ALHAMDULILLAH...aku bersyukur ke hadrat illahi. dengan limpah dan kurnia yang diberikan aku berjaya memilikinya. ku kira tidak terlalu terlewat, bahkan ia boleh dianggap sesuatu yang membanggakan dalam hidupku.
terima kasih pada mak yang banyak berdoa, memberikan restu, kata semangat dan sokongan, bantuan kewangan dan nasihat. buat ayah yang tak lekang membebel nasihat itu ini, tunjuk ajar dan perangsang pembakar semangat. mungkin ini tidak seberapa, tapi cukup bermakna dan berharga hadiah sempena ulangtahun ayah yang ke-66.
terima kasih yang tidak terhingga untuk kawan-kawan yang banyak membantu tika suka dan sanggup menadah telinga mendengar segala kesuh kesah.
buat kekasih hati yang bakal bergelar teman hidup dunia dan akhirat, terima kasih banyak-banyak. jasamu ku kenang. tanpamu mungkin agak sukar untuk dapt semua ni.
terima kasih juga kepada penderitaan, kesusahan dan segala ujian yang datang. ia semua mematangkan dan mengajar diri ini ketabahan dan erti hidup. buat diri ini semakin kenal ibu bapa, kasih sayang, persahabatan, cinta dan pengorbanan. baik yang fositif mahupun yang negatif tetap punya fungsi dan hikmah yang DIA sahaja yang tahu. cabaran yang melintang, dugaan yang menimpa, jalan yang berliku banyak menyemarakkan api semangat diri. terima kasih semua. tampa kalian siapalah aku.
3 comments:
Masa mu telah tiba. Tahniah seadanya. Aku akui, aku cemburui mu. Aku bersyukur, aku bangga atas kejayaanmu. Engkau telah buktikan segalanya. OKU Boleh.
Langkah dan terus melangkah jangan lagi pandang ke belakang.
sebagai manusia, kita perlu pandang ke belakang. baru kita sedar diri tahu di mana bumi di pijak di situ langit di junjung.
ape yang sah kak? x faham la
Post a Comment