Thursday, July 5, 2012

POYO kan diri anda

aku mula motivate diri. kecacatan yang aku bawa bukan lah kekurangan yang menghalang untuk aku memiliki apa yang aku nak. kecacatan ni hanya satu ujian yang sangat unik. bila dilihat pada kawan-kawan cacat yang lain aku tersenyum lebar.
dia - tak punya kedua-dua belah tangan, tiada separuh kaki kiri, TAPI  punya KERJA TETAP, BERKERETA, dan punya RUMAH SENDIRI. wow! orang sihat normal sempurna pun tak ade lesen kereta tau. dia (orang lain) -anak sulung dalam adik beradik, ditnggalkan ibubapa kerana menyahut seruan illahi adalah satu ujian besar buatnya. TAPI.... MENGGENGGAM DIPLOMA, BERJAWATAN TETAP, PUNYA HARTA SEKANGKANG KERA, punya rumah dan kelengkapan lain. Hebat kan?

dear (my sweat heart)- walaupun atas kerusi roda dia ade kereta ( drive sendiri tu), ade kerja tetap, muka handsome, gaji ribu riban. Punya isteri yang cute. Mampu berdikari dan memandu sesuka hati tampa bantuan orang lain. Orang sihat pun tak ada apa yang dia ada.
 kakak tu - ade ijazah walau duduk di kerusi roda. suami sihat berjalan walau sebelah tangan tidak mampu digerakkan. punya kereta rumah dan keluarga sendiri. insyaallah sedikit hari lagi melahirkan zuriat yang ditunggu-tunggu selama ni
.
kakak dan abang tu - punya kecacatan yang sama, si isteri berjawatan tetap. si suami mampu menunggang motorsikal beroda tiga. pasangan yang sungguh romantik alam ini. hasil karya yang sentiasa aku tunggu-tunggu dari si isteri yang punya keistimewaan menulis dan berkarya.
ha! lihat.... kami lebih hebat dari kalian... walau kami cacat. kami berupaya hidup tanpa kaki, tanpa tangan, tanpa keupayaan kaki dan tangan. KORANG? tak ada kasut dah malu. tangan patah dah malu. kami ni.. jangan kata kasut.. kaki pun tak ada.

walau kami cacat kami berjawatan tetap. Kami tak pernah meminta-minta. Kami tak kisah berbaju lusuh, old fashion dan tak pernah bertukar ganti. Tapi kami masih mampu melangkah ke pejabat  dalam kepayahan. Korang!!! Pakai baju lama dah malu. Baju tak bertukar pun nak complain. Kitaorang cacat.... Ada yang tak cukup anggota, ada yang duduk di kerusi roda. Walau aku cukup anggota, tapi aku kekurangan upaya. Kami ada apa yang korang tak ada.

So. Kepada kawan-kawan senasib. Korang jangan rasa rendah diri. Kita akan dapat apa yang kita nak. Tapi BERUSAHALAH. Gi mampu* apa orang nak cakap. Kita pun ada otak juga. Gunakan akal kita ni. Kadang-kadang lagi cerdik dari diorang. Kita pun ada rupa juga. Kalau di mekapkan kita lagi cantik dari mereka. Harta dunia ni harta allah. So, sapa-sapa jer boleh milikinya termasuk orang cacat macam kita.
Jangan risau tak ada orang nak kahwin dengan kita. Jodoh tu belum sampai jer lagi. Aku ni tak pernah terfikir pun akan kahwin. Kawan-kawan cacat kita yang lain pun ramai yang kahwin dan beranak pinak. Jangan fikir yang duduk atas kerusi roda tu tak subur...  kau tengok kakak-kakak nurse tu, kahwin dengan wheelchair hubby, anak dah berderet setahun sorang.. orang sihat pun ada yang tak kahwin langsung. Orang sihat pon ada yang tak ada anak.

Korang yang cacat pun ada diploma, ijazah bagai. Diorang yang normal? Ramai kawan-kawan kita yang ade bisness sendiri. Tak meminta-minta pada orang. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan rasa down sangat dengan mulut longkang orang.

2 comments:

pelangi said...

oh dear ...menangis baca entri ini...baiklah saya ingat ini...terima kasih

makissa said...

hisshhh jgn r emosional sgt... citer bese2 jer ni