Thursday, October 6, 2011

Tak Larat

sabtu 10.00 pagi 1/10/11
adik : hello bro. pe kes call pagi-pagi buta ni?

abang : hotaq kau pagi buta. tengahari, matahari terpacak tegak dah.

adik : (time sekolah dulu rase-rasenye cikgu cakap, matahari tegak, tengahari.. rasa-rasanya awal pagi lagi ni. abang aku ni kat wilayah sumatera mana sekarang? ke kt luar negara?)

abang : balik sini cepat! abang dengan icah nak jumpa. kami tunggu, boleh makan tengahari sama. mak tengah masak tu. cepat! sekarang! tak ada alasan!

adik : glupppp... gila! ingat putrajaya ni sebelah umah tu ke? boleh adik terloncat-loncat, langkah longkang terus sampai?

lepas asar di kampung negeri sembilan

abang : cam ne? minggu depan ateh balik. akak nak makan durian belanda. (kalau tak kerana mak buyung.) kau pe cer?

adik : tak balik. (ringkas)

abang : habes sapa nak jaga anak? bukan jauh pon. orang yang jauh boleh balik..

adik : tak larat...

abang : macam kau yang memandu. kat pejabat tu macam lah berkawat tengah panas. lain lah ateh ni ha... apa yang tak laratnya?

adik : poket tak larat...

mak bangun basuh pinggan, ayah terus melangkah ke tandas. dan yang lain-lain terus bersurai.

2 comments:

Cak Kra WaLa said...

Yup..yang x larat tu adalah "POKET".....:)

makissa said...

larat jer sebenarnye..... spe yg xnk blik kampung?....tapi terpaksa bg alasan mcm tu ;-)