Tuesday, September 18, 2012

aidilfitri 2012 with umi

salam zulkaedah



16/9/2012 merupakan last raya. 1st raya aku kat rumah mertua. so untuk melengkapkan aidilfitri 2012 ni, penutup aidilfitri aku ke rumah mertua juga. tak ada adik-beradik lain yg balik. kami hubby n wife jer.. adik2 ipar jer yang ada. cuma last night kat kampung, barulah kakak ipar aku sampai.

adilfitri 2012 merupakan pengalaman pertama dalam hidup aku. macam ramadhan juga. aku belajar serba sedikit dan slow-slow meningkatkan pengetahuan jadi isteri. masak, mengemas dan bangun awal. memang susah pompuan macam aku nak buat semua tu. nyesal dulu tak belajar masak dan malas mengemas. sekarang nak atau tidak, aku perlu lakukannya.... dua hari sebelum raya kami dah sampai ke kampung hubby. sempat berbuka puasa second last ramadhan tu.

esoknya, kami tak lekat kat rumah... berhimpit dalam kereta kecil suamiku mencari kelengkapan terkahir raya. penat memang penat. daripada duduk kat rumah buat jiwa aku kacau. aku rela badan letih merayap macam ni. dari satu kedai ke satu kedai kami pergi. lemah lutut rasa. cari pucuk niding nak buat bubuk lambok. bubuk lambok umi (mertua) memang sedap. terharu bila umi buat bubuk lambok tak campur budu. katanya nanti aku tak makan. ecececeh... tanda-tanda calon menantu kesayangan ni... untunglaaaaaaa

bilamana pengumuman raya mengesahkan esok raya. berdentam dentum bunyi mercun made my biras. jantung aku makin degup kencang. jiwa kacau. bohonglah kalau aku tak sedih. sedih siottt.. sebak jer rasa hati. mulalah sensitif. itu tak kena, ini tak kena. mesej dengan abang aku pun, air mata meleleh jer. bile takbir raya berkumandang... aku buat-buat tak dengar.

aku akui kat sini lebih meriah dari kampung aku...kat sini keluarga besar. tak ada yang duduk dalam rumah. semua pakat keluar main mercun. tengok bunga api merdeka mewarnai langit kelam. memang seronok. tapi hatiku tidak di sini. jauh di pedalam negeri sembilan... sob..sob...sob...

pagi raya..aku terculture-shock cikit. aku tak tahu apa kebiasan pagi raya di sini. so, aku buat apa yang biasa aku buat di kampung aku. memang tragis. orang lain buat benda lain...aku leka dengan benda lain. malu memang malu. tambah sensitif hatiku. scratch...scratct...scratch...

tak ada salam-salam... makan rendang, mee kari dan mee nyonya. lepas tu masing-masing buat pose gedik. iyer! aku jadi tumpuan buli kerana aku menantu baru di sini. cuaca panas. sekejap jer ais habis. aku pun dah kembong perut lantak berbotol-botol ais. agak-agak dah tak larat aku lari ke bilik, bersemayam. lelakiku backup kat ipar2 yang lain. katanya aku solat.. dari zohor, lajak smpai asar.. celik-celik mata aku kalut2 cuci pinggan. cover line di atas keterlajakan ku. ngeeeee

malamnya aku last masuk tidur. bersengkang mata packing baju. almaklumlah, esok turn kampung aku... horayyyyyy..... ooo ooo ooo balik kampung...hati riang.... dam dam dum bunyi mercun.... tak lena tidur aku menanti esok hari..

akhirnya aku bersyukur berjaya melalui pengalaman beraya di perantauan. bak kata orang tua.. alah bisa, tegar biasa. bohong tak sedih. aku pun manusia biasa. disebabkan aku manusia biasa. maka aku tak mampu menongkat langit... semoga bertemu lagi aidlfitri seterusnya...amin.


1 comment:

Cak Kra WaLa said...

Tahun depan di 1st raya di kampung hubby lagi ke..;)..;P..