seronok tak terkira andai kita mendapat anugerah, penghargaan atau ucapan rindu kasih sayang daripada orang ramai. setidak-tidaknya daripada orang yang kita sayang. sedar atau tak sedar, anugerah dan penghargaan sebenarnya lebih tertumpu kepada orang yang sudah meninggal dunia. kalau tak percaya cuba renung-renungkan persekitaran kita.
allahyarham seniman dan allahyarhammah seniwati biasanya mendapat gelaran-gelaran terpuji, anugerah-anugerah besar atau penghargaan bagi perkhidmatan semasa hayat adalah selepas meninggal dunia. betul tak? masa hidup mereka pernah mereka menang apa-apa anugerah?
begitu juga dengan mak ayah. mak yang melahirkan, dan ayah yang membesarkan. hanya akan mendapat ucapan rindu kasih dan sayang daripada seorang anak selepas mereka diusung dengan keranda. ketika hanyatnya tiada sebarang kata rindu, tiada ungkapan kasih, tiada ucapan maaf bahkan tiada siapa mahu meluahkan keinginan untuk mencium pipi, memeluk erat, mahupun membelai rambut putih si tua itu.
setelah ketiadaan. bermacam anugerah diberikan. pelbagai gelaran pangkat dan darjat dianugerahkan. dengan alasan untuk mengenang jasa si mati semasa hayat.
setelah ketiadaan. dalam blog, dalam status laman sesawang ( tak kiralah fb, twitter, tagged, myspace dll) mengungkap perasan rindu yang tidak tertahan. kata kesal tidak sempat dan tidak pernah merasa mencium pipi si tua. teringin memeluk batang tubuh yang melahirkan dan membesarkan, rindu mahu mendengar suara dan gelak tawa, kesal tidak pernah memberikan wang, hadiah atau sekurang-kurangnya mengambil gambar bersama.
semasa hayat.. pernahkah dihargai segala titik peluh yang mengalir? adakah diambil pusing setiap khidmat dan pengorbanannya bersengkang mata? pernah difikirkan segala jasa, budi baik yang dikorbankan?
pernah terfikir untuk menerkam tubuh gempal si tua itu saat turun dari kereta? mencium pipinya dan meluahkan rasa rindu setelah sekian lama tak bertemu? pernahkah punya waktu mendail, menghubungi si tua itu untuk bertanya khabar, meluah rasa rindu, berkongsi cerita suka duka atau paling tidak bertanyakan menu santapannya?
tak ada masa untuk semua itu. ahh! malu lah.. gila? buang tebiat ke apa?, kalau aku buat macam tu gempa bumi dunia. orang tua aku bukan kisah pon kalau aku tak buat macam tu...
siapa kata tak kisah? malu? segan? persetankan sume tu. pernah terfikirkah anda apa yang dibuat @ dibualkan oleh mak dan ayah sebelum mereka tidur.? walau untuk lima saat sekalipun, mereka pasti terkenang anak-anak yang dilahirhan tak kira masih hidup atau tidak. sihat kah mereka, dah makan ke belum, macam mana mereka dah kahwin nanti, bagaimana rupa menantu mereka, anak cucu cicit.
tapi si anak? hanya selesa dan berkeinginan untuk memikirkan kekasih dan rakan-rakan seperjuangan. ruang untuk emak dan ayah hanya ada tika mahu berkahwin, jika sedang dalam kesusahan @ pabila mereka sudah 'pergi' dijemput illahi.
dan mualai sekarang... ciptalah puisi indah, anugerah besar dan pangkat istimewa untuk arwah dan arwahyarham insan disekililing anda. mereka pasti tersenyum manis saat menerimanya ketika di alam kubur nanti. manakala anda, hanya menangis seketika tanda kesal yang teramat. konon!
Friday, February 18, 2011
Thursday, February 17, 2011
nasib golongan yang tak bernasib baik
nasib golongan yang tidak bernasib baik. sudahlah ditinggalkan suami bersama anak-anak yang msih kecil, dan mungkin didera fizikal, mental dan seksual sepanjang usia perkahwinan, status perkahwinan pula tergantung begitu sahaja. laporan polis, laporan perubatan yang dibuat sekadar "ada" saja.
kaki dipotong akibat terbabit kemalangan jalanraya. tangan kudung selepas tersepit dalam mesin air tebu. kaki mengalami maslah polio sejak berusia 2 tahun selepas demam panas berpanjangan. kaki lumpuh, berpunca daripada saraf tunjang hancur selepas terjatuh dari siling bangunan semasa menjalankan tugas.
namun status dan keadaan fizikal mereka diatas telah mencuri perhatian pihak yang tidak berperikemanusiaan. mengambil kesempatan dan peluang untuk mencipta kekayaan dengan mudah. pujuk rayu, janji manis dan kemewahan hidup bakal menjadi kenyataan andai jalan mudah diambil untuk yang terdesak.
bukan tak tahu semua itu salah. namun apakan daya. bantuan yang di pohon di jabatan-jabatan kebajikan bersyarat itu dan ini. ber'appoinment berbulan-bulan. mahukan surat bukti dan pengesahan betimbun-timbun. itu tidak difikir kenderaan untuk kesana-dan ke sini. bantuan yang dipohon belum nampak, tapi terpaksa berhutang dengan saudara mara terdekat untuk berbelanja menguruskan dan menyelsaikan permohonan bantuan yang tak seberapa. itu tak termasuk dicaci, dimaki dan diherdik kerana sikap pegawai-pegawai bertugas yang besar kepala. sseorang insan menceritakan pengalamannya di sini. seterusnya langkah mudah perlu di ambil. mencari sesuap nasi untuk diri sendiri dan ahli keluarga yang sama-sama terbeban.
beritanya seperti Di Sini apabila golongan ini dijadikan Keldai Dadah. apakah keldai dadah? menurut pemahaman makissa sendiri, keldai dadah merupakan keldai yang memasukkan dadah ke dalam badan. ia berbeza dengan penagih dadah kerana penagih dadah adalah terdiri daripada manusia dan bukan keldai-keldai.
bukanlah sayang..... keldai dadah merupakan individu yang diberikan bayaran tertentu untuk membawa sejenis bahan terlarang ini ke satu lokasi dan menyerahkan kepada individu yang telah diarahkan. bukan sedikit habuan yang bakal diperoleh, malah mungkin mampu memiliki rumah besar, kereta mewah dan percutian ke luar negara setiap bulan. mewah bukan?
namun, bak kata orang-orang lama - besar periuk, pesar juga keraknya. besar habuan yang diterima hasil menjadi keldai dadah, besar juga hukuman yang menanti kepada yang tertangkap. kemungkinan untuk ke tali gantung juga adalah tinggi kerana pada kebiasaannya keldai dadah akan membawa dadah dalam jumlah yang besar.
kalau dah nasi menjadi bubur? tiada apa yang dapat ditangisi lagi. mengalir air mata darah sekali pun tak mampu mengubah apa yang telah berlaku. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. maka sahutlah seruan kerajaan. belilah barngan buatan malaysia.

Friday, February 11, 2011
kecacatan dalam kesempurnaan
Iklim
Suci Dalam Debu
Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua
Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita
Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa
Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama
Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia
Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua
Suci Dalam Debu
Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua
Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita
Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa
Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama
Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia
Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua
memaksa terpaksa dipaksa paksakan
Scan
Kau Dipaksa Aku Terpaksa
Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki
Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah
Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara
( 1 )
Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan
Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa kuundur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita
( ulang dari 1 )
Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertaut

Thursday, February 10, 2011
old friend but shi's too young
sepuluh tahun dah berlalu. tapi aku tak pernah melupai mu. wajah, nama dan suaramu kdang aku rindu. kita akrab sekali. jarang sekali kita betikam lidah. segala kekhilafan kau fikirkan positif sahaja tentang aku. namun kini hampir setengah dekad kita tak bertemu. kita melangkah membawa haluan sendiri. kau bersama suami, lelaki yang kau kenali sejak kau merantau selepas spm.
bercerita pasal suami aku teringat sesuatu tentang itu. kau bilang kau mahu lelaki anak tunggal yang tak punya ibu bapa. kata kau, lelaki begitu mudah di ajak berunding. tak perlu bergaduh untuk pulang ke kampung siapa bila hari raya, kau tak perlu makan hati bila lelaki itu yakni suamimu melayan lebih ibunya. kau berpendapat lelaki begitu tiada tanggungjawab kepada keluarganya, selain kau sahaja. pelik betul pandangan kau. aku benar-benar terkasima. bukan tidak bersetuju, tapi aku kagum dengan cara kau berfikir. teliti, sistematik dan penuh hati-hati.
beberapa purnama lepas aku dikejutkan. ayahandamu pergi dijemput pencipta kita. berita yang benar-benar menambahkan rinduku yang sedia menggunung. aku cuba meringankan jemari menghubungi dirimu yang pasti masih bersedih.
alhamdulillah. kau masih mengenali diri ini. kau katakan kau kini yatim dan piatu. ya, aku tahu. ibumu pergi hampir dua dekad yang lalu. tersentuh dengan kata-katamu. ku beritahu, kau masih ada aku, kau ada saudara darah dagingmu dan paling penting, kau punya suami. punya mentua yang sangat menyayangimu, punya ipar-ipar yang menghormatimu.
telahanmu tersasar jauh kawan. suami yang kau kahwini berbeza dengan kata-katamu sedekad yang lalu. sebaliknya, kata-kata itu berbalik kepadamu. wallahhualam. suami mu anak sulung yang tentunya punya tanggungjawab pada keluarga. dan tentunya kini kau tak perlu bising mengatur giliran kampung siapa untuk berhari raya. kau yang perlu beralah kawan. kau seorang isteri sayang. kau tak mampu menguasai suamimu. kau hanya manusia. tak berupaya menongkah langit mennetukan jalan hidupmu. kau perlu berpijak di bumi yang nyata. di mana bumi di pijak, di situ langit perlu kau junjung. ingat tu kawan..

Friday, January 28, 2011
SAH
ALHAMDULILLAH...aku bersyukur ke hadrat illahi. dengan limpah dan kurnia yang diberikan aku berjaya memilikinya. ku kira tidak terlalu terlewat, bahkan ia boleh dianggap sesuatu yang membanggakan dalam hidupku.
terima kasih pada mak yang banyak berdoa, memberikan restu, kata semangat dan sokongan, bantuan kewangan dan nasihat. buat ayah yang tak lekang membebel nasihat itu ini, tunjuk ajar dan perangsang pembakar semangat. mungkin ini tidak seberapa, tapi cukup bermakna dan berharga hadiah sempena ulangtahun ayah yang ke-66.
terima kasih yang tidak terhingga untuk kawan-kawan yang banyak membantu tika suka dan sanggup menadah telinga mendengar segala kesuh kesah.
buat kekasih hati yang bakal bergelar teman hidup dunia dan akhirat, terima kasih banyak-banyak. jasamu ku kenang. tanpamu mungkin agak sukar untuk dapt semua ni.
terima kasih juga kepada penderitaan, kesusahan dan segala ujian yang datang. ia semua mematangkan dan mengajar diri ini ketabahan dan erti hidup. buat diri ini semakin kenal ibu bapa, kasih sayang, persahabatan, cinta dan pengorbanan. baik yang fositif mahupun yang negatif tetap punya fungsi dan hikmah yang DIA sahaja yang tahu. cabaran yang melintang, dugaan yang menimpa, jalan yang berliku banyak menyemarakkan api semangat diri. terima kasih semua. tampa kalian siapalah aku.

Friday, December 24, 2010
PATUT KER?
tengok, baca dan fahami kat SINI
patut ker? orang lain mungkin cakap MEMANG PATUT PUN, tapi bagi OKU bergelar ATLIT, macam aku ni haa memang tak patut lah sangat. dah lah dibayar ciput, makan tak sedap (makan penting tau - tenaga untuk mendapatkan pingat), dapat pingat pula, dibayar cam tak dibayar. atlit normal lain, kaya bila bersukan. baju, jaket dan barang2 lain di beri berguni-guni. tak masuk elaun training, imbuhan dapat pingat dan lain2.
aku puas lah terkinja-kinja berlawan nak dapatkan pingat. orang cacat cam aku ni, dapat bunga sejambak pon dah tak lena tidur. kalau tak caya tengok dalam kreta, ada lagi bunga yang aku dapat paralimpiad itu ari.
nanti aku update entri lain. ni aku pening..

Wednesday, December 15, 2010
kecik jer pun dah cukup
cerita satu,
cerita ni dah lama. masa tu merayap dengan en.jejaka. saja-saja buang masa bersama ^.^
si encik jejaka memandu macam pemanduan seseorang yang tengah makan angin. maklumlah, jalan kecil, kawasan perniagaan pula tu. kiri kanan sesak dengan kereta pengunjung dan mungkin pemilik kedai pun meletakkan kenderaan di tempat sama. sebuah kereta mewah, kalau dah mewah mesti besar lah saiznya kan. ditambah dengan warna nya yang gelap, lagi menampakkan kemewahan kenderaan tu, tiba-tiba mengundur dari tempat asal. nasib baik si jejaka masih memandu perlahan. segera bunyikan hon. kereta mewah dengan selamba mengundur dan terus keluar dari petak parking. dan dengan tanpa rasa bersalah meluncur laju. jangan kata nak angkat tangan, pandang pun tidak.
hah aku? mulalah sumpah seranah menambahkan dosa yang sedia berbakul-bakul ni. DAH LAH KELUAR TAK BAGI SIGNAL, ORANG DAH BAGI JALAN, SENYUM PUN TIDAK. BUKAN SUSAH PUN NAK TEKAN PUNAT POWER WINDOW TU SAY THANKS KE?. BUKAN BAYAR PUN KALAU ANGKAT TANGAN!!!! HARAP KERETA BESAR, BINI BESAR. OTAK KECIK!
pot pet pot pet pot pet..... sepanjang jalan kereta keluar masuk tak bagi signal. apa-apa hal orang lain yang jadi mangsa. kebanyakannya kereta-kereta mewah. pe barang ada kereta mewah, besar gagah dan perkasa tapi tak ada signal.
cerita dua,
situasi ni selalu berlaku kat shopping kompleks, kafe atau pasar. kira tempat yang ada proses jual beli, mesti situasi ni berlaku. kompem sangat-sangat. si pengunjung khusus nya, berjalan menonong entah ke mana, tapi mata liar memandang ke tempat lain. bia dia terasa nak berhenti, terus berhenti tak pandang kiri kanan atau fikir beberapa kali. tengah-tengah jalan pun dia selamba berhenti. kita nak jalan, dia pun melangkah, kita berhenti dia pun berhenti, pastu senyum-senyum sumbing. itu tak kira jumpa kawan lama plak tu. boleh plak salam muah-muah pipi kat tengah-tengah jalan. aku tak tahulah aku ni besar sangat ke sampai tak muat nak lalu, atau jalan ni yang kecik sangat. aku bukan apa. aku ni tak balance bila berjalan. kalau aku dah melangkah, dan tiba-tiba stuck, memang kacau lah. jawabnya, aku akan mencari tiang atau dinding untuk berpaut.
si pengunjung-pengunjung ni pun satu hal. jalan menghala ke kiri, mata ke kanan. aku pula lah yang beriya-iya ketepi takut dia langgar. kang, aku juga disalakan. padahal, otak kat lutut! pandang depan lah beb. kecian kt orang lain. itu belum lagi yang bawa troli atau stroler baby tu. dia tolak membabi buta jer. bukan kira mende tu langgar orang ke kat depan. lepas tu, jangan cakap nak say sorry, senyum atau pandang pun tidak. mana budaya masyarakat timur. budibahasa budaya kita konon. ahhh menci... menci..menci....
untuk kawan-kawanku, jangan beli kereta besar-besar kalau otak kecil lagi. menyusahkan orang jer. kalau dapat orang macam aku, masak kena sumpah seranah. jangan sampai aku sumpah berlanggar kat depan tu karang. huh...

Wednesday, December 8, 2010
TAK bertajuk
PASTIKAN (dato' ct)
Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran
Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling
Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu
Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini
Subscribe to:
Posts (Atom)