Wednesday, March 31, 2010

warkah dari manja

pagi sabtu yang berlainan pada pandangan halus Shahiman. tangisan silih berganti sepasang anak kembarnya buat air mata Shahiman turut mengalir perlahan. hari ini, genap 40 hari usia anak kembarnya itu. bermakna telah 40 hari rindu Shahiman pada Manja tidak berbalas. masih jelas diingatan shahiman, wajah bujur sirih milik manja yang tenang menandatangani borang persetujuan berpoligami.

" dah lima tahun kau orang berdua kahwin tapi masih tak ada anak, man? orang rumah kau tu man, sudahlah selalu jer kaluar masuk hospital, duit habis beli ubat saja, mandul pulak tue! sebagai abang, aku nasihatkan lebih baik kau menikah satu lagi. ada anak-anak mcam kami semua ni." shahiman membatukan diri.dia tidak mahu menambahkan kekeruhan malam itu. disebalik tirai itu dia pasti manja sedang mendengar dan mengetahui apa yang sedang berlaku.

pulang dari kampung tiada apa yang berubah pada manja.hanya wajah bersihnya semakin pucat dan tidak bermaya. dan seperti biasa-biasa, kepulangan shahiman dari kerja disambut dengan senyum manis manja isteri tercinta. hidangan makan malam pada malam itu sungguh menyelerakan untuk shahiman. dia akui manja sangat pandai memasak. sejak berkahwin shahiman memang tidak betah makan di luar seperti rakan-rakannya yang lain. selesai makan, manja menarik lembut tangan shahiman duduk di sofa ruang tamu istana mereka. sambil mengurut-urut lembut jemari kasar shahiman, manja berkata lembut.

"bang, manja dah fikir masa-masak. apa kata abang kahwin satu lagi. manja fikir, isteri baru abang nanti boleh tolong manjamasak dan menguruskan abgang dengan lebih sempurna.abang tak perlu risaukan manja sendirian di rumah lagi. boelh juga manja menimang anak abang nanti. wajah manja masih tenang. namun nada suaranya yang bergetar jelas memberitahu dia sedang terluka dengan kata-katanya sendiri"

shahiman selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan abangnya sendiri. walaupun hatinya hancur, namun manja tetap mengukir senyum buat suami tercinta. manja masih seperti dulu. masak dan menguruskan keperluan shahiman bilaman shahiman pulang sesekali menjenguknya. shahiman semakin jarang pulang semenjak dia bergelar ayah hasil perkahwinan keduanya.

di pejabat, shahiman mendapat panggilan telefon mengatakan manja ditahan wad. "tahniah encik shahiman, isteri encik kini mengandung dua bulan. saya harap encik shahiman boleh memberikan sepenuh perhatian pada beliau." selepas lima bulan berikutnya, manja merasa sesuatu tidak kena pada badannya. dia pasti tarikh kandungan baru berusia 7 bulan, namun itu tidak bermakna manja tidak boleh melahirkan.

di hospital.
"maaf encik shahiman. kami telah berusaha, tapi allah lebih sayang ibu bayi-bayi encik shahiman.saya harap encik shahiman bersabar dan kuatkan semangat ya?." kata-kata doktormenghancur luluhkan hati shahiman.dia terduduk, umpama petir yang memanah jantungnya, shahiman mahu turut ikut manja bersama.air mata lelakinya tidak mampu ditahan lagi. namun dikuat semangat, dikumpul segala kekuatan yang ada mengazan dan mengiqamatkan putera puterinya itu.

selesai majlis pegkebumian, sahabat karib manja datang mendekati sambil menghulur sepucuk sampul biru."man, ni ada surat manja amanahkan pada aku masa dia sakit di
hospital kelmarin. aku pun ada sesuatu nak cerita pada kau. sebenarnya manja minta aku dan doktor rahsiakan pada kau yang dia tidak boleh mengandung. doktor bagi tahu yang manja akan kehilangan nyawanya jika dia teurs dengan niatnya. tapi manja tetap berdegil. manja cakap, ini saja yang boleh dilakukan untuk menyambung kasihnya pada kau." shahiman diam sambil mengekori langkah gadis itu dengan ekor mata.

disisi pasangan kembarnya, shahiman membuka smpul biru itu. memang biru warna kegemaran allahyarham manja semasa hayatnya.

assalammualaikum suamiku tercinta.
terlebih dahulu manja ingin memohon ampun dan restu dari abang. tatkala abang membaca warkah ini, manja pasti sedang bersemadi setelah menyahut panggilan DIA maha pencipta kita. abang, tulus ikhlas cinta dan hati manja hanya untuk abang seorang. tapi apakan daya, ajal menjemput manja menghalang manja terus menyediakan keperluan abang dan memasakkan masakan kegemaran abang dengan sempurna.sebab itu, manja nekad mengabadikan cinta kita dengan melahirkan sepasang kembar buat abang. kalau boleh manja nak abang berikan nama shakiratullah dan shakirullah untuk mereka. didiklah mereka dengan pengetahuan agama yang sempurna. manja mohon juga abang titipkan rasa kasih dan hormat mereka pada ibu tirinya bila dewasa nanti. manja mohon maaf, abang. bukan niat manja untuk meninggalkan abang sendirian. tapi manja tahu putera puteri kita ada menemankan abang.
salam kasih sayang penuh kerinduan buat abang tercinta.

shahiman mengesat air mata, memandang sayu putera dan puterinya yang masih tidak mengerti apa-apa.

Tuesday, March 30, 2010

wajah tua emak

menyapu, mengemop, mengelap meja. sesekali dia mengesat peluh di dahi yang bekedut seribu. kasihan melihat wajah tua itu terbongkok-bongkok mencuci setiap lantai agar licin dan bersih. berfikir sedalam-dalamnya, makissa teringat pada wjah tua milik emak di kampung.

gelap subuh yang masih bersisa, emak keluar meredah sejuk, bertarung nyawa di jalan raya meyedekahkan darah kepada pacat dan nyamuk-nyamuk. ular dan lipan minta dijauhkan bertemu. setitis getah dari setiap pokok sangat bernilai bagi emak.

terfikir lagi oleh makissa. kepayahan emak mengandungkan makissa selama 9 bulan 9 hari. memerah keringat mencari sesuap nasi. menjaga makissa dalam kepayahan. membesarkan makissa dalam seribu kemiskinan. lapar, dahaga penat dan sakit pening diabai begitu sahaja. bagai tiada esok lusa, emak terus membanting tulang.

makissa berkira-kira dengan jari. berapa kalikah makissa mengucup wajah tua itu?
berapa kali makissa mengucapkan hari lahirnya?
bila kali terakhir makissa menelefon emak.
ohh tuhan.. semuanya boleh dikira dengan jari. andai suatu hari nanti. makissa diberi kesempatan mengucup dahi emak, adakah itu kucupan yang pertama dan terakhir? subhanallah. janganlah itu berlaku...

sejug milo, 2butir gula-gula

lena yang panjang menghilangkan lenguh-lenguh badan dan pusing-pusing kepala akibat mabuk darah. pelik ashi tengok makissa, berstatuskan perempuan melayu terakhir tetapi mabuk pada darah sendiri. umpama berbadan dua, makissa mual-mual dan pening-pening. lantas menarik selimut lalu mengerekot hingga tengahari. kepada berputar lebih ligat dari putaran kipas di syiling menyebabkan makissa fobia mencelikkan mata bundar bersinarnya.

ashi mula bosan di sisi makissa. lewat petang sang kekasih datang menjemput makissa ke klinik. tapi malang, di klinik buat kepala makissa tambah ligat berpusing. malas berurusan dengan gov walaupun makissa sendiri di bawah naungan gov.sebelum pulang sang kekasih sempat bekalkan gula-gula yang disebut ckelat oleh sang kekasih. lewat senja makissa dikunjungi si gadis bersama sejug milo panas.

malamnya, mikissa lena berbekalkan 2 butir gula-gula tembikai cekelat tembikai)dan sejug milo panas.

Thursday, March 25, 2010

curang

makissa memeluk lutut memekap muka sambil menangis teresak-esak. peristiwa tadi benar-benar mengguris hatinya. bagai sesuatu yang mendorong makissa ke sana. dan....

owhh ini keje u sebenarnya yer? u bagi tahu i, dia kawan biasa. sampai ati u tipu i. dasar jantan!

makissa menyambung tangis. pasangan dihadapannya hanya membatu bagai cuba mencari helah.

dalam sepi, makissa mengesat air mata yang mengalir. menaip isi hati, meluah agar tiada pekung yang membusuk.

oh tuhan. inikah namanya cemburu? tidak! aku tidak pernah mencemburui sesiapa. aku sekadar inginkan keadilan. aku tidak betah melakukan apa-apa yang bisa menyentuh hatinya. sering aku memikirkan dia agar tiada curiga dihatinya. langkah kususun rapi supaya dia mengatur percaya. tapi dia sebaliknya. salahkah aku bersuara. meluah rasa hati yang terpendam agar terpelihara kejujuran hubungan. apakah suatu hari nanti kau kau mampu bertahan andai aku yang melakukan seperti itu?
makissa mula lega. segalanya telah diluah. namun dalam hati dendam mula menggunung tinggi.

tipu

makissa sedih
makissa benci ditipu

dulu kau bilang kau tak punya itu. tapi hari ini aku ketemu itu. kau buat aku benci kerana kau pernah bersumpah kau tak milik itu. tapi bila kuselak sana, ku intai disini aku ketemu itu sememangnya telah lama denganmu. sakitnya hatiku. mudah kau bersumpah denganku.

terus terang. mana-mana manusia yang pernah menipu makissa, suatu hari beliau akan terkantoi akhirnya, andai seseorang menganiaya makissa,suatu masa dia pasti menerima padahnya.

aku semakin benci pada kepura-puraan.

peminat vs pemenat

saat ini, tika ini, kala ini makissa sedang mengalami atau melalui situasi menggelikan hati tetapi lebih menjijikkan.

suatu situasi dulu seorang insan tinggi lampai, kulit hitam manis tersenyum manis setiap kali mengatur langkah melintas di hadapan makissa. insan yang masih remaja itu cukup dikenali dengan sikap ramah mesra alamnya dan mesra alasan. mungkin tidak berminat dengan dunia pejabat yang terikat dengan peraturan dan sarat dengan protokol, remaja itu memilih jalan singkat untuk melarikan diri dari kesibukan kerja. mungkin juga kerana dilahirkan dengan jiwa yang punya bakat seni suara dia tidak memikirkan jangka masa panjang. popular dan terkenal lebih dikejar daripada jaminan masa depan. ditambah pakej dengan paras rupa dan bentuk badan ala-ala model, remaja itu lebih obses dengan minatnya itu.

berbalik kepada perenggan pertama. saat remaja itu masih betah menegur makissa remaja itu dipinggir kerana lakon layarnya yang buat orang lain meluat. namun, tatkala ini, dia disanjung gara-gara terpilih menyertai salah satu rancangan realiti televisyen malaysia.

meluatnya, rasa nak terkeluar mee goreng basah yang makissa makan pagi tadi. bila dah popular semua mengaku kawan, peminat dan segala macam mak nenek. jangan nanti ade pulak yang mengaku nenek si remaja hanya kerana nak tumpang interpremo.

Tuesday, March 23, 2010

HARI INI, ESOK DAN LUSA

paling awal adik bangun jam 6 pagi. dengan mata macam malu-malu nak terbuka, adik capai baju kurung, dan kain tudung lalu digosok sendiri. selesai menggosok pakaian, adik mencari towel yang telah diserbagunakan sebagai selimut dan untuk mandi juga. keluar sahaja dari bilik mandi, adik kelam kabut mencari sikat yang terselit bawah bantal, anak tudung tersangkut pada kipas syiling, brooch tudung tersorok dalam kotak tisu dan kain dalam yang bercampur dengan pakaian belum basuh atau kadang-kadang masih diampaian sejak 2 minggu lepas. asal bau wangi, muke tak nampak pucat adik capai payung, handbag dan tambang bas sejumlah rm0.50 terus keluar rumah sambil mulut kumat kamit baca ayat kursi. (mak pesan, iringi langkah keluar rumah dengan ayat-ayat cinta, uik bukan, pembetulan-ayat-ayat suci.). kalau boleh adik mahu menyaingi kelajuan bas, adik mahu sampai dulu di bus stop sebelum bas terlepas. sarapan dan bekal sudah lama dibuat-buat lupa. amat syahdu untuk dikenangkan.

jam 5 petang adik sampai ke rumah. misi, visi, matlamat, moto, impian dan cita-cita hanyalah tilam lusuh dan bantal bucuk. setelah agak selesa meluruskan pinggang, meregangkan urat-urat dan otot-otot, adik melincahkan jemari runcing halusnya menghubungi emak di kampung. tugas harian adik adalah melapor diri tentang aktiviti seharian dan tahap kesihatan untuk tempoh terdekat sambil merisk-risik menu ringkas untuk tahap kemalasan yang maksimum. seterusnya lena menghias cerita petang untuk adik.

terjaga semula tatkala nyamuk menyanyi nyaring di cuping telinga mengiringi laungan azan yang mendayu-dayu. bangun, meraba-raba suis lampu, adik mencapai towel dan terus ke kamar mandi. selesai mandi, dijengah-jengah perasaan hati. andai Puan Sri Rajin yang memberi salam, maka lenalah adik dalam kekenyangan. tapi kebiasaannya Tan Sri Malas yang bertamu memaksa dan mendesak adik tidur diiringi okestra lembut gemalai mahupun kugiran rancak dengan artis jemputan cacing kerawit n the geng dalam perut

dulu, kelmarin dan semalam

seawal jam 5 pagi mak bangun. dengan rambut kembang tak sempat disanggul, kain batik macam nak terlucut, mak berlari anak menuju ke dapur. lepas menjerang air terus berlalu ke bilik adik mengejutkan adik bangkit bersiap ke sekolah.kain tudung, baju dan kain sekolah telah siap digosok kemas. baju dalam seluar dalam dan kain dalam (baca perlahan) telah tersedia di hujung katil. kasut dan stoking tersedia di muka pintu bilik (siap-siap pakai kasut dalam rumah ). beg sekolah, bekal dan duit belanja siap menanti di anak tangga rumah. seronok hidup. kalu boleh makan pon minta mak dan ayah tolong kunyahkan. (melampau tahap belon udara panas)

sekembali dari sekolah tengaharinya tak sempat makan. lepas mandi bergegas ke sekolah semula. (sekolah rendah-petang sekolah agama rakyat. sekolah menengah pula-petang ada kelas tambahan). mak berat hati nak menghantar adik kesekolah semula kerana adik belum menjamah apa-apa masakannya. tapi demi masa depan adik yang perlu lebih perhatian, emak kuatkan semangat.

sebelum maghrib bru adik teringat pada mak dan ayah di rumah. baru terasa perut lapar dan tekak dahaga. adik balik rumah samada dijemput ayah atau dihantar pulang oleh rakan-rakan seusia. siap-siap mandi, adik menjenguk dan menjengah ke dapur. mencari ayam masak lemak cili api dan ikan keli goreng cili api. sememang adik tidak pernah kecewa dengan misi pencariannya di dapur. kekenyangan disempurnakan lagi dengan tidur malam tanpa gangguan nyamuk (emak dah on kan kipas khas untuk adik seorang. terjaga lewat malam adalah sesuatu yang dinanti-nantikan untuk adik bangun menelaah pelajaran hingga ke subuh. adik menambah rasa cinta emak semakin utuh.

kahwin

hampir sebulan adik tak menjenguk menjengah dan menziarah (bukan menzirafah) mak ayah dikampung. kewujudan teknologi canggih membina pepatah baru buat adik " jauh di mata, dekat ditelinga". namun gara-gara kelewatan gaji Mac, adik hilang punca. budget lari lintang pukang, poket menipis dan semakin sunyi sepi. hahahaha maksud tersembunyi- duit dah tak ramai.

dalam teknologi yang canggih-manggih, masih wujud manusia yang kuno dan mundur. teringat adik pada suatu ketika dulu. zaman sekolah-sekolah dulu. setiap kali bagi buku rekod pada ayah, adik bukan saja dapat tandatangan dari ayah, tanda kaki, tanda mulut dan macam-macam tanda ayah bagi sebagai tanda ingatan tulus ikhlas.

ayah selalu pesan pada adik supaya belajar rajin-rajin. pesan ayah lagi, kalu gagal, ayah akan berhentikan adik sekolah dan kahwinkan adik. kecut perut adik masa tu. kecut perut bukan sebab takut dikahwinkan. adik takut terus cemerlang, tak dapatlah adik kahwin, terpaksalah terus belajar. pernah juga adik gagal dalam peperiksaan. bukan sekali dua. berkali-kali adik gagal terutama matapelajaran kira mengira.

sekarang zaman sekolah dah berlalu. kerja pun dah ada. teringin juga adik nak hidup berdua, bertiga berempat dan seterusnya. tapi ayah buat-buat tak faham pulak. pelik. dulu ayah yang beriya-iya nak kahwinkan adik. belum baligh lagi ayah nak pesan itu ini. sekarang dah tak jadi ker? atau ayah dah lupa nak kahwinkan adik?

**tapi bila fikir-fikir balik bertuah adik dapat ayah macam ayah adik. sekurang-kurangnya adik tak dikahwinkan masa umur 11 tahun dengan lelaki tua 40 tahun semata-mata nak masuk syurga. gila punya statement kan?

Wednesday, March 10, 2010

ulang tahun vs hadiah

selamat hari lahir
selamat bertunang
selamat pengantin baru
selamat ulangtahun perkahwinan

aku sentiasa menanti ulang tahun kelahiran pada setiap bulan mac. memang tarikh itu sentiasa bermakna dalam hidupku. aku sanggup melakukan apa sahaja agar tiada yang mengguris hati ini. aku tidak mahu berubah mood pada ulang tahun kelahiranku. itu salah satu hadiahku untuk diriku sendiri.

tapi pentingkah sebuah hadiah? tak aku nafikan, kalau kau bagi, aku ambik jer. tapi aku sendiri tak pasti apa yang aku inginkan sebenarnya. hadiah bukanlah sesuatu yang berharga buatku. tapi aku sendiri tidak tahu apa yang lebih istimewa daripada sebungkus hadiah.

Tuesday, March 9, 2010

cantik

aku akui kebenarannya. dia sememangnya cantik. senyuman, lirikan mata malah tutur bahasanya yang lembut juga menyerlahkan kecantikannya. tiada siapa atau apa-apa yang boleh menyangkal kelebihannya itu. setiap kali dia tersenyum banyak hati yang runtuh bergoyang.

aku akui aku cemburu. apa sahaja pakaian yang membaluti tubuhnya nampak sesuai dan sentiasa cantik. walau dia sakit dan letih, dia masih cantik. walau tika dia menangis atau marah dia tetap manis. wajahnya menenangkan, melembutkan hati yang bertentangan, menyejukkan bara.

apakah rahsia dia? setahu aku dia tak menggunakan susuk, botox mahupun ilmu hitam. aku percaya dia tak melakukan pembedahan. ya, aku yakin dia sememangnya cantik semulajadi.

dia punya ramai kenalan. semua mereka selesa berdamping dengannya. adakah kerana kecantikannya? kalau begitu aku juga mahu secantik dia. aku juga mahu seperti dia, disenangi dan punya ramai kenalan. benar aku mencumburui dia.

tapi bagaimana jika suatu hari nanti kencantikan itu berubah menjadi hodoh? bagaimana nanti bila usia meningkat? pasti wajah cantik itu dihiasi bintik-bintik hitam dan garis-garis penuaan. pasti wajah muda itu diganti dengan kedut-kedut seribu. bagaimana jika semua itu berlaku nanti ya? hilangkah semua rakan-rakan seperjuangan? pergikah semua kenalan-kenalan yang mengimpikan senyuman dan wajah cantiknya dulu?

ahhh aku benar-benar keliru. apa sebenar yang mereka mahu?

terima kasih

tarikh ini kembali. tarikh yang membuat usia ku betambah.
terima kasih mak.
terima kasih ayah.
terima kasih kerana melahirkan, membesar, menjaga dan mendidik diri ini. tanpa kalian siapalah adik. tanpa kalian tiada adik di dunia ini. tanpa kalian adik tidak merasa mengecapi hidup hingga ke usia ini. tiada kata lain yang mampu diucap. perasaan adik tidak dapat diluah dengan kata-kata, tidak tergambar dek lukisan patah lagi ditunjukkan dengan perbuatan. hanya DIA yang maha mengetahui. jika diberi pilihan ingin ku hadiah nyawa ini untukmu, inginku kongsikan kesihatan tubuhku dengan mu, inginku berikan tenaga muda ini untukmu. agar kalian sentiasa sihat, bertenaga dan bahagia. tapi apakan daya diri ini hanya insan lemah.

hanya satu mampuku hulurkan, lautan doa tanpa penghujung, rantaian kasih terikat kemas dan tulus ingatan buat kalian yng mengiringi setiap nafasku.

Thursday, March 4, 2010

keletihan

keletihan memaksa aku membina krisis dalam hubungan. keletihan membuat lena malamku terganggu. keletihan menjadi penyebabtulang temulangku hampir gugur satu persatu. aku semakin tidak betah berdiri. aku bisa jatuh bila-bila masa sahaja.

keletihan ini semakin menyiksakan. tubuh lemahku semakin longlai dan tak berdaya. sakit dan perit yang kurasakan. hari demi hari aku rasa semakin hampir dengan malaikat maut. keletihan itu membuat aku tidak mampu berhadapan dengan masalah. keletihan mengatur seribu masalah dalam setiap langkah ku.

keletihan telah mengumpul air mata. entah bila ia akan mengalir keluar bersama keletihan.

Wednesday, March 3, 2010

pendam

masuk kali ni dah lima kali aku type blog tp hilang.. tensyen nye rse

nak nanges

cinta suciku dipersenda kerana nafsu. nafsu menewaskan kesungguhan rasa hati ini. kejujuran dan kepercayaan yang kukirim mengiringi langkahmu kau persenda, lumat dikunyah nafsu syaitan. sungguh aku cinta. biar siapa pun dikau, apa sahaja sejarah langkahmu, kau tetap aku cinta.

namun aku tewas. nama dia mekar dihatimu. dia kau puja siang dan malam. maniti kemas dibibir dan jemari kasarmu. zahir kau bukti kau cintai aku. hakikatnya bukan aku.

sedar siapa diri ini. dia tak setanding aku. kakinya kemas menyusun langkah, tingkahnya sempurna, malah tiada batas gerak lakunya. berbeza dengan aku. aku cukup terbatas dalam segala apa jua.

teruskan dengan rasa cintamu. aku lali dengan semua ini. saat bahagiamu, aku sendiri akhirnya.