Thursday, July 5, 2012

Nikmat / Rezeki

syukur ke hadrat illahi. dengan limpah kurnianya sehingga kini aku masih mampu bernafas. walau langkah pincang dari manusia lain, walau kerja lengah dari orang lain aku terus melangkah longlai dan kadang tersungkur untuk terus hidup.

sejak menerima pengesahan jawatan, satu persatu rezeki aku terima. harta dunia, harta akhirat rerkumpul menjadi milikku. kebahagian yang aku kecapi kadang membuatkan aku terlupa bahawa aku pernah terjelepuk tatkala berusaha mencari kebahagian. benarlah kata orang. bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

aku merelakan diri untuk bersusah payah kini, agar aku memperoleh kesenangan di suatu hari di saat aku memerlukan kelak... tuah ayam nampak di kaki. tuah manusia siapa yang tahu. benar apa yang di kias kan. kebahagian, kejayaan tidak mengenal bangsa, agama, dan warna kulit. asalkan berusaha, pasti berjaya. berusaha dalam apa jua perkara, meredah onak duri, mengharungi ranjau berliku, insyaallah dengan izin-Nya, kejayaan milik kita.

semakin bertambah usia, semakin banyak yang aku terima dan rasa....

bermula dengan diterima bekerja, memperoleh kuarters dan melengkapinya dengan keperluan-keperluan penting. aku menerima pengesahan jawatan, pertukaran hakmilik dari ayah. kemudia aku mengikat tali pertunangan. walau dihimpit pelbagai dugaan, rezeki bersilih ganti bersama-sama ujian yang datang. impian mak dan ayah, aku tunaikan satu persatu. alhamdulillah. permintaan tunang dan perkara-perkara yang memudahkan urusan tunang aku sediakan walau tak selengkap mana. kehendak anak-anak saudara, abang-abang dan kakak aku cuba penuhi satu persatu. alhamdulillah. semuanya sempurna bagi aku walau sedikit cela yang berlaku. namun aku jarang berhubung dengan rakan-rakan lain. bukan sudah melupakan. tapi aku kesempitan ruang.

beberapa bulan menjelang pernikahan, aku dilimpahi rezeki. sedikit lelah menguruskan kelengkapan, namun aku bersyukur, ALLAH permudahkan urusan kewangan. punya abang dan tunang yang sangat akrab, memang membantu aku menguruskan hal-hal berkaitan, selain menjadi wakilku kepada ibu bapa.

apa lagi yang aku nak? ANAK? insyaallah. andai si anak tidak terbeban kerana punya ibu bapa seperti aku dan suami. aku memohon dipermudahkan segala urusan. namun jika kehadiran anak mengundang bahaya untuk dirinya sendiri, aku bermohon diberi kekuatan untuk menerima dugaanMu. aku mampu merancang, namun perancanganMu Maha terancang.

6 comments:

Cak Kra WaLa said...

InsyaAllah, DIA lebih mengetahui segala dibumi & di langit..

makissa said...

ALLAHHU AKBAR

N'daYu.. said...

InsyaAllah...Allah sentiasa bersama hambanya...& lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya...

makissa said...

insyaallah... amin

De Qaseh said...

insyaallah..kekadang kita tak terjangka rezki dariNYA......:)

makissa said...

amin.... mudah-mudahan