Tuesday, December 29, 2009

nervous

makissa buat-buat senyum sedang dalam hati ashi asyik menyakat. pandai ashi mencari kelemahan makissa.1001 andaian yang shi beri. buat makissa tak senang duduk, xlena tdo dan tak lalu makn. seb bek makissa nak mandi. kalu dah mandi kompom basah.

macam mana cara nak buat ashi diam sehingga tarikh itu berlalu? tolonglah ashi, jangan buat makissa macam ni. jangan takut-takutkan makissa lagi.

makissatakut sangat-sangat. andaikata sesuatu yang mengecewakan berlaku di depan matam akissa, bagimana agaknya? oh tuhan. mintak selisih lah...

sungguh, makissa mahu dia gembira, dan bahagia. tapi sumpah makissa tak punya kekuatan berdepan kenyataan.

*kalaulah makissa punya kuasa. makissa mohon tiada dia muncul di depan mata.

SAYANG vs SEKSA

apa makna sayang?
apa maksud seksa?

sayang itu menbahagiakan betul ker? mcm tipu jer. aku tak pernah pon bahagia dengan perasaan sayang tue.

sayang lah buat aku terseksa.

untuk menjauhi perasaan sayang itu, adakah bahagia yang dimiliki?
namun untuk terus menerima sayang, aku rebah terseksa.

Monday, December 21, 2009

setahun melangkah

bulan pertama- makissa sibuk mengurus hidup. diri, kewangan, belajar dan keluarga. kesempitan si gadis dan sahabat terpinggir menguji ketulusan persahabatan makissa. tulus benarkah makissa? inilah masanya rakan-rakan yang lain untuk mengenali makissa.

bulan kedua-makissa diasak dengan kesihatan yang merosot.

bulan ke3-makissa sendirian, keseorangan dan dan kesunyian. ulang tahun kelahiran yang penuh makna dalam hidup makissa.

bulan ke4- makissa mula melangkah bangga. membantu encik jejaka memulakan langkah penuh liku. tanpa pinta dan segan silu, makissa berkongsi segala pengalaman dan pahit manisnya bersama encik jejaka. sokongan, dorongan dan tunjuk ajar tidak putus-putus dihulurkan walau encik jejaka tidak pernah menerima dengan rela hati.

bulan ke5-kehadiran sahabat terpinggir ke rumah menggembirakan makissa. doa untuk ditemani dimakbulkan tuhan. seperti juga encik jejaka, sahabat terpinggir juga tidak ketinggalan dalam senarai ahli dalam diari amal makissa. segala semua dikongsi bersama. pakaian, rumah, tilam, bantal, perabot, makanan, dan segala macam makissa hulurkan. makissa faham kesukaran memulakan langkah baru. semoga kalian berdua berjaya mencapai cita dan cinta. makissa menyokong dari belakang. membantu segala apa yang tiada dan diperlukan.

bulan ke6-hati makissa makin terusik. encik jejaka tebal dengan kedegilan yang menggunung. tiada pendapat makissa yang diterima. tiada kata-kata makissa yang masuk telinga. tiada nasihat makissa yang diterima pakai. keegoan yang menebal buat makissa makan hati. sikap terlalu berkira, buat makissa rasa dirinya asing.

bulan ke7-si sempurna mengheret beg meloloskan diri menuju pintu rumah makissa. menumpang segala yang ada untuk kesenangan dan kemudahan. tidak perlu mengeluaran belanja, apatah lagi bersusah payah untuk mengisi kekosongan poket, perut dan segala macam yang kosong.

bulan ke8- bermula episod makan ati, terasa hati dan memendam dalam hati. pendek kata semua yang melibatkan hati dan perasaan.

bulan ke9-kemerosotan ekonomi buat makissa berjimat cermat. sikap si abang yang sedikit tiada berperasaan menguji hidup makissa. bulan baik dan penuh suci mengajar makissa sifat tanggungjawab. menguruskan makan minum seisi rumah hingga membawa lena ketika di kantor kerja.

bulan ke10- pembiayaan makan minum, dan bil-bil rumah telah dipersetujui. tidak tahan dengan ungkit-mengungkit makissa akur mengatur perbelanjaan rumah. walaupun sesekali makissa juga yang robek hati.

bulan ke11- sikap penuh perasaannya mengguris perasaan makissa. penuh perasaan kejam zalim dan muka tak tahu malu membuatkan makissa diserang migrain teruk. sedarkah kau sahabat terpinggir, bagaimanakah kau memulakan langkah baru? kehadiran si gadis menemani makissa menebalkan dendam yang sedia ada. harap tiada sikap penuh perasaan dalam diri si gadis. selamat maju jaya untuk si gadis.

bulan 12-keadaan bertambah teruk. menanti makissa ditalkinkan. mungkin hanya itu yang merungkai segala kekusutan. tiada makissa, ashi percaya semua pasti bahagia.

tahun-tahun pembelajaran

tahun pertama- tanpa makissa tahu dari mana asal usul, dan tanpa makissa kenali keturunan dan kelahirannya. makissa dimusuhi. si musuh yang durjana terus menghujani makissa dengan fitnah dan umpat keji. makissa tenggelam dek sikap si musuh. seluruh kawasan mengenali makissa kerana cerita kotor dan hitam. si musuh ringan mulut mencanang cerita luar dan dalam kain makissa.

tahun ke2-kerana si musuh yang durjana makissa hilang kekasih hati yang dicintai sepenuh jiwa raga. makissa hilang maruah dan harga diri. hilang segala yang dimiliki. perlahan-lahan makissa menyepikan diri. membawa diri, menghibur hati. bergelumang dosa menambah umpat dan keji. puas di pujuk ashi, makissa makin liar menjelajah dunia maksiat dan hina itu.

tahun ke3- makissa melangkah berani. bagai terlihat deretan panah berbisa di hadapan, makissa hanya serah pada takdir. perjalanan hidup harus diteruskan. si musuh bertambah gah dikelilingi sang sahabat yang sama-sama kejam, zalim dan muka tak malu. ketawa berdekah-dekah membuktikan simusuh dan rakan-rakan berjaya dalam misi haram yang berjalan mengikut perancangan. makissa di mana? makissa ada. masih menjadi rebutan si jejaka-jejaka yang lemah iman. tergoda dengan lentok dan lenggok manja gadis kampung seperti makissa.

tahun ke4- satu diantara sahabat terpinggir. tiada lagi kuasa si musuh untuk menawan kawasan impian. sahabat terpinggir makin mengerti erti ikatan persahabatan, kasih sayang dan keluarga. langkah makissa mula nampak cahaya. walau sebesar lilin cuma namun makissa syukur masih ada cahaya menemani kegelapannya. sahabat terpinggir menebalkan muka menutup khilaf. menjaja cerita sedih dan teraniaya. konon dianiaya, dikejami, dan dizalimi. mungkin tanpa sedar sahabat terpinggir mula mendapat pengajaran.

Monday, December 14, 2009

aku dan pemburu badai

baru-baru ni aku tengok cite cina kat panggung wayang. hero dia handsome gak. pemburu awan dan pemburu badai. pemburu badai ni baik sangat orangnya. tapi pemburu badai dah dikuasai kuasa jahat. pemburu badai kene berlawan dengan musuh yang cuba merampas negaranya. tapi kuasa jahat yang kat dalam diri pemburu badai buat pemburu badai hilang kawalan. kekasih hati pon dicederakan juga.

mungkin memang lumrah manusia, kalau memendam seribu perasaan, kita akan dikuasai kejahatan. kuasa jahat dah menguasai aku. aku hanya perlu mengawal perasaan untuk terus dihormati. tetapi sampai bila agaknya. tahap kesabaran manusia punya batas.

Wednesday, December 9, 2009

LUAHAN

aku : nak pakai baju tu...
dia: tak boleh. seksi. mahal. tak cantik.

aku: nak beli alat solek..
dia: buat ape nak pakai alat solek. neutral kan elok. anugerah tuhan.

aku: perabut ni cantik. elok letak kat umah kan?
dia: tak pe, tak pe. nanti kita beli same-same k.
sebulan kemudian
aku: bila nak beli perabut ni?
dia:buat apa nak beli tapi orang lain yang guna. buat sakit hati jer.

aku: nak belajar bawa keretalah..
dia: risaulah. nanti kene langgar ker, apa jadi kat jalan nanti susah. saya xnak kehilangan awak.

aku:nak balik kampung sendiri. naik bas. nak merasa naik bas.
dia: ishhh xmo lah. saya risau ape-ape jadi kat awak nanti. xpe, saya ada. saya buat apa sahaja untuk awak.

aku: nak joint sukan..
dia: xpayah lah... nanti awak jauh dari saya. saya rindu.

buat pengetahuan.
kau bukan membahagiakan. tapi kau menyiksakan. aku sakit terseksa sejak mengenali lelaki seperti kau.
MAAF(pernah aku jadi penghalang segala yang kau mahu?)

TERKONGKONG

Makin benci jika sesuatu yang makissa ingin mendapat tentangan hebat. kenapa makissa sentiasa di halang? kenapa makissa didampingi manusia yang suka menjadi penghalang. makissa bisa menjadi wanita paling kejam di planet ini jika terus memendam keinginan. nampak terus diam bagai menuruti segalanya. dalam diam makissa menghimpun dendam menggunung.

pantang dalam hidup makissa, impian, niat dan keinginan nya dihalang. bukan permintaan yang bukan-bukan. bukan minta gunung, bulan, bintang mahupun wang simpanan berjuta. sekadar mahu 'belajar memandu'. sukar kah memenuhi permintaan ini? jika keperitan yang kau tanggung. terima kasih makissa ucapkan. tidak mingkin lagi makissa merayu lagi.

hampir setahun makissa menunggu. terus merayu. kekadang hingga kering air mata di pipi. bagai dipermainkan. makissa terus dijanjikan seribu kemanisan. impian makissa berkubur.

*bersedialah menerima sesuatu yang lebih perit bak hati makissa yang makin lusuh

Sunday, December 6, 2009



6ixth Sense - Khatimah Cinta Lirik Lagu

Oh tidur malam
Nyanyikan lagu
Rindu hatiku
Yang terpendam

Oh bintang malam
Lukis wajahku
Katakan aku
Pergi

Genggamlah cinta
Yang kuberikan
Simpanlah slalu
Dalam hati

Ku akan slalu
Dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Kuharus pergi
Jangan kau tangisi
Aku lagi

Biarku bawa
Seluruh cintamu
Ku dakap dalam
Tidur panjangku…

Peluk tubuhku
Kecup pipiku
Relakan saja
Aku pergi

perenggan 5

tak lama aku berdiri, kini aku jatuh semula. mungkin untuk jangka masa yang panjang ini aku akan terus berpura-pura untuk berdiri. aku tidak akan sesekali memberitahu apa yang ada di dalam hati ini.
mungkin ini yang ditanggung bonda sebelum ini.
aku sebenarnya lelah dengan hidup ini. ujian yang bertimpa bercucuran bagai hujan. dalam kesyukuran aku tersungkur lesu.
harapanku ada sesuatu yang bernilai atau paling tidak pon sesuatu yang menjadi impian hati menunggu aku di depan sana.
kini, aku terus melangkah tanpa hala tuju. langkah compang camping ini perlu ku turuti untuk terus hidup.

*hurmm

Friday, December 4, 2009

kaya tapi sengsara

memiliki rupa yang cantik memang kebanggaan makissa. dengan rauh wajah bujur sirih, alis mata yang lentik, kening tebal tersusun dan hidung yang mancung ditambah dengan kanta sentuh, makissa dilihat bagai gadis dari pakistan gamaknya. huhuhu... (pengakuan yang melucukan)
tubuh dihiasi perhiasan emas 916 karat, rumah dilengkapi perabot-perabot yang hampir-hampir eksklusif (hakikatnya belum lengkap), memiliki pelajaran yang agak sempurna, bertugas di jabatan kerajaan. semua itu menyembunyikan apa yang ditanggung makissa di dalam hati.
keceriaan di wajahnya sentiasa menghiburkan orang lain. sikap tenang dan sentiasa mengalah buat makissa milik ramai kenalan.
tapi sakit yang ditanggung semakin menjadi-jadi. makissa takut dengan kanser. harapannya kanser tak berminat pada makissa.

*segala yang makissa tunjukkan bukan dia yang sebenar. tapi untuk semua di sekelilingnya, makissa akan korbankan
walau sakit, walau hina, walau pedih. dalam dendam, makissa tiada pilihan.