Thursday, December 6, 2012

ahad malam

Lepas maghrib dan lepas melantak kfc 2 ketul aku bersiap-siap balik putrajaya. Untung ada kak leha. Dia packing kan keperluan emak. Aku amik apa barang-barang yang emak pesan. Aku keluar rumah 10 minit nak jam 8.oo malam.

Aku bawa abang dan alang sekali. Barang-barang emak berat, ada air panas lagi. Susah pula aku nak bawa nanti. Husband mesti tak boleh bawa. Takut tumpah atas peha dia pula.

Singgah hantar barang-barang emak, gerimis sikit. Mungkin sebab letih aku tak layan perasaan hiba di hati. Jumpa emak, peluk cium emak. Emak cakap tangan sakit dicucuk-cucuk. Staff pelatih punyalah ramai bertenggek depan emak. Bila nampak husband dan abang aku mula dia mengilai-ngilai gatal. Nak jaga emak aku ke nak menggatal? Aku tak lama di hospital. Jam 10 kami gerak balik putrajaya.

Masuk jer kereta hujan selebat-lebatnya. Alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan. Jalan tak jem sangat. Cuma kat bukit putus kereta slow panjang sebab ada lori berat kat depan. Satu lorong, bahaya nak memotong. Tak sampai pon 200 meter jalan okey dah. 2 jam perjalanan kami sampai ke rumah.

Badan letih, aku terus mandi dan tidur.

19/11/2012 isnin – aku memang tak ada jiwa nak pergi office hari ni. Sikit-sikit aku menangis. Sikit-sikit aku menangis. Sebak teringatkan emak sorang-sorang kat hospital. Balik dari office aku terus balik kampung. Barang-barang husband dah siap packing. Tugas aku hari ni hanya menangis dan menangis. Terus singgah ke hospital jumpa emak. Emak akan di transfer ke wad lain. Dalam surat tertulis jam 8 emak akan di transfer. Sekarang jam 6.30. masa aku salam emak, emak mengadu. Sakit sangat. Tangan emak jadi kecut dan kurus. Muka emak kekuningan. Ibu ada temankan emak. Kaklang pon ada. Ayah on the way dengan ateh anak bini. Malam ni big brother suruh ibu jaga emak. Aku lengkapkan keperluan ibu. Beli majalah dan topup secukupnya. Tapi topup tak perlu risau, handset emak banyak kredit. Janji ada batery.

Lepas hantar emak ke wad baru. Kami diarahkah keluar. Waktu melawat dah habis. Kami berkumpul di ruang menunggu. Kesian tengok anak-anak ibu. Ibu suri rumah. Anak-anak tak pernah berenggang. Yang bongsu menangis masa nak dipisahkan dengan ibunya. Big brother buat strategi. Kumpul semua anak-anak buah. Anak dia, anak ateh dan anak ibu. Tanya sorang-sorang nak balik mana? Big brother balik semenyih. Aku dan ateh balik kampung. semua jawab nak acik. Ya rabbi. Kereta acik kecik jer sayang. Mana muat nak sumbat ngkorang semua. big brother merangkap paklang, tanya lagi. Siapa nak ikut paklang. Semua geleng kepala kecuali anak-anak dia sendiri (confirm nak ikut ayah dia balik). Paklang tunjuk muka sorang-sorang isyarat nak tahu jawapan
Angah- ikut acik
Alang – acik
Mimi dan sharmine tak sempat ditunjuk dah jawab-kakak nak ikut acik
Alin pun gitu – adik ikut acik. Cuma abang jer jawab. Nak ikut atok. Kesayangan atok kan. Tak boleh buat apa lah.
Husband geleng kepala. Paklang bangun, dengan fedup dia cakap. Pergi lah berhimpit-himpit dengan acik kau tu. Ajak naik kereta besar taknak!

No comments: