Monday, July 30, 2012

hantu puasa

buat kali pertamanya aku pulang ke rumah mentua setelah dua bulan bergelar menantu hantu... mengikut perancangan, kami memulakan perjalan selepas isyak. "sejuk sikit" luah lelakiku. sebagai isteri mithali yang comel, aku menurutinya tanpa sebarang bantahan mahupun pindaan. kerana aku tahu, aku pasti lena dibuai air-corn Saga FL. krohhh kreehhhh.... ZZZZzzzzZZZZ..........

Friday, July 27, 2012

usah menjadi lalang

Sejak kebelakangan ni berita panas tentang seorang artis wanita bergelar ibu tunggal yang baru berjinak-jinak dengan imej bertudung berpendapat bertukarnya pemerintahan Negara kepada parti pembangkang akan memberi rezeki, peluang dan ruang lebih kepada artis wanita yang berhijrah kepada imej bertudung. Benarkah?

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Ahlan Wasahlan YaRamadhan...
ramadhan datang lagi bersama-sama nikmat yang berlipat kali ganda. bulan menghimpun pahala daripada ibadat-ibadat yang dilaksanakan. insyaallah....

Nama saya Sya'ban...
saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya RAMADHAN,
akan datang mengunjungi anda esok hari bersama isterinya - REZEKI
dan kedua-dua anaknya - SAHUR dan IFTAAAR...
ditemani ketiga-tiga cucunya - RAHMAT, BARAKAH dan KEAMPUNAN.
Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki penerbangan AIDILFITRI Airlines,
hargai mereka
dan anda akan mendapat ganjaran Pahala 
yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah Amin Ya Rabbal Alamin..........

Salam Ramadhan untuk semua readerS/ followerS (siap ada penjodoh bilangan 'S' -macam ramai sgt follower dan reader haku kan?)... mohon ampun dan maaf terkasar bahasa, terlanjur tindakan, terlebih terkurang. sama-samalah kita meningkatkan ibadat dan mengumpul nikmat di bulan mulia ini.

Monday, July 9, 2012

penderitaan berbalas

seorang wanita tua separuh abad terhincut-hincut melangkah meneruskan perjalanan dan melakukan aktivti hariannya. walaupun sakit lutu yang dihidapinya semakin serius namun dia tetap gagahkan diri melangkah dan terus melangkah. dia memiliki lima orang zuriat yang dilahirkan selang beberapa tahun yang sangat berbeza. semasa mudanya, si tua itu tidak pernah memikirkan masa tuanya. digunakan segala tenaga dan memerah keringat yang ada membanting tulang membesarkan anak-anak dan menguruskan keperluan suami tercinta. tidak langsung difikirkan kesihatan diri, penat lelah, lapar dan dahaga.

Thursday, July 5, 2012

POYO kan diri anda

aku mula motivate diri. kecacatan yang aku bawa bukan lah kekurangan yang menghalang untuk aku memiliki apa yang aku nak. kecacatan ni hanya satu ujian yang sangat unik. bila dilihat pada kawan-kawan cacat yang lain aku tersenyum lebar.

keyakinan yang hilang

mula kau dilahirkan aku tak tahu kenapa orang pandang serong pada aku dan mak aku? aku selalu perasan cantik dan bijak. masa kecik-kecik kan? aku bermain macam orang lain. walaupun aku punya rendah diri yang kuat, tapi aku tak malu untuk berkawan dan bermain-main sama seperti kawan-kawan yang lain. aku bebas membaca dan ke sekolah walau didukung oleh emak.

Nikmat / Rezeki

syukur ke hadrat illahi. dengan limpah kurnianya sehingga kini aku masih mampu bernafas. walau langkah pincang dari manusia lain, walau kerja lengah dari orang lain aku terus melangkah longlai dan kadang tersungkur untuk terus hidup.

7 hari

horaayyy....