Thursday, January 12, 2012

perempuan oh perempuan

perempuan oh perempuan... kau faham ke tak istilah "rogol"? apa yang aku faham, rogol ni adalah tindakan secara paksaan. thats means bukan kerelaan si perempuan atau mangsa. kau membuka pekung di dada sendiri dengan berita kau yang tak seberapa ni.
hellooo kawan. dengan umur dah melebihi separuh dekad tu kau tak layak buat pengakuan bodoh macam tu. iyer aku pun perempuan. iyer aku tahu kalau kena batang hidung sendiri nanti macam mana. masalahnya sekarang kes yang kau nak bawa ke muka pengadilan ni tidak akan berpihak pada kau.

lainlah kalau kau tu bawah umur. walaupun kau rela, suka ria, bergembira melakukannya, ia tetap diklafikasikan sebagai kes ROGOL. ini, dengan umur macam tu, baru sebulan bersms, kau pula yang datang sendiri menempah k***k lelaki tu, kau nak buat report kau kena rogol. elok-elok orang tak tahu. jadi tahu.

kenal dalam alam maya ni, tak kiralah sms ke, FB, chatroom, MIRC, YM,  kampung.com dan semua kejadah sesi suai kenal tu tak payah lah terkinja-kinja menunjukkan yang kau tu sangap sangat. buruk padahnya. tu orang tua pesan. jangan meludah ke langit. kan dah kena batang hidung sendiri.

manusia dikurniakan akal dan fikiran. selain tu orang tua-tua pun ade pesan. kerana pulut santan binasa.... (hujungnya korang sambung sendiri). biasanya apa yang berlaku kat kita sebab mulut kita ni. "manis" sangat dengan orang. sampai orang kena kencing manis dibuatnya. so tak heranlah kita terima sesuatu yang kita tak jangka.

bukan aku nak menyalahkan si perempuan. tapi kucing jantan mana yang tak makan ikan. kalau dah kucing, ikan jugalah makanannya. tak dimakan pun, dihidu-hidu juga.

1 comment:

Cak Kra WaLa said...

ni mesti cerita pasal perjalan 5 jam ni...