lama rasa nya tak mencoret kisah di blog ni. bukan tak ada cerita nak dicoretkan. tapi aku tak tahu macam mana arah nak coret kan.
awal muharam yakni awal tahun dalam kalendar islam aku pulang ke kampung halaman. singgah dulu ke rumah sepupu kerana ada kenduri akikah cucunya. bermakna baby yang di akikah kan tu adalah my cucu... jadi nenek dah aku sekarang. dasat kkhenn...jadi my hubby is Datuk. claszz kau!
dalam pada masa yang sama, dia buat kenduri kesyukuran anak dia yang sebaya dengan aku tu nak ke australia. amik phd. pensyarah sekarang kan perlu ada phd untuk melengkapkan syarat jawatan mereka. walaupun kami berbeza pangkat, dia anak buah - manakala aku makciknya, tapi kami akukau-akukau jer sebaya kan.
aku singgah ke kenduri tu pun sebab jemput mak ayah yang ada kat sana menanti kepulangan aku. aku dah janji dah, balik nanti aku jemput, jangan tumpang-tumpang orang. dalam perjalanan hujan lebat sangat-sangat. ayah remind husband bawa kereta elok-elok kalau nak mati mati sorang-sorang. aku dengan emak kat seat belakang dah diam jer, mata makin kuyu, dan aku tak sedar dah apa yang berlaku. tahu-tahu dah sampai istana syurga ku.
memandangkan awal muharam jatuh hari khamis, aku dan husband ambil cuti hari jumaat. menguruskan kad nikah di pejabat agama daerah tampin. pagi-pagi aku dah bangun nak ke sana. tak adalah pagi mana pun. tapi kalau duduk kat kampung bagi aku pukul 9.00 keluar rumah tu kira pagi lah tu. dengan perut kosongnya kami keluar rumah. bukan taknak breakfast tapi aku cakap kat husband kalau breakfast nanti, perut kenyang, jauh pulak kita merayap. kesian emak masak lunch sorang-sorang :)
husband janji dia nak turun sama-sama ambil kadnikah tu dengan aku. tapi sampai-sampai jer kat pejabat agama tu, husband tak boleh masuk. bangunan yang begitu tidak mesra. tangga tinggi. tak ada parking oku. ramp pon tak ada. apa? ingat orang normal jer ke nak berurusan, nak kahwin? aku pun dengan senyum simpul penuh keayuan turun dari kereta. slow-slow titi tangga yang bagi aku tinggi. terkial-kial aku berpaut di dahan yang rapuh didinding-dinding. keayuanku hilang serta merta :(
dahlah perut lapar, kena panjat tangga tinggi-tinggi, tak ade pemegang plak tu. kalau aku jatuh macam mana?
petangnya emak minta hantar pergi klinik swasta. minta ubat dan checkup sakit lutut nya yang makin menjadi-jadi tu. ayah tak mahu ikut. aku pun cakap dengan emak, pukul 2.00 lepas sembahyang jumaat kita gerak. sapa lewat, tinggal. padahal aku yang paling lewat. pakai mousterizer lah, bedak, blusher bagai. 30minit dah dibazirkan di situ.
mesej menjerit-jerit, anak buah aku minta ambil dia bawa balik kampung.cuti sekolah. nak lepak kampung. duduk dengan atok boleh mengada-ngada sikit. aku ajak emak terus amik cucu-cucunya dan kemudian baru ke klinik.emak on jer.ambil cucu kesayangan kan... huntunglah orang ada atok nenek lagi. anak-anak buah aku panggil emak aku pun emak juga tapi dengan ayah aku pandai pula panggil atok.
selalu bertelingkah dengan aku.
aku : itu mak acik(gelaran aku dengan anak2 buah) lah.
anak buah : acik mana ada emak. itu mak angah lah.
aku : kalau acik tak ada emak, macam mana acik lahir.
emak : eloklah tu!. tak tahu siapa yang budak-budak sekarang ni. layanlah.( marah mak aku....)
dah singgah rumah kakak aku, emak aku leka pulak tengok bunga-bunga. dok tawar menawar dengan kakak aku yang aku panggil ibu (sebab kalau panggil kaklong, anak2 dia pon tiru aku). emak nak bunga itu, bunga ini.
lepas tu barulah kami ke klinik yang dimaksudkan. dah lama lama menunggu. perut aku berkeroncong mary brown kat sebelah klinik tu. haisshh... kalau tak bawa anak-anak buah, maunya aku ajak emak melantak mary brown kejap :) ngeeeheee...
dah maghrib baru kami sampai rumah. muncung ayah dan panjang sedepa sambut kami. tapi bila cucu-cucunya turun dari kereta bersinar gigi orang tua tu tersengih. aku tak takut balik lewat kalau cucu-cucu ayah ada. diorang ni memang umpan terbaik aku.
No comments:
Post a Comment