Aku berkira-kira sendirian. Bagaimana jika suatu hari nanti aku menjadi seorang yang kaya raya? Tidur bertilamkan jutaan not ringgit Malaysia satu ribu, berbantalkan berlian-berlian dan emas permata, berselimutkan geran-geran tanah dan kilang-kilang ternama, berkatilkan apartment dan kondo-kondo mewah yang gah terbina. Mungkinkah aku masih makissa seperti sekarang? Atau aku juga sperti mereka di luar sana. Megkayakan orang yang sedia kaya, dan memfakirkan golongan miskin.
Aku berkira-kira lagi. Apakan akan jadi pada makissa yang sekarang? Adakah makissa akan menjadi buruan sang hidung belang? Mungkin juga makissa akan dikejar oleh golongan yang berpangkat makcik dan pakcik sedarah sedaging mengungkit jasa bakti yang pernah ditaburkan. Setidak-tidaknya, makissa akan diserang migraine tahap laut dalam kerana memikirkan si ‘pengemis’ yang dahagakan kemewahan sedang malas berusaha.
Si pengemis? Meluat aku bila membayangkan wajah mereka. Bahkan aku meluat untuk menyebut nama mereka. Aku dipandang ketika aku sedang ada, aku dihubungi ketika sayap ku mula melebar.
Dulu. Semasa aku tidak punya apa-apa. Mana semuanya mereka? Dulu. Sebelum sayapku mampu melebar dan aku hanya makan kais pagi. Tiada siapa sedar aku masih wujud. Sangka mereka aku telah ditalkinkan pada kurun yang lepas.
Nyata hidup di atas lebih sempit dari hidup di bawah. Aku selesa berada di bawah. Aku benci si pengemis itu. Sungguh aku benci.
No comments:
Post a Comment