Thursday, June 28, 2012

H.A.D.I.A.H

setelah dihitung-hitung dah sebulan lebih aku bergelar Mrs Shah -,- cute kannn 0,0 hohohoho.. tak adalah lebih mana sebulan tu, lebih 4,5 hari jer... aku anggap masih baby corn lagi... bese org gne setahun jagung... aku tukar cikit.
.

aku nak cerita pasal adiah kahwin... bukan adiah yang melangsungkan perkahwinan, tapi adiah yang aku dapat masa aku kahwin dengan orang yang sudi mengahwini aku di kenduri kahwin aku yang dikahwinkan oleh ayah aku. erkkk cam lain macam jer ayat aku... what ever!

al-kisah.... aku terima nikahnya chop! chop! bukan... aku terima banyak hadiah dengan wajah tebal 3inci, 2inci ketebalan malu, 1inci lagi ketebalan makeup oleh mak andam yang sangat2 cun. mana tak malu terima hadiah sedangkan aku sendiri tak pernah bagi hadiah kat orang.

apa hadiah aku dapat?... macam-macam... dari kelengkapan dapur, barang-barang letrik, perhiasan rumah dan kelengkapan bilik tidur. ada juga dapat hadiah yang sama dari orang yang berlainan. tapi aku terima seadanya. kenapa? rezeki kan... rezeki jangan ditolak.. tak lupa juga ada yang bagi tunaiiiiii... sah! (masih mud akad nikah) kepada aku, suami dan orang tua aku.

ade juga hadiah tu aku berikan kepada ahli keluargaku sebagai hadiah untuk mereka kerana hadiah mereka yang membantu aku sehingga menerima hadiah daripada pemberi-pemberi hadiah.

hari aku nikah ada juga aku dapat cupcake dari anak dara ustarzah sekolah agama rakyat aku dulu. aku sekolah agama? hahahaha...surprise...
tapi sedey nye aku tak berkesempatan jumpa pemberi cupcake tu sebab aku dalam toilet. maklumlah, pakai korset, kencing 5 minit, repair korset sampai gugur bulu mata pelesu aku cik dah oiii....

dan bukan nama suami aku aku, shidah bernombor kad oku ****** dan berlamat selatan semanjung malaysia, dunia, bersama suami tercinta shah bernombor plat kereta wuy **** beralamat sebumbung dengan aku, dengan ini merakamkan album jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga, jiran tetangga, saudara mara yang dikenali dan tidak dikenali, sahabat handai merangkap saudara mara, ahli keluarga dan sahabat handai suami yang datang berbas-bas kerana sudi meluangkan masa untuk hadir memeriahkan majlis kami. walaupun aku sedikit terkilan kerana ramai dikalangan kalian tidak diberikan bekalan dunia sebagai gift dari kami sekeluarga... mohon ampun maaf disitu yah... tuhan sahaja yang tahu disebalik peristiwa.

terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian yang memberikan hadiah, yang mengucapkan tahniah, yang mendokan kebahagian dan keberkekalan hubungan kami. amin... insyaallah dipermudahkan segalanya.

terima kasih juga kepada mereka-mereka yang memuji saat-saat aku susuai menerima pujian dari pemuji-pemuji. tapi kan...dah namanya pengantin, dimekap didandan.. kompem-kompen cun melecun. mak aku tu pun kalau dimekap terbeliak biji mata ayah nengok. hehehee....

terima kasih.. terima kasih.. terima kasih... aku hanya amanah Dia yang diberi amanah untuk menjaga amanahNya dengan seamanah-amanahnya....

stay tune to next entry.... bubye...




No comments: