Monday, October 10, 2011

agak-agak jer

mak ajarkan aku masak rendang ayam

bahan-bahannya
ayam (beli lah ikut badjet.. janji muat masuk kuali.. kuali besar mana?)
serai (ballance dengan ayam.. kang jadi rendang serai plak)
cili (ikut lah, kalau nak pedas, bubuh banyak, kalau tak pedas, letak sikit jer)
santan (dua kali ganda lebih dr jumlah ayam)
garam (secukup rasa)
kunyit hidup (ballance dengan bahan-bahan diatas)

peralatan,
gas yang mencukupi (kalau gne kayu api, buat stok lebih)
kuali (muat masuk kan ayam yg dah potong)
sudip (tak lembut, kang mudah terpatah masa ngacau ayam)
lesung batu (kalau 'rajin' sangat, mesin jer gne blender)
piring dan sudu (digunakan untuk merasa masin, manis @ pedas masakan)

cara membuat
campak semua bahan-bahan kedalam peralatan mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
gunakan peralatan mengikut kesesuaian secara berjadual dan sistematik tanpa sebarang ralat atau pencabulan hak asasi kepenggunan peralatan dapur.
kawal nyalaan api agar tidak kehilangan rumah dan harta benda sendiri serta jiran-jiran.

semasa memasak,
- elakkan memasak sambil membebel
- bagi peminat bollywood, jauhi sebarang muzik bollywood semasa di dapur
- pastikan masak di dapur, bkn di tempat lain yang tidak sesuai seperti bilik tidur, ruang tamu, dll
- tutup mulut semasa bersin
- cepat-cepat call mak kalau berlaku kecemasan terhadap masakan

selesai memasak, hidangkan untuk yang tersayang. lihat wajah-wajah penjamu selera hidangan tersebut. jika :

sedap
-diam
-bertambah
-tidur
-bangun tidur makan lagi
-tidur semula
-bangun tidur makan lagi..................sehingga kuali licin, bersih, dicuci berkilat dan digantung

biasa-biasa jer
-pot pet, pot pet, pot pet
-cuci tangan
-tidur
-bangun tidur, goreng telur

tak sedap
- diam
- cuci tangan
- masuk tandas

SELAMAT MENCUBA

1 comment:

Cak Kra WaLa said...

klau mkn tidur, bangun mkn tidur sampai licin kuali tu, itu bukan mkn, itu mencokik namonyo......