Thursday, July 5, 2012

keyakinan yang hilang

mula kau dilahirkan aku tak tahu kenapa orang pandang serong pada aku dan mak aku? aku selalu perasan cantik dan bijak. masa kecik-kecik kan? aku bermain macam orang lain. walaupun aku punya rendah diri yang kuat, tapi aku tak malu untuk berkawan dan bermain-main sama seperti kawan-kawan yang lain. aku bebas membaca dan ke sekolah walau didukung oleh emak.


dewasa mengajar aku segalanya. melangkah ke sekolah rendah, perasaan malu dan rendah diri makin menebal. baru aku sedar betapa aku serba kekurangan. sejak itu aku mulakurang keyakinan diri. tamat alam persekolahan bagai mimpi ngeri. aku benar-benar takut bila SPM habis. apa aku akan buat lepas ni? mana aku nak pergi? soalan-solan yang sentiasa hadir di benakku.

sedar dengan tahap pelajaranku yang rendah. aku hanya mampu berangan untuk ke menara gading apatah lagi memiliki kerjaya  dengan gaj iyang yang tinggi.

namun segalanya berubah........... jeng jeng jeng.............

bila aku dihantar secara paksa ke PLPP. tempat keramat yang mengajar aku dunia luar dan erti sebenar hidup. mengenal cinta dan cita-cita. tahu menilai harga ibu dan bapa. aku terus melangkah walau kaki pincang dari orang lain. namun melihat rakan-rakan lain turut pincang langkahnya. aku semakin kuat semangat walau rendah diri masih menebal.

aku diberi peluang menjadi pelajar universiti OUM. ambil tajuk yang agak tought, aku sedikit sombong. malas menguasai diri, study separuh jalan. hangat-hangat tahi ayam jer. try isi SPA aku dipanggil untuk ditemuduga. memang conform dapat kerja. confident jer pergi interview sebab doa emak mengiringi langkah aku. 2 bulan lepas interview aku terima tawaran mengisi kekosongan jawatan tetap sebagai penjawat awam. ayah tak tahu pun aku dapat kerja. sampailah aku balik kampung minta abang hantar ke mahkamah amik surat sumpah. teruk kena marah. ayah aku cakap aku buat kesalahan jenayah sampai kena panggil dek mahkamah. nak gelak pun ada. bila dia dah tahu hal sebenar. baru senyum terukir dibibirnya.

sekarang aku sedikit selesa bersama suami di sisi. aku semakin yakin untuk terus melangkah.

No comments: