Friday, December 16, 2011

tahun-tahun berlalu

berhujan, berpanas semua telah aku lalui. tipulah andai tiada putus asa yang hadir. pernah jua air mata tumpah membasahi bumi tatkala melalui pahit di perantauan. jatuh bangun sendirian hanya ditemani air mata. walau tidak terlihat dek mata kasar, aku percaya doa emak mengiringi langkah ku yang kadang tersadung dek kaki sendiri. langkah yang tak tersusun aku teruskan hanya untuk masa depan sendiri. biar dipandang pelik, sekurang-kurang tidak dipandang jelik atau hina kerana meminta-minta hanya untuk sesuap nasi.

tiga tahun. bukan sesuatu masa yang singkat untuk aku tempuhi onak ranjau berduri yang penuh berliku. sendirian, kelaparan, kesedihan, kejatuhan dan kesakitan yang aku tempuhi banyak mengajar aku erti hidup. Alhamdulillah aku dilindungi. aku menguatkan semangat, meneruskan langkah. kisah duka ku kongsi di sini. kadang kepada ibu ku khabarkan. kekasih yang kini tunang juga tempat ku meminjam bahu untuk menumpang tangis dan syahdu di hati.

hari ni dan ketika ini aku mampu menghela nafas lega. syukur alhamdulillah dengan semua rezeki yang tidak terhingga dari Allah. segala kepahitan yang kutelan, dibalasNya dengan madu yang manis tak terhingga.

terima kasih pada kelukaan. buat insan-insan yang banyak memberikan kepahitan kepadaku. aku ucap syukur. niat hati kalian menguatkan langkahku. sesungguhnya insan teraniaya lebih kuat dari yang kau sangkakan.

hari ini aku berani mendabik dada mengkhabarkan pada semua, "Tiada apa yang sukar dalam hidup ini jika kita berusaha." rezeki dan kejayan tidak berpihak kepada mana-mana individu. asal saja kau mulakan langkah dan usaha pasti kejayaan yang kau terima.

cuma satu. ingat siapa kita.(sedar diri tu siapa, asal usul, keluarga.) kita hanya hambanya yang lemah lagi hina.

2 comments:

Cak Kra WaLa said...

Satu coretan yang hebat..
Tahniah...
Selamat Ulang Tahun Yang 3...;)

makissa said...

semua harta DIA. sebagai hamba bertanggungjawablah dengan amanah yang diberikan. insyaallah segalanya dipermudahkan. walau kadang ujian menimpa. sesungguhnya, DIA tidak pernah membebani umatNya..