Friday, August 5, 2011

hot and spicy

batullah kata-kata orang dewasa dulu-dulu - kecil-kecil cili api. memang betullah yang kecik tu cili api. memang gila pedas dan panas. menyengat dan berbisa. ni bukan maksudkan kanak-kanak.  yang kecil tu jangan disangka anak. yang besar gedabak tu belum tentu boleh jadi bapa. yer! aku semakin belajar semua itu.

walaupun kecil, halus dan nampak manis ranum. tapi sekali kena memang berapi. makan dalam sungguh. meninggalkan kesan sejarah monumen yang mungkin kekal beribu-ribu tahun akan datang dan mungkin boleh dipamerkan di muzium negara bahkan dibuku kan dalam sejarah antarabangsa.

si kecil cili api memang tak memilih bulu. tiada ebza warna kulit, bangsa, agama, jantina, pangkat, harta mahupun negeri - siapa yang kena tetap berasap telinga. silap-silap kena boleh berasap ponggong. tak senang duduk dibuatnya. mengalir segala air dalam badan - air mata, air hidung mahupun air kencing. memang cukup-cukup 'pedas'. tak padan dengan saiznya yang kecil.

rentetan itu, usah mengikut jejak monyet. sudah dipesan. tapi degil nauzubillah....

  • jangan monyet, jangan...
  • tak kira! tak kira!.. aku nak juga
  • lantak lah kau monyet..
  • tolong...tolong... (dan sang monyet yang malang a.k.a degil tersandar sambil mengipas-ngipas bahang yang berkepul-kepul keluar dari telinga.)
  • itulah. kan aku dah pesan. kau yang degil, monyet.

2 comments:

Gemini said...

Sepatutnya monyet tu kena makan kurma, tapi dia pilih cili jugak akhirnya...Jawabnyer....

makissa said...

papa monyet pandai pon hadooiii.. nasihat berilah sikit anak monyet kepadanya degil.. aduyaiiii