Thursday, February 17, 2011

nasib golongan yang tak bernasib baik

nasib golongan yang tidak bernasib baik. sudahlah ditinggalkan suami bersama anak-anak yang msih kecil, dan mungkin didera fizikal, mental dan seksual sepanjang usia perkahwinan, status perkahwinan pula tergantung begitu sahaja. laporan polis, laporan perubatan yang dibuat sekadar "ada" saja.

kaki dipotong akibat terbabit kemalangan jalanraya. tangan kudung selepas tersepit dalam mesin air tebu. kaki mengalami maslah polio sejak berusia 2 tahun selepas demam panas berpanjangan. kaki lumpuh, berpunca daripada saraf tunjang hancur selepas terjatuh dari siling bangunan semasa menjalankan tugas.

namun status dan keadaan fizikal mereka diatas telah mencuri perhatian pihak yang tidak berperikemanusiaan. mengambil kesempatan dan peluang untuk mencipta kekayaan dengan mudah. pujuk rayu, janji manis dan kemewahan hidup bakal menjadi kenyataan andai jalan mudah diambil untuk yang terdesak.

bukan tak tahu semua itu salah. namun apakan daya. bantuan yang di pohon di jabatan-jabatan kebajikan bersyarat itu dan ini. ber'appoinment berbulan-bulan. mahukan surat bukti dan pengesahan betimbun-timbun. itu tidak difikir kenderaan untuk kesana-dan ke sini. bantuan yang dipohon belum nampak, tapi terpaksa berhutang dengan saudara mara terdekat untuk berbelanja menguruskan dan menyelsaikan permohonan bantuan yang tak seberapa. itu tak termasuk dicaci, dimaki dan diherdik kerana sikap pegawai-pegawai bertugas yang besar kepala. sseorang insan menceritakan pengalamannya di sini. seterusnya langkah mudah perlu di ambil. mencari sesuap nasi untuk diri sendiri dan ahli keluarga yang sama-sama terbeban.

beritanya seperti Di Sini apabila golongan ini dijadikan Keldai Dadah. apakah keldai dadah? menurut pemahaman makissa sendiri, keldai dadah merupakan keldai yang memasukkan dadah ke dalam badan. ia berbeza dengan penagih dadah kerana penagih dadah adalah terdiri daripada manusia dan bukan keldai-keldai.

bukanlah sayang..... keldai dadah merupakan individu yang diberikan bayaran tertentu untuk membawa  sejenis bahan terlarang ini ke satu lokasi dan menyerahkan kepada individu yang telah diarahkan. bukan sedikit habuan yang bakal diperoleh, malah mungkin mampu memiliki rumah besar, kereta mewah dan percutian ke luar negara setiap bulan. mewah bukan?

namun, bak kata orang-orang lama - besar periuk, pesar juga keraknya. besar habuan yang diterima hasil menjadi keldai dadah, besar juga hukuman yang menanti kepada yang tertangkap. kemungkinan untuk ke tali gantung juga adalah tinggi kerana pada kebiasaannya keldai dadah akan membawa dadah dalam jumlah yang besar.

kalau dah nasi menjadi bubur? tiada apa yang dapat ditangisi lagi. mengalir air mata darah sekali pun tak mampu mengubah apa yang telah berlaku. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. maka sahutlah seruan kerajaan. belilah barngan buatan malaysia.

1 comment:

Cak Kra WaLa said...

salah ye?...

penerangan yg ringkas dan padat.bagus2.