Monday, January 9, 2012

simple & diredhai vs meriah & dilaknati

alam perkahwinan. tahun ini. jika umur panjang, jodoh panjang, dan dimurahkan rezeki, ramai yang bakal berumahtangga. mendirikan masjid dan melayari bahtera perkahwinan masing-masing termasuk aku.
hurmmm... tapi aku sedikit gusar. bukan takut bergelar puan, apatah lagi bergelar menantu hantu.

    seperti semua sedia maklum, majlis-majlis perkahwinan sekarang bagai suatu pertandingan. masing-masing bersaing untuk membuat majlis yang besar-besaran dan gilang-gemilang. menunjukkan pelamin yang indah walaupun majlis kecil-kecilan, menyewa pakaian yang mahal-mahal walaupun sanggup bergolok bergadai, memperagakan bentuk tubuh buat tatapan rakan-rakan mukabuku. arhhh, aku makin takut.

    takut andai dulang hantaran hanya beralaskan ketas warna pembalut hadiah, takut duduk bersanding atas kerusi plastik di pelamin buluh rekacipta oleh orang kampung. aku takut semua tu. takut diperkata orang. sedang aku tak mampu untuk menyediakan atau mengadakan kenduri besar-besar dan gah seperti orang lain.

    terfikir-fikir olehku, apakah jawapan sesuai bila ditanya tantang jenama barang-barang hantaranku nanti. dibeli di mana, dalam atau luar negeri? apa yang ingin kujawab bila ditanya tentang wang hantaran? mas kahwin dan lokasi bulan madu? aku tak mampu untuk semua itu. bagaimana pula dengan hadiah batal air sembahyang, apa yang kuterima. terimakah mereka andai aku menunjukkan sebentuk cincin silver yang dibeli di pasar malam?

    terngiang-ngiang di telinga. "kau tahu pengantin pakai sepasang jer persalinan untuk malam berinai dia."pengantin lelaki tak mampu kot, bagi RM****. jer untuk hantaran." tak ade class betul anak dia punya kenduri. simple jer, macam kahwin org kampung" "ishhh, sekali seumur hidup pon tak mampu nak beli barang-barang branded untuk hantaran". "memang ketinggalan zaman, orang buat kenduri meriah-meriah dia just nikah dan doa selamat jer? "ade ke patut, dia bagi hantaran al-quran dan sejadah jer. tak mampu buatlah cara tak mampu. nak ikut sunnah nabi lah konon. itulah. orang nak kawen, nak kawen juga. tapi duit tak ada."

    hina sangatkah bilamana sepasang pengantin bersederhana di majlisnya? lupakah kita bahawa membazir itu amalan setan? sesungguhnya, perempuan yang mulia adalah perempuan yang paling rendah hantarannya.... susahnya nak menyesuaikan diri dengan mentaliti mesyarakat sekarang. majlis diadakan moden stail, tapi pemikiran old stail.

2 comments:

De Qaseh said...

memang zaman sekarang cam tuh...berlumbe2 nak bt grand2....pastu sibOk nak bertanding....padahal tu semua tak menjamin kebahagiaan..cukup la sekadar bersederhana......kene fikir perjalanan idop selepas kwin.....

makissa said...

betul tu... biasanya org len yang lebih2 men'cucuk'... tuan punya badan tanggung akibat...