tahun pertama- tanpa makissa tahu dari mana asal usul, dan tanpa makissa kenali keturunan dan kelahirannya. makissa dimusuhi. si musuh yang durjana terus menghujani makissa dengan fitnah dan umpat keji. makissa tenggelam dek sikap si musuh. seluruh kawasan mengenali makissa kerana cerita kotor dan hitam. si musuh ringan mulut mencanang cerita luar dan dalam kain makissa.
tahun ke2-kerana si musuh yang durjana makissa hilang kekasih hati yang dicintai sepenuh jiwa raga. makissa hilang maruah dan harga diri. hilang segala yang dimiliki. perlahan-lahan makissa menyepikan diri. membawa diri, menghibur hati. bergelumang dosa menambah umpat dan keji. puas di pujuk ashi, makissa makin liar menjelajah dunia maksiat dan hina itu.
tahun ke3- makissa melangkah berani. bagai terlihat deretan panah berbisa di hadapan, makissa hanya serah pada takdir. perjalanan hidup harus diteruskan. si musuh bertambah gah dikelilingi sang sahabat yang sama-sama kejam, zalim dan muka tak malu. ketawa berdekah-dekah membuktikan simusuh dan rakan-rakan berjaya dalam misi haram yang berjalan mengikut perancangan. makissa di mana? makissa ada. masih menjadi rebutan si jejaka-jejaka yang lemah iman. tergoda dengan lentok dan lenggok manja gadis kampung seperti makissa.
tahun ke4- satu diantara sahabat terpinggir. tiada lagi kuasa si musuh untuk menawan kawasan impian. sahabat terpinggir makin mengerti erti ikatan persahabatan, kasih sayang dan keluarga. langkah makissa mula nampak cahaya. walau sebesar lilin cuma namun makissa syukur masih ada cahaya menemani kegelapannya. sahabat terpinggir menebalkan muka menutup khilaf. menjaja cerita sedih dan teraniaya. konon dianiaya, dikejami, dan dizalimi. mungkin tanpa sedar sahabat terpinggir mula mendapat pengajaran.
No comments:
Post a Comment