah.
aku cuba berpegang pada kata pepatah. tak kenal, maka tak cinta. maka aku cuba mengenali yang baru, melahirkan rasa cinta dan sayang agar aku ketemu kelebihan dan kebaikannya. namun tidak sesekali aku gunapakai kata-kata "lupakan yang lama".
ntahlah, hati bercampur baur. berdebar, berdegup kencang. aku masih terus mencuba. walau tiada langkah yang disusun. ku cuba kuntumkan senyuman paling manis buat kalian.. nantikan kehadiranku.
2 comments:
semua orang tidak akan dapat lari dari ini semua.
pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa. hilang di mata, di hati kekal abadi.
Post a Comment