Thursday, December 6, 2012

18/11/2012

18/11/2012(Ahad) – tidur malam tadi memang tak lena. Pagi-pagi aku bangun terus keluar bilik dan ke bilik emak. Badan emak panas sangat. Tengok bilik tak berkemas lagi, mesti emak tak bangun subuh tadi. Suara emak ketar-ketar. Katanya semalam menggigil demam. Muntah-muntah. Nak ke tandas emak merangkak sebab tak larat sangat nak bangun. Emak tak boleh buka mata, pitam katanya.
Lemah lutut aku rasanya. Aku suruh emak bangun. Aku buatkan susu. Bagi makan ubat.

Aku pesan kat emak. Siap-siap tukar baju. Tak payah mandi, cuci muka jer. Aku ambilkan baju kurung emak dan tudung. Aku pesan bersiap slow-slow. Dah siap nanti bagitahu. Kita klinik. Bawa ic, bawa duit siap-siap. Adik tak ada duit ni.

Aku terus berlari ke bilik. Tengok husband tidur lagi. Dia tengok aku cemas dia tanya aku kenapa? Aku jawab. Nak terkencing. Keluar tandas aku bagitahu apa yang berlaku. Aku pesan kat husband suruh stanby. Ayah ada hal.

Kira-kira 11.00 pagi emak muncul depan pintu siap berbaju kurung dan bertudung. Aku dan husband bawa emak ke klinik yang kami pergi semalam. Anak-anak buah aku, aku bawa sekali, apa-apa hal senang nanti.

Sampai kat klinik orang memang ramai. Berbeza dari semalam. Gerimis turun rintik-rintik. Aku tak tahu macam mana nak papah emak ke klinik. Aku sendiri tak ballance. Bila emak dipanggil masuk oleh doktor. Aku ikut sama. Doktor tak dapat check tekanan darah emak sebab terlalu tinggi. Doktor suggest aku bawa emak ke hospital. Taku emak kena strok.

Syukur aku ade sedikit ketenangan. Bukan yang jenis gelabah. Aku beritahu husband. Bawa emak ke hospital. Husband ikut jer. Terus memandu. Emak duduk belakang. Hujan mula lebat. Dari cermin sisi aku tengok emak pejam mata. Kemudian emak bersuara. “ nanti emak masuk hospital. Siapa yang nak bawakan kain baju emak?”

Aku dah rasa lain macam dah. Aku diam jer. Tak ada kekuatan nak terus menjawab. Emak menyambung lagi “ emak ada simpan duit kat tempat sekian-sekian (terpaksa dirahsiakan) nanti tolong ambil, bawaklah balik ke rumah kau. Ada lah rantai gelang cincin berlian batu permata semua dalam tu. Tolong simpankan yer. Nanti kalau ada apa-apa hal, gunalah duit tu.”
 Ah. Sudah. Ke situ pula emak ni. Hujan makin lebat. Aku pun turut hujan bersama-sama. Teresak-esak aku menangis. Dengan susah payah emak lemparkan ic dan dompetnya pada aku. Katanya “dalam ni ada sikit duit. Kalau kau nak buat belanja, pakailah. Nak isi minyak kereta amiklah duit emak ni. Anak-anak belum makan lagi ni. Nanti suruh abang (merujuk kepada anak buah aku) beli makanan. Kesian dia lapar.”
 Aku mula teringat 4tahun lepas. Emak kena chikungunya. Memang dasyat sakit emak masa tu. Sampai aku terpaksa bawa besen ke dalam bilik untuk emak buang air. Nak di dukong aku sendiri tak lepas. Tapi bezanya time tu aku hanya berangan nak bawa emak ke hospital. Aku tak ada kereta masa tu. Bersyukur dapat husband yang boleh tolerate.
Sampai hospital, aku daftarkan emak di wad kecemasan. Pegawai yang incharge tu pun terkejut darah mak tinggi sangat. Boleh kena strok katanya. Emak di arahkan duduk atas wheelchair. Abang tolakkan emak masuk ke dalam dalam wad kecemasan. Aku mula pening bau darah dan ubat. Ade orang mengerang-ngerang sakit sebab tengah dressing luka. Doktor mula periksa emak. Amik darah cucuk tangan emak masukkan air. Staff-staff kat situ arahkan aku keluar. Aku duduk bersama-sama anak-anak buah dan husband di ruang menunggu. Semua orang perhatikan kami. Mungkin mereka berfikir –tak ada adik beradik lain ke diorang ni. Kesian cacat.
Tapi aku peduli hapa. Anak cacat tak boleh berbakti kat parents ke?

Setiap setengah jam aku masuk jenguk emak. Lepas masuk air. Diorang ganti dengan garam pulak. Lepas tu datang tiga orang doktor bincang-bincang depan aku. Diorang discuss in english. Aku faham lah 2 3 patah perkataan. Aku minta izin kat emak untuk keluar. Tengok muka emak kekuningan. Mungkin sebab effect sodium yang dimasukkan tu kot.

Kat luar aku tengok muka husband hati aku luluh. Kat dalam emak. Kat luar ni husband. Ikut hati aku taknak balik ke rumah. Aku nak jaga emak. Tapi esok isnin. Ada perjumpaan staff bahagian. Masa depan aku juga. Husband npasti nak kerja. Kerja dia banyak. Hujung-hujung tahun ni kan. Abang dan alang pon tak makan lagi.. husband bagi duit beli makanan. Bagi pinjamkan galaxy s dia lg sebab takut sesat. Senang nak contact.

Tiba-tiba sepupu call. Tanya emak ada kat rumah tak? Dia nak ke rumah. Aku tak pandai berbohong. Aku beritahu emak kat hospital. Belum tahan wad lagi. Masih tunggu keputusan. Ateh on the way balik. Kebetulan dia bercuti seminggu. Dia mesej nak jumpa kat seremban kalau aku balik dari kampung awal. Kalau sempat, boleh jumpa kat kampung jer. Deangan berat hati aku bagi tahu aku kat hospital bawa emak.. sempat gak dia sound. Marah aku tak bagitahu awal2. Tak sampai sejam dia ateh muncul kat hospital. Aku call ayah pula. Masa terus berjalan. Seorang lelaki china panggil aku. Aku tak sure dia doktor atau ma jer. Dia minta aku daftarkan emak masuk wad. Katanya, tekanan darah emak tak turun.

Tapi dari perbincangan dia tadi, apa yang aku faham, emak akan ditahan 3 hari. Sodium dan air akan dimasukkan ke dalam badan emak sehingga jumlahnya cukup dengan keperluan emak. Emak tak akan strok sebab emak bukan darah tinggi. Cuma tiada garam dalam darah. Tapi ia lebih bahaya dari darah tinggi. Baru aku tahu.

Aku daftarkan emak guna GL aku. Wad dan katil tak tahu lagi. Aku minta izin mak nak balik kampung ambil pakaian emak. Balik ke putrajaya aku akan singgah hantar barang-barang emak. Aku balik kampung bawa kak leha dan anak-anak buah semua. Singgah beli kfc buat alas perut.

continue


No comments: