Monday, April 16, 2012

Derhaka kot

dari dalam kandungan ibu lagi, si ibu ni dah berkorban nyawa, membanting tulang untuk memberi kesempurnaan hidup membesarkan anak-anak. tapi bila dah besar semua iniyang diterima oleh si ibu. sepatutnya, bila dah besar, anak-anak terfikir untuk membalas jasa ibu bapa. kalau tak dapat membantu pon, sekurang-kurangnya tidak menyusahkan mereka. ini tidak! madu yang diberi, tuba yang dibalas.


kebajikan ibu bapa tergalas di bahu anak lelaki mereka? mungkin ini ujian buat si anak lelaki? dari apa yang aku baca, pemerhatian sekeliling dan pengalaman orang lain. aku berpendapat bahawa anak lelaki memang diuji dengan kebajikan ibu bapa mereka. samaada mereka lulus cemerlang dengan ujian tersebut atau sebaliknya. lebih-lebih lagi kepada lelaki yang dah berkahwin.

lelaki sejati adalah lelaki yang berjaya membahagikan ruang antara ibu dan isterinya. so kepada kaum isteri, sebelum berkahwin, bersedialah menerima madu. sebenarnya, kaum isteri telahpon dimadukan sebaik sahaja diijab kabulkan. si ibu mentua adalah madu bagi seorang isteri.

berbalik kepada tajuk, aku kecewa bila melihat ramai lelaki mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa, hanya kerana sayangkan isteri. alasan yang aku tak boleh terima sangat-sangat. tak sedarkah bahawa si isteri sedang membawa suami tersebut ke pintu neraka. aku tiada hak untuk menghukum. tetapi melalui bahan bacaan, inilah aku ketahui.

si ibu tidak pernah meminta-minta bantuan orang lain untuk membesarkan, menyekolahkan, mengahwinkan kita. tapi kenapa kita tergamak, meminta, mengikis dan menyusahkan orang tua kita hanya untuk kesenangan kita? tergamakkah kita melihat si tua itu, terhincut-hincut menahan sakit lutut, membelah gelap dibasahi embun pagi mencari rezeki. namun rezeki yang diperolehi dinikmati anak-anak yang sihat tubuh badan. dimanakah perikemanusiaanmu?

moga, suatu hari, kau kan tersedar. dengan harapan, hari itu tidak terlewat untuk kau memohon maaf, mencium tangan dan memeluk erat tubuh si tua itu....

*jiwaku kacau. moga aku dilindungi dari perkara sedemikian

No comments: