ashi kekal dengan egonya. masih tidak mengakui apa yang dirasa. disaat makissa mula pasrah mengalah. ashi wujudkan kekeliruan. sejarah silam diungkit dibangkit. ashi begitu kebal dengan kekuatan perasaan itu.
nah.. kini ashi semakin nampak bendera putih tanda kekalahan egonya. ashi mula mengakui perasaan itu mula menguasai diri. sememangnya ashi sedar perasaan itu kekuatan langkahnya. tapi kenapa begitu sukar segalanya diakui?
makissa kalah dek ashi sendiri. makissa tewas bilamana ashi menjegilkan biji mata. makissa terus berdiam. terus menerus memuja merindu cinta hitamnya. kerana percayakan ashi, makissa sakit merindu.
suatu hari makissa perlu berdiri. membuat keputusan sendiri. mengakui cinta hati. tanpa menoleh lagi, makissa perlu menang untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment