pejam celik pejam celik dah hampir sebulan aku jadi puan..
ramai yang tanya bahagia tak?... seronok tak lepas kahwin?...
jawapan aku.. sama jer, lepas kahwin ke sebelum kahwin ke tak jauh beza. yang bezanya aku kena berkongsi sumer benda dengan orang lain. maklumlah, aku ni dari kecil tak pernah berkongsi. ayah dah ajar, beli apa-apa untuk satu sorang. barang-barang aku tak ada sapa yang usik... dan aku pun tak suka usik barang-barang orang.
tapi bila dah kahwin.. nak tak nak, mahu tak mahu aku perlu berkongsi. janji bukan kongsi suami... hisshhh minta selisih...
itu pasal barang. pasal masak, aku memang minat masak. cuma menu pantai timur aku fail. sebab aku orang nogori. so masakan aku lebih kepada lemak dan pedas. maunye buasir kalau orang yang tak biasa makan pedas. takpe2, slow-slow kayuh.
mengemas.. benda yang paling aku segan nak buat.. ayat direct nye malas. aku memang tak minat mengemas. alamatnya, rumah aku ade ciri-ciri kapal KD Perantau nak berlabuh. so jangan komen kenapa rumah aku bersepah.. rumah aku, aku punya suka
kihkihkih......
kampung adalah cerita paling sadis untuk aku ceritakan. lepas kahwin aku perlu belajar kurangkan balik kampung. takmo citer...takmo citer... sedih... sob..sob..sob...
tapi hari-hari wajib call mak. seminggu sekali jer bercakap dengan ayah. itupun asyik kena perli.. "orang dah ade laki, ingatkan dah tak nak cakap dengan ayah".... uhuk uhuk uhuk... mendalam ayat ayah tu. memang sentap.
tidur... dengan bangganya aku tidur seperti selalu. macam time bujang-bujang dulu. kalau korang nak jadi isteri mithali jangan tiru cara aku di rumah... terutama di rumah mentua.. aku takpe.. sebab masalah kesihatan.. hikhikhik alasan jer kau shidah oiii!!!!
aku masih lagi belajar control perangai. maklumlah anak manja cam aku ni, karenah banyak sangat. so, aku cuba motivate diri sendiri. nak berubah terus memang tak boleh lah. sebab aku ni jenis tak berdisiplin. mula-mula aku skema..kejap jer tu... lepas tu mulalah dengan perangai lama. take time yer puan shidah. slow and steady. pastikan maintain jer...
No comments:
Post a Comment