Wednesday, June 20, 2012

insurans peribadi

handset menyanyi-nyanyi
dalam talian : selamat pagi, boleh saya bercakap dengan puan asidah.kadir


aku : iyer, saya lah asidah kadir tu ayah saya


dalam talian : puan, saya ni dari syarikat dot dot dot, boleh tak saya mengambil masa puan sekejap.


aku : iyer. tak ada masalah, teruskan.
amiklah aii. aku tahu dah tujuan kau. jap lagi mesti kau sendiri yang putuskan line (dalam hati) 


dalam talian : puan, kami telah membuat cabutan, nama puan telah terpilih untuk mendapatkan perlindungan peribadi untuk kehilangan upaya kekal, kehilangan nyawa dan kemalangan jalan raya. boleh saya dapatkan maklumat puan untuk pengesahan?


aku : kan aku dan agak. mesti pasal insuranlah. kau nak cover hilang upaya kekal jer ke? hilang kepercayaan, hilang kejujuran, hilang dara sebelum kawen semua, kau tak nak cover? kau pikir kalau aku mati boleh ke bawa duit insuran tu ke kubur? buat porak peranda family aku jer dok berebut harta, adalah. hilang kerajinan aku ni kau tak nak cover? bolehlah aku sentiasa malas, dapat duit.(dalam hati lagi)....


dalam talian : boleh puan berikan nama penuh untuk pengesahan?


aku : kalau kau tak tahu nama aku macam mana kau boleh call? aduyai... terserlah kebodohan kau (dalam mulut, cikit jer nak terkeluar) sebentar yer encik. sebelum tu saya nak tanya? ADA KE INSURAN YANG COVER OKU? sebab saya ni cacat. 


dalam talian : owhhh. puan oku ke? saya akan buat semakan. nanti saya call puan semula yer. terima kasih.


aku : oit oit oit... meh lah cakap lama-lama lagi. aku tengah free ni. tolonglah cover line jap. aku nak tidur. kau kan suka cover-cover orang ni. (aku bersuara selepas...............matikan talian)


sibuk jer nak bagi insuran kat orang.  sejak en.hubby bagi tahu insurans tak boleh cover golongan macam kami, aku cepat-cepat pangkah ayat dorang untuk mematikan perbualan. kalau tak macam-macam ayat dorang nak menggoda aku... golongan minoriti macam kami ni bukan dapat perhatian pun. kalau terpaksa ulang alik ke hospital tu gunalah duit sendiri. kalau mati, mati katak jer kami ni. tak heranlah perbelanjaan atau sara hidup kami jauh lebih tinggi dari orang biasa. bukan jer perbelanjaan, pergerakan, masa dan lain-lain lagi memang 10 kali ganda dari orang biasa. tak pelah. ini bahagian kami. semoga dipermudahkan segala urusan.............amin

3 comments:

pelangi said...

hihihihi... dia tanya mcm 2 soalan sama la kita .bila aku bilang aku ni cacat terus dia kata aku ni x layak...dalam minggu lepas dia orang call ... :)

makissa said...

cacat... apa pon tak boleh

Cak Kra WaLa said...

orang cacat ni tak bernyawa kot...sebab tu, dia tak nak bagi perlindungan insurans pada orang cacat. Sape yang nak rugi beb...tapi alasan yang setiap kali diorg bagi, klau kita cakap kita OKU, "owh ye ker, buat masa ni, tak de lagi prosuder insurans utk OKU, xpe nnt kami semak dan akan maklum semula kepada En,Pn, Cik,..bla..bla..(alasan semua tu). last2...langsung xde call dh...taik kucingg haiyaaaaa...caittttt....porahhhhhh...