Uhuk. Uhuk. Uhuk...
Batuk yang tidak diundang datang bertamu saat aku dibebani masalah kerja dan belajar. Cuaca yang tidak menentu menyukarkan untuk aku sembuh. Bukan kesihatan yang kau gusarkan, namun sendirian. Sejak aku menetap di wilayah ini. Saat kaum berbangsa china menyambut tahun baru, aku sendirian. Keseorangan.
Tiada siapa di sisi. Hanya doa dan sokongan yang mengiringi. Pada zahirnya aku sendirian. Meredah kelam, melintasi arus kenderaan bermotor buatan manusia, aku sendirian mencari rezeki. Melaksanakan tanggungjawab.
Nun jauh di sana, kulihat kelibat bangunan gergasi buatan manusia yang tersergam megah di tepi persimpangan simpang empat. Tempat ini. Negeri ini. Daerah ini. Teramat baru dalam kamus hidupku. Tidak pernah aku terfikir akan negeri dan wilayah ini. Aku yang terlalu kerdil hanya mampu berangan-angan untuk memiliki semua ini. hanya keajaiban yang bisa membawaku ke sini. Tapi hari ini, aku di sini.umpama mimpi dalam mimpi. Aku ketawa sendiri. Tersenyum sambil melangkah perlahan menuju ke ambang pintu rezekiku. Bangunan gergasi ini, menjadi pengganti bangunan gergasi di bangi.
Bangi? Suatu masa dulu aku di bangi. Di kelilingi kawan-kawan yang unik dan menakjubkan. Namun mereka menyeronokkan dan saban waktu membahagiakan. Tak mampu untuk aku kenang lagi. Begitu banyak pahit maungku semasa disana. Hingga aku terlupa aku telah jauh dari ibu dan ayah. Aku telah sepurnama berdikari menguruskan diri dan aktiviti harian. Tapi aku jauh untuk masa depan kerana, aku tidak mampu menongkat langit.... masih segar di benak ingatan ku saat melangkah ke perut kereta alang, abang kandungku. Pertama kali ayah mengalirkan air mata untuk aku. Tidak pernah seumur 19 tahun hidupku, ayah bersedih apatah lagi menangis untuk aku. Pondok usang yang menyimpan 1001 kenangan sepanjang 19 tahun aku menghuninya, kini terpaksa aku tinggalkan. Aku berhijrah ke suatu bandar. Bandar yang mempunyai satu kawasan pelik dan sangat asing bagi diriku.
Bagai dikelilingi kartun animasi dan alien dari angkasa lepas. Aku juga merupakan salah seorang diantara mereka. Hehehehe
Tapi, itu semua dahulu. Story-mory dulu-dulu. Kini hampir sepurnama aku tinggalkan keunikan itu. Dunia animasi dan kartun itu telah ku tinggalkan. Aku kembali ke dunia pentas sandiwara bagai carekarama di TV3. Jalan cerita, watak, lokasi dicipta sesempurna yang boleh. Tidak siapa percaya aku terselit diantara mereka.......... namun aku mampu lakukan. Dan kini aku telah pun buktikan.
No comments:
Post a Comment