Sejak emak jatuh
sakit aku makin rasa serba salah. Doctor cakap emak sakit lutut sebab masa muda
emak tak pandai duduk diam. Thats means emak asyik buat kerja jer.. memang pon.
Siang malam emak berkerja menjaga aku. Aku ni kerap sakit dan demam. Memang emak
berkorban habis-habisan membesarkan aku. Malam-malam berjaga sebab aku tak
boleh tidur, waktu siang pula, emak menguruskan tugas harian mencuri peluang
sebab aku dah tidur. Aku memang pasti emak sakit sekarang sebab terlalu bekerja
masa mudanya. Semuanya kerana aku. Sebab emak bekerja keras menjaga,
membesarkan aku. Emak sakit sekarang sebab aku. Salah aku!
Doctor cakap
lagi, makanan yang emak makan tak berkhasiat. Tak cukup zat, garam, gula, protein
dan semua keperluan badan. Iyer! Memang aku akui emak memang banyak control makan.
Takut sakit. Emak tak makan fast food, burger, western food, sea food pon emak
tak makan. Kicap, sos, ikan masin emak takut makan. Takut darah tinggi katanya.
emak memang jaga kesihatannya sebab emak tahu emak kena jaga aku yang memerlukan
sepenuh perhatian. Kalau emak sakit, macam mana keadaan aku nanti. Sekarang emak
sakit, tak cukup zat dalam makanan. Kandungan zat dalam badan emak tak cukup
untuk membakar kalori bila emak buat kerja dan berpeluh. Emak sanggup tak makan
mekanan merapu-rapu semata-mata nak bagi makanan berzat pada aku. Emak nak aku
sihat, sedangkan emak jatuh sakit. Emak sakit sebab aku.
Memula doctor cakap
tekanan darah emak tinggi sebab stress. Aku terpanar dengar kata-kata doctor tu.
Emak stress sebab aku. Sebab aku hari-hari call emak mengadu itu ini. Kadang-kadang
dalam satu hari 3 4 kali aku call emak. baru aku
tahu. Emak sebenarnya sakit sebab aku.
Emak menderita
sejak aku dilahirkan. Bila aku dah merantau keluar dari rumah tu dan berkahwin,
penyakit emak perlahan-lahan datang. Segala-galanya berpunca dari aku. Kalau aku
tak dilahirkan mungkin emak masih sihat sekarang. Sebab emak tak perlu
bertungkus lumus menjaga aku dulu. Sekarang emak menanggung akibatnya. Semuanya
kerana aku.
Emak! Adik minta
maaf kalau kelahiran adik menyusahkan emak. Sekarang emak sakit. Doctor cakap
emak tensyen dan stress. Adik janji, lepas ni adik akan kongsikan cerita
best-best jer dengan emak. Walaupun emak tahu adik tipu emak, tapi emak
buat-buatlah percaya dengan cerita-cerita adik tu nanti yer.
Emak! Mulai sekarang
adik akan bagi makanan yang berkhasiat kat emak. Emak jaga kesihatan tau. Walaupun
adik jauh, tapi adik tahu keadaan emak kat sana macam mana. kalau emak sakit
adik sentiasa mohon kat allah supaya sakit emak tu diberikan kepada adik. Adik sanggup
menanggung segala kesakitan dan keperitan emak tu. Adik pasti allah sentiasa
ada melindungi dan menjaga emak sepertimana emak jaga adik dulu. Emak! Jangan lupa
makan ubat yer. Minum susu dan banyak makan buah-buahan. Kalau rasa sunyi
bagitahu lah adik. Adik akan call emak teman emak borak. Emak boleh share
suka-duka emak pada adik. Adik sedia mendengarnya. Emak.... adik sayang emak
sangat-sangat. Sayang dunia akhirat.
No comments:
Post a Comment