Thursday, June 16, 2011

Pungguk Rindukan Bulan NEW VERSION

Semalaman aku berfikir-fikir. Serabut kepala juga dengan tajuk masalah yang aku pilih malam ni. Bukan tugasan sekadar memotivasikan diri sendiri. Biarlah dapat tentangan. Asal aku tak ganggu orang.

Dulu pungguk rindukan bulan dikaitkan dengan pencinta yang setia merindui kekasihnya yang jauh disana. Konon-konon sang bulan yang cantik bercahaya akan menjadi pendamping kepada si pungguk yang hodoh. Dulu kan banyak cerita-cerita sumpahan bilamana kerabat-kerabat di raja mengahwini rakyat biasa. Maka sumpahan akan berlaku kepada pasangan dari keturunan rakyat biasa samada hodoh pengganti wajah, rerambut menutupi badan bagai orang hutan atau paling tidak wajah bak haiwan di hutan. Kadang ada juga sumpahan meragut nyawa. Dulu, orang sayu dengar suara pungguk. Syahdu jer memanggil sang bulan. Sudahlah wajah sayu dan pilu. Suara merayu-rayu. Mendapat belas siapa yang mendengar.

Pendapat aku tiba-tiba berubah. Aku tak rasa pula kasihan pada pungguk hodoh yang selalu dimomokkan dengan gelaran seram : burung hantu. Kalau dah hantu, siapa yang tak takut. Betul kan? Hantu mana yang cantik. Kalau muka tak cantik orang akan gelarkan muka macam hantu. Kalau perangai tak elok, orang cakap perangai macam hantu. Sah-sahlah si pungguk tu hodoh. Sah-sah juga pungguk tu tak baik. Tak boleh nak disangkal dah. Sudah muka tu hodoh, nama pula si burung hantu, ada hati nak mendampingi bulan. Dengan suara yang seram konon-konon sayu bisa meremangkan bulu roma. Bukan sahaja bulan takut, bintang yang berkedipan tu pun tak sudi memandang.

Seperti tak mengukur baju di badan sendiri. Orang tua-tua dulu pun dah pesan, kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak di duga. Hah! Sudah terang lagikan bersuluh. Jangan dijeling milik orang. Hargailah apa yang kita ada. Barulah kita rasa puas dan cukup. Kalau tak nanti. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Tiada guna memancari-cari kuman di tengah-tengah laut dalam, sedangkan gajah berdiri depan mata..

1 comment:

Cak Kra WaLa said...

Banyak maksud di sebalik yang tersirat....