Wednesday, January 9, 2013

permainan dunia

ari tu aku merajuk tak mahu tengok AJL  gara-gara yuna tak dapat perform sebab dia busy. so, aku keraskan hati tak sanggup tengok orang lain nyanyikan lagu terukir dibintang yang tak sengaja menjadi tema  lirik kad jemputan kahwin aku dulu.

walaupun merajuk, tapi aku menerimanya dengan hati yang terbuka kerana tv3 dah pernah buat onar pada yuna dengan menarik balik anugerah kemenangan yuna dan memberikannya kepada anuar zain. ciss! so tak kisah l;ah dia tak perform pun. apa ada hal. yuna selesa kat amerika sana.

walaupun yuna berbakat besar dalam bidang nyanyian, tetapi dia tidak mampu bertapak dengan selesa dalam industri hiburan tanah air kerana tidak memberi sebarang keuntungan kepada negara, politik dan pak menteri. so, yuna mungkin lebih selesa berkolabrasi dengan artis luar negara yang lebih memandang pada kelebihan, kemahiran dan bakat daripada rupa macam kat malaysia.

dan sekali lagi seperti yang aku memang dah jangka. kemenangan yuna menjadi kontroversi apabila penyingkiran uji rashid kepada aizat untuk menggantikan yuna pada malam 6 januari yang lalu. memang dah agak sangat-sangat. malaysia dan orang melayu tak sah kalau tak ada sikap iri hati, dengki dan sombong. kalau artis yang tidak terlibat dengan politik, vvip, vip, perempuan simpanan dan dato'2, memang susah dan bernafas duduk kat malaysia ni. asal dapat anugerah jer, mesti ada saja kontroversi yang timbul. turban nya pun jadi alasan untuk tidak diminati.

lainlah kalau kahwin dengan dato' yang terlibat dengan politik, pakai tudung yang tutup dua tiga helai rambut jer pun di agung-agung. menang berturut-turut pun orang tetap butakan mata. kontroversi macam mana pun tetap senyap. tak pandai bahasa inggeris dan kecindang dalam pelajaran pon orang tak kisah. alasannya, cantik, sopan santun.. KONON! tak pernah bising-bising. itulah INDUSTRI / KEHIDUPAN MALAYSIA.




1 comment:

Anonymous said...

Disini (Malaysia) hanya yang pandai bodek sahaja akan mendapat tempat,pada yang tak ada masa nak bodek2 teta[i berbakat tidak akan dilayan sama sekali.